Tips mengandung anak lelaki dan perempuan popular

3 min bacaan

Berikut adalah tips mengandung anak lelaki dan perempuan supaya anda boleh cuba mendapat anak mengikut jantina.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa peluang untuk hamil adalah tinggi mengikut masa kesuburan tertentu dalam tempoh ovulasi, ia bukanlah mudah.

Ada juga yang mengatakan bahawa melakukan hubungan seks pada waktu tertentu, makan makanan tertentu ataupun melakukan hubungan seks dalam kedudukan tertentu dapat meningkatkan peluang untuk mengandungkan anak lelaki atau perempuan.

Namun, untuk menyasarkan hanya sejenis sperma bukanlah mudah walaupun lelaki akan mengeluarkan berjuta-juta sperma semasa orgasme.

Pada dasarnya, lelaki menghasilkan dua jenis sperma iaitu X dan Y.

Sperma X dan Y

Sperma X berbentuk lebih besar dan pergerakannya lebih perlahan. Maka, ia akan membentuk anak perempuan. Manakala, sperma Y pula lebih kecil dan lebih cepat pergerakannya. Maka, ia akan membentuk anak lelaki.

Ya betul, kelajuan pergerakan sperma itu penentu jantina.

Jadi, inilah masanya hubungan seks menjadi sangat penting.

Adalah diingatkan bahawa tidak ada cara yang betul-betul menjamin keberjayaan penentuan jantina bayi seperti yang dikehendaki, tetapi anda boleh mencubanya.

Petua mengandung anak perempuan

Petua mengandung anak perempuan

Anda perlu melakukan hubungan seks tujuh (7) hari sebelum ovulasi dan berterusan setiap hari sehinggalah sekitar 3 atau lebih hari sebelum ovulasi. Kemudian, cuba elak daripada melakukan seks selama beberapa hari sehinggalah anda yakin bahawa ovulasi sudah berakhir.

Ini kerana, sperma Y yang lebih kecil lebih cepat sampai ke rahim tetapi mati sebelum telur dilepaskan. Walau bagaimanapun, masih terdapat sejumlah sperma X yang lebih perlahan dan lebih besar yang hidup ketika anda berovulasi.

Teori lain adalah mengusahakan penembusan cetek. Hal ini berkaitan dengan tahap pH di dalam faraj. Persekitaran berasid akan membunuh sperma Y yang lebih lemah terlebih dahulu dan meninggalkan jumlah sperma X yang jauh lebih besar untuk menyuburkan telur.

Jika melakukan penembusan yang lebih dalam, sperma akan lebih dekat dengan telur. Maka, sperma Y lebih cepat dapat sampai ke ovum sebelum sperma X.

Anda juga boleh menurunkan tahap keasidan faraj jika anda mencapai orgasme semasa melakukan hubungan seks. Jadi, adalah lebih baik jika anda tidak mencapai orgasme kerana dengan itu, badan anda hanya akan melepaskan bahan yang boleh menjadikan faraj lebih beralkali.

Cara mengandung anak lelaki

Cara mengandung anak lelaki

Semasa mencuba untuk mendapatkan anak lelaki, adalah penting untuk tidak melakukan hubungan seks sehinggalah sekitar 2 hingga 3 hari sebelum ovulasi. Kemudian, lakukanlah hubungan seks setiap hari sehinggalah selepas ovulasi berlaku.

Seks harus melibatkan penembusan yang mendalam untuk memasukkan sperma sedekat mungkin ke dalam serviks, dan berusahalah untuk mengalami orgasme semasa melakukan hubungan seks bagi menarik lebih banyak sperma ke dalam rahim untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

Walaupun wanita tidak boleh meminum kafein ketika cuba hamil, namun lelaki yang meminum secawan kopi yang kuat sebelum melakukan hubungan seks dapat meningkatkan pergerakan sperma Y lalu meningkatkan peluang untuk memperoleh anak lelaki.

Kesimpulan

Tidak ada satu pun pil ajaib atau penyelesaian yang dapat menyembuhkan kemandulan, tetapi ada banyak cara untuk meningkatkan kesihatan, mengurangkan kista dan tiub yang tersumbat, serta mengatasi ketidakseimbangan hormon seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil secara semula jadi.

Carilah kaedah semula jadi untuk mengatasi kemandulan. Jadi, anda tidak akan memerlukan pembedahan yang menyakitkan atau ubat-ubatan yang mahal dengan kesan sampingan berbahaya.

Anda juga boleh mengurangkan kista ovari sendiri. Anda dapat menyelesaikan masalah hormon dan tiub fallopio hanya dengan memahami cara mengimbangkan rawatan semula jadi, mendapat diet yang seimbang dan melakukan senaman yang betul.

Anda akan mendapati perubahan pada badan anda ketika mula melakukan diet sederhana berserta dengan senaman ringan. Anda akan berasa lebih bertenaga, kelihatan lebih muda, lebih bahagia dan kurang tertekan.

Anda juga mungkin akan mendapati bahawa anda tidak mengalami PMS, kembung atau kekejangan sebelum haid. Jika anda mempunyai masalah dengan ketidakseimbangan hormon pula, anda akan mendapati bahawa bulu roma di muka dan jerawat beransur hilang serta kulit dan rambut akan menjadi lebih segar.

Dengan itu, badan anda lebih sihat dan kondusif serta bersedia untuk mengandungkan anak sendiri.

Semoga berjaya dan menjadi ibu bapa bahagia.