Tempoh Hamil Selepas Berhenti Perancang Ikuti 4 Kaedah Paling Popular

4 min bacaan

Sebilangan besar kaedah kontraseptif dan kesannya adalah bersifat sementara sahaja dan kesuburan wanita boleh kembali normal selepas perancang keluarga diberhentikan.

Artikel ini memberikan maklumat mengenai bagaimana kaedah kontraseptif yang biasa seperti kaedah penghalang, spermisid, pil, dan suntikan depo berfungsi.

Ia juga membincangkan tempoh hamil selepas berhenti perancang seseorang wanita itu mengikut jenis kontrasepsi yang diamalkan sebelum ini.

Pengenalan

Kaedah perancang keluarga yang berkesan mungkin merupakan salah satu perkara terbaik yang berlaku pada wanita dalam sejarah selain daripada mendapat hak untuk mengundi dan berpeluang terpilih menjadi ahli parlimen dan penjawat awam.

Perancangan keluarga memberi wanita kebebasan pilihan sama ada nak mengandung atau tidak.

Bergantung pada kaedah kontrasepsi yang digunakan, tempoh hamil selepas berhenti perancang adalah dari satu hari hingga ke tahun setelah perancang keluarga itu diberhentikan.

Walaupun reaksi awal terhadap kaedah perancang keluarga adalah kebimbangan bahawa seseorang itu tidak dapat hamil di kemudian hari, namun kajian menunjukkan bahawa kontraseptif tidak mempengaruhi kesuburan wanita secara negatif.

Kaedah penghalang

Tempoh-hamil-selepas-berhenti-perancang-kondom

Menggunakan kaedah penghalang seperti kondom, span, diafragma, dan penutup serviks, dan lain-lain lagi tidak akan mempengaruhi kemampuan wanita untuk hamil.

Kaedah ini hanya menghalang sel sperma daripada mencapai telur dan menghentikan persenyawaan. Kaedah penghalang tidak mengubah atau mempengaruhi kitaran hormon dan proses ovulasi seseorang wanita.

Dengan syarat bahawa

  • seseorang wanita itu mempunyai proses ovulasi dan kesuburan normal
  • hanya bergantung pada kaedah penghalang untuk mengelak kehamilan

maka tidak ada alasan bahawa dia tidak dapat hamil setelah melakukan hubungan seksual tanpa menggunakan kaedah penghalang.

Hakikatnya, kesuburan dan hormon seseorang wanita itu tidak dipengaruhi oleh kaedah penghalang ini.

Ini bermaksud bahawa tempoh hamil selepas berhenti perancang jenis ini adalah segera atau kesuburan akan kembali normal secepat mungkin.

Sekiranya seseorang wanita itu tidak dapat hamil setelah menghentikan penggunaan kaedah penghalang, dia dan pasangannya harus menjalani pemeriksaan perubatan yang tepat untuk menilai kesihatan seksual dan sistem pembiakan masing-masing.

Gel dan krim spermisid

tempoh-hamil-setelah-berhenti-perancang-spermisid
foto kredit: https://commons.wikimedia.org/

Penggunaan spermisid dalam bentuk krim dan gel tidak akan mempengaruhi kemampuan wanita untuk hamil.

Biasanya spermisid digunakan dengan kaedah penghalang atau digunakan secara langsung pada alat kelamin sebagai satu pelincir.

Gel dan krim ini berfungsi untuk mencegah sel sperma daripada menyuburkan telur dengan membunuhnya pada saat ejakulasi berlaku.

Sama seperti menghentikan penggunaan kaedah penghalang, tidak ada tempoh penampan yang harus dilalui sebelum kesuburan wanita itu kembali berfungsi.

Maka tempoh hamil selepas berhenti perancang jenis ini adalah segera mengikut fasa haid mereka.

Pil perancang

tempoh-hamil-selepas-berhenti-perancang-jenis-pil
foto kredit: https://commons.wikimedia.org/

Menggunakan pil sebagai kaedah perancang keluarga utama adalah antara pilihan yang paling popular di kalangan wanita demi kemudahan dan kebolehpercayaannya.

Walau bagaimanapun, menghentikan pil untuk hamil boleh menjadi agak sukar dan rumit jika ia dilakukan dengan tidak betul.

Secara amnya, ia disarankan agar wanita menghabiskan paket pil yang telah dibuka dan sedang dimakan sebelum berhenti.

keberhentian pil tidak harus dilakukan secara tiba-tiba kerana ia akan mengakibatkan pendarahan di luar jangkaan lalu menyusahkan pengiraan hari kesuburan pada masa akan datang.

Sementara itu, ia memerlukan masa berbulan-bulan untuk menyingkirkan hormon sintetik ekoran dari pengambilan pil tersebut dari sistem tubuh kita sebelum fasa wanita kembali menjadi normal.

Biasanya tempoh hamil selepas berhenti perancang adalah sekira-kiranya 8 bulan hingga setahun sebelum kemampuan untuk hamil seseorang wanita itu boleh kembali.

Suntikan depo perancang keluarga

tempoh-hamil-selepas-berhenti-perancang-suntikan-depo
foto kredit: https://commons.wikimedia.org/

Kemampuan untuk mengandung selepas suntikan perancang keluarga seperti Depo-Provera diberhentikan mungkin memakan masa lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah penghalang dan pil perancang.

Seperti yang kita sedia maklum, kesan suntikan depo boleh bertahan selama 3 bulan.

Sejurus dengan itu, seseorang wanita itu tidak benar-benar menghentikan perancang keluarga sehingga selepas bulan ketiga suntikan terakhirnya.

Walaupun begitu, kehamilan boleh menjadi sukar dan boleh memakan masa. Maka tempoh hamil selepas berhenti perancang jenis ini adalah antara 10 hingga 18 bulan.

Beberapa peringatan

Sebilangan besar kaedah perancang keluarga, terutama yang disenaraikan di atas, adalah dirancang buat sementara sahaja dan kesuburan wanita boleh kembali selepas berhenti perancang di atas.

Oleh yang demikian, tidak ada risiko kemandulan yang boleh berlaku dalam menggunakan kaedah pengendalian kehamilan tersebut.

Walau bagaimanapun, ketidakmampuan untuk hamil dari masa ke masa setelah menghentikan kaedah kontraseptif ini harus diberi perhatian dengan serta-merta.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *