Garis Panduan Ujian Kesuburan Wanita

Garis Panduan Ujian Kesuburan Wanita

5 min bacaan

Ujian kesuburan wanita menjadi perhatian serius bagi kebanyakan pasangan kerana diagnosisnya berpotensi untuk mengubah rancangan hidup dan impian yang selalu mereka bayangkan. Namun, dengan teknologi dan amalan perubatan canggih hari ini, prospek kemandulan tidak begitu suram seperti dulu.

Pasangan masih lagi boleh berusaha untuk meningkatkan kesuburannya melalui cara meningkatkan kesuburan atau rawatan.

Ujian kesuburan wanita

Garis Masa

Sebelum berjumpa dengan pakar pembiakan atau obstetrik, pasangan yang berumur kurang daripada 30 tahun digalakkan untuk berusaha mengandung sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan. Manakala, mereka yang berumur 30 tahun ke atas digalakkan untuk mencuba selama 6 bulan.

Seseorang mungkin dianggap tidak subur setelah setahun penuh mencuba untuk hamil, tetapi kajian yang dilakukan oleh Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar Nasional mendapati bahawa majoriti wanita yang tidak hamil pada tahun pertama akhirnya berjaya hamil pada tahun kedua mencuba walaupun tanpa campur tangan perubatan.

Proses untuk hamil adalah normal tetapi kompleks. Tubuh akan merembeskan pelbagai jenis hormon yang berbeza untuk mematangkan telur seterusnya sentiasa melepaskannya sehinggalah tiba waktu ia bertemu dengan sperma yang akan mensenyawakannya. Oleh itu, walaupun anda telah berusaha untuk hamil selama 12 bulan, ini tidak bermakna anda akan terus dapat hamil.

Baca selanjutnya: Tanda wanita tidak subur.

Ujian Kesuburan Wanita

Ujian kemandulan selalunya tidak dilindungi oleh syarikat insurans.

Langkah #1

Jadi, sebelum menjalani pemeriksaan dengan doktor, anda perlu mengetahui kosnya. Seterusnya, pakar pembiakan akan mengemukakan soalan berkaitan sejarah perubatan, penggunaan ubat preskripsi dan rekreasi, pengambilan kafein, alkohol dan rokok, pendedahan kepada racun atau radiasi dan juga tabiat seksual anda.

Sejarah kesihatan juga melihat kepada kehamilan sebelum ini sama ada pernah hamil atau tidak dan hasilnya, kekerapan dan keteraturan haid sepanjang tahun lalu, sebarang perubahan aliran haid, kaedah kawalan kelahiran yang telah digunakan dan sama ada anda pernah berjumpa doktor untuk masalah kesuburan pada masa lalu.

Langkah #2

Setelah itu, doktor akan memutuskan beberapa teknik pengumpulan maklumat asas. Doktor mungkin akan meminta wanita itu pulang terlebih dahulu dan menyimpan carta suhu basal dan carta kesuburan selama 2 bulan untuk mendapatkan maklumat asas ovulasi dan perubahan lendir dalam perubahan suhu. Dengan cara ini, ia dapat memberikannya maklumat penting mengenai jenis ujian manakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Dengan bergantung kepada maklumat ini juga, doktor boleh menyarankan beberapa jenis ujian darah yang berbeza.

Langkah #3

Ujian FSH Hari ke-3 dilakukan pada hari ketiga kitaran haid untuk mengukur hormon perangsang folikel di dalam sistem badan. Jika seseorang wanita itu mempunyai tahap FSH yang tinggi, ini menunjukkan bahawa kualiti telurnya lebih rendah. Folikel adalah penting ketika konsepsi. Juga pada hari ketiga kitaran haid, ujian estradiol dilakukan sebanyak tiga kali sehari. Ia adalah ujian darah untuk menilai jumlah estrogen dalam badan kerana terlalu banyak estrogen juga akan mempengaruhi kualiti telur.

Langkah #4

Semasa ujian ini, doktor juga boleh melakukan ujian cabaran Clomid di mana doktor akan memberikan wanita itu bekalan ubat kesuburan Clomid untuk 3 hingga 5 hari untuk merangsang perkembangan ovari. Ujian darah lain adalah ujian tahap progesteron plasma untuk menilai tahap progesteron. Ujian ini dilakukan sebelum hari pertama kitaran haid. Sekiranya tahap progesteron rendah, ia menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa adanya masalah dengan ovulasi.

Ujian hormon perangsang hormon pelutinan dan folikel juga sebenarnya boleh dilakukan untuk lelaki dan wanita. Apabila tahap hormon tinggi, ia menunjukkan bahawa terdapat masalah kesuburan berkaitan dengan ovari atau testis. Jika tahap hormon rendah pula, ia mungkin menunjukkan terdapatnya masalah dengan kelenjar pituitari atau hipotalamus.

Ujian Kesuburan Wanita Tahap Ke-2

Sekiranya doktor tidak menemui masalah yang dapat dilihat melalui ujian ini, mereka mungkin beralih kepada perkara yang lebih invasif.

Ujian kesuburan wanita tahap kedua

Ultrasound

Pakar pembiakan mungkin akan melakukan ultrasound perut atau transvagina. Ia merupakan alat yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi yang dipantul dari badan untuk menghasilkan gambar.

Ultrasound perut dilakukan di bahagian luar badan dengan alat genggam di bahagian atas perut sementara ultrasound transvagina pula menggunakan probe yang dimasukkan ke dalam vagina. Pakar pembiakan akan mendapat gambaran yang lebih jelas jika menggunakan ultrasound transvaginal kerana ia lebih dekat dengan struktur pelvis.

Sonohistogram

Dalam pada itu, doktor boleh mengesyorkan sonohistogram yang sedikit variasi pada ultrasound. Alat ini menggunakan air atau garam steril untuk mengembangkan rahim seterusnya memberikan doktor pandangan yang lebih jelas terhadap organ.

Laparoskopi

Seterusnya, kaedah yang lebih lebih invasif adalah laparoskopi. Ia merupakan prosedur pembedahan yang dilakukan di bawah anestetik tetapi masih dalam kategori pesakit luar. Semasa prosedur dilakukan, rahim akan diterangi dengan menggunakan cahaya dan kamera yang dimasukkan ke dalam badan melalui sayatan kecil sehingga doktor dapat melihat ovari, rahim dan tiub fallopio dengan baik.

Biopsi endometrium

Semasa laparoskopi, doktor juga dapat memasukkan alat yang sangat kecil untuk membantu membetulkan sebarang masalah, mencari tisu parut dan melakukan biopsi endometrium. Biopsi endometrium sering diambil pada hari ke-21 kitaran untuk membolehkan doktor menganalisis dengan terperinci terhadap perkembangan endometrium di rahim. Biopsi dapat menunjukkan sama ada lapisan rahim cukup tebal untuk implantasi dan ia bermanfaat untuk wanita yang sering mengalami keguguran.

Histeroskopi

Alat yang lebih kurang dengan laparoskopi pula adalah histeroskopi yang menggunakan teleskop serat optik untuk melihat sekitar kawasan pelvis dan rahim. Ia dimasukkan melalui vagina dan serviks ke dalam rahim dan juga mungkin menggunakan alat kecil untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Histerosalpingogram

Histerosalpingogram pula adalah jenis mesin khas yang mengambil sinar-x pada rahim dan tiub fallopio tetapi hanya setelah pewarna berasaskan air atau minyak disuntik ke dalam rahim dan tiub fallopio. Kaedah ini sering digunakan untuk melihat sama ada terdapat masalah penyumbatan dan masalah lain yang mungkin dapat diperbaiki dengan menggunakan laparoskopi atau pembedahan terbuka.

Dengan menggunakan maklumat daripada prosedur ujian ini, pakar pembiakan dan pakar obstetrik dapat memberikan anggaran yang sangat baik mengenai bagaimana konsepsi berpotensi dicapai dan jenis rawatan kemandulan mana yang akan dicuba terlebih dahulu.

Berkaitan: Ujian kesuburan lelaki.