Garis panduan ujian kesuburan lelaki

Garis Panduan Ujian Kesuburan Lelaki

4 min bacaan

Bagi kebanyakan orang, kemandulan masih dianggap sebagai masalah wanita. Walau bagaimanapun, sehingga separuh daripada semua kes yang melibatkan kesukaran mendapatkan anak adalah disebabkan oleh masalah pada sistem pembiakan lelaki. Disebabkan itu, adalah sangat penting bagi pasangan untuk mendapatkan ujian kesuburan lelaki dan wanita jika mereka sukar untuk mendapatkan anak.

Perkara ini mungkin memalukan tetapi rawatan dapat diberikan jika mereka mengetahuinya lebih awal. Dengan menjalani rawatan atau sekadar meningkatkan kesuburan, peluang untuk menimang anak lebih cerah.

ujian kesuburan lelaki

Garis masa jumpa doktor

Garis masa yang diperlukan untuk berjumpa doktor adalah setelah sekurang-kurangnya 12 bulan tidak berjaya hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara kerap tanpa perlindungan. Namun, pasangan tersebut mungkin hanya memerlukan penerangan yang lebih baik mengenai gangguan kesuburan kerana terdapat juga pasangan yang memperoleh zuriat pada tahun kedua mencuba dan ada yang lebih cepat.

Ini kerana, konsepsi adalah perkara kompleks yang diselaraskan oleh sistem organ yang berlainan di dalam badan dan dikembangkan oleh rembesan beberapa jenis hormon yang berlainan di mana semuanya mesti memuncak pada ovulasi dan dalam masa yang sama, sperma perlu berada di dalam rahim.

Apabila pasangan menunjukkan kepada doktor mereka tidak dapat hamil setelah 12 bulan (ketika mereka berusia lebih muda dari 30 tahun) atau tidak dapat hamil setelah 6 bulan (ketika mereka berusia lebih dari 30 tahun), doktor akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara yang paling menjimatkan wang dan masa iaitu dengan meminta wanita itu mengumpulkan maklumat carta kesuburannya dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.

Keliru? Lihat tanda lelaki tidak subur.

Dalam jangka masa tersebut, ujian kesuburan lelaki harus dilakukan. Maka, ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Garis panduan tindakan ujian kesuburan lelaki

Mengenal pasti penyebab kepada kemandulan lelaki adalah seni sama seperti sains yang mana halnya sama seperti bidang kesihatan. Ujian kesuburan lelaki juga adalah kurang invasif dan lebih mudah dilakukan berbanding ujian kemandulan wanita. Jadi, kemandulan lelaki harus dinilai dan didiagnosis oleh pakar urologi dan bukannya pakar pembiakan.

  • Langkah #1 – Sebelum sperma atau air mani dianalisis, lelaki itu harus menghindarkan diri daripada melakukan ejakulasi selama 2 hingga 5 hari sehingga jumlah sperma berada pada tahap tertinggi. Namun, mereka juga tidak boleh menghindari ejakulasi selama lebih dari 1 hingga 2 minggu kerana ia boleh menyebabkan sperma menjadi kurang aktif. Mereka juga harus mengelak daripada meminum alkohol, mengambil ubat-ubatan dan ramuan yang tidak diperlukan sebelum ujian supaya tidak mempengaruhi kaedah perubatan yang dijalani. Hasil analisis air mani biasanya akan siap dalam tempoh 1 atau 2 hari.
  • Langkah #2 – Ahli urologi akan melihat sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh kepada lelaki. Semasa ujian fizikal, mereka akan melihat ukuran testis dan sebarang kemungkinan variasi yang dapat memberi petunjuk kepada masalah hormon.
  • Langkah #3 – Lelaki itu juga akan diminta untuk memberikan sampel sperma dan air mani sehingga supaya jumlah sperma dapat dihitung, bentuk dan pergerakannya dapat dinilai seterusnya pemboleh ubah lain yang mempengaruhi kemampuan sperma untuk menembusi telur dapat dimasukkan.

Semasa menganalisis air mani, pekerja makmal juga akan menilai tahap pH, jumlah sel darah putih, tahap fruktosa dan masa pencairan. Semua kriteria ini merupakan faktor terhadap kemampuan sperma untuk membolehkan seseorang wanita mengandungkan anak.

Hasil Ujian

Secara umumnya, jumlah sperma yang tinggi bermaksud tahap kesuburan juga adalah tinggi. Namun, lelaki yang mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah atau air mani yang tidak normal juga masih dikira subur. Sekiranya analisis air mani pertama adalah normal, doktor akan melihat analisis kedua untuk mengesahkan hasilnya.

Ujian buat kali kedua ini tidak bermaksud bahawa terdapat masalah yang berat pada tahap kesuburan tetapi prosedur ini hanya dilakukan kerana pakar urologi tidak mahu mengabaikan masalah yang mungkin tidak muncul dalam ujian pertama.

Penyelesaian Masalah Kesuburan lelaki

Sekiranya terdapat sesuatu yang tidak normal dalam ujian itu, doktor akan menjalankan ujian lanjutan untuk mengenal pasti masalah tersebut. Menariknya, jika lelaki itu tidak ada air mani atau sperma sama sekali, hal ini boleh menjadi perkara yang lebih baik berbanding dengan ketidakseimbangan hormon yang merupakan masalah yang lebih kompleks.

Ini kerana, ketiadaan air mani atau sperma adalah disebabkan oleh penyumbatan dan ia boleh dirawat melalui pembedahan sederhana.

Seterusnya, masalah sederhana yang berlaku pada lelaki adalah mereka memakai seluar dalam terlalu ketat atau terlalu gemuk di mana ia akan menaikkan skrotum terlalu dekat dengan badan. Panas tambahan dari badan akan membunuh sperma lalu menjadikan lelaki itu tidak subur.

Sebab kedua terjadinya peningkatan haba di skrotum adalah varioceles testis. Keadaan ini serupa dengan urat varikos di kaki. Apabila 1 atau lebih urat menjadi membesar atau mengembang disebabkan testis kepanasan dan darah mengalir ke arah yang salah, ia akan merosakkan sel sperma.

Walaupun testosteron dan beberapa hormon lain mengawal pengeluaran, pelepasan dan penyimpanan sperma, biasanya ia bukan penyebab utama kepada masalah ketidaksuburan lelaki.

Akhir kata

Walaupun ujian kesuburan lelaki ini agak memalukan bagi lelaki, namun ia dapat menyelamatkan pasangan mereka daripada terpaksa menjalani ujian yang lebih menyakitkan dan tidak selesa jika masalah itu bukan terletak di pihak mereka.

Ini kerana, ujian kesuburan lelaki adalah lebih mudah dan cepat dilakukan. Ujian ini boleh dilakukan dalam tempoh semasa wanita mengumpulkan data mengenai ovulasi dan tahap kesuburan mereka untuk dinilai oleh pakar pembiakan.