Kenapa Sukar Hamil Anak Kedua?

3 min bacaan

Persoalan kenapa sukar hamil anak kedua juga dikenali sebagai kemandulan sekunder. Lima tahun lalu, Siti melahirkan bayi pertama. Namun, dalam 6 bulan kebelakangan ini, Siti berusaha untuk mengandung buat kali kedua. Pada bulan depan, dia akan berumur 35 tahun. Ketidakmampuannya untuk hamil lagi membuatkan Siti kecewa dan tertekan.

Oleh kerana itu, Siti telah berunding dengan pakar sakit puan dan mendapati bahawa dirinya menghidap kemandulan sekunder. Rawatannya akan segera dilakukan dan dia berharap untuk mendapat bayi kedua tidak lama lagi.

Kenapa sukar hamil anak kedua

Kesuburan sekunder bukanlah masalah terpencil dan terdapat lebih kurang sejuta pasangan menderita masalah ini. Soalan yang sering timbul adalah adakah ia kemandulan sekunder apabila tanda-tanda kemandulan susah dikesan?

Ketidakupayaan yang ada di dalam badan untuk mengandung walaupun individu tersebut telah mempunyai seorang anak ataupun lebih ramai membuatkan ramai orang berasa sangat terkejut, terganggu dan tertekan setelah mendapati bahawa mereka tidak mampu mempunyai lebih ramai anak.

Dalam artikel ini, kita akan menjumpai sebab dan kemungkinan yang berlaku.

Penyebab Kemandulan Sekunder

Terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan kemandulan sekunder. Sebilangan besar sebabnya serupa dengan kemandulan primer. Berikut merupakan perkara yang menyebabkan kemandulan pada wanita dan lelaki.

Kemandulan Wanita

  • Salah satu penyebab yang paling biasa adalah kerana usia sekunder. Selepas usia 35 tahun, peluang untuk hamil adalah sedikit sukar. Selepas memperoleh bayi pertama, kebiasaannya pasangan berusaha untuk memberikan masa kepada bayi mereka tanpa menyedari bahawa semakin meningkat usia seseorang wanita, semakin nipislah peluang untuknya mengandungkan bayi seterusnya.
  • Perkara ini juga berlaku disebabkan oleh pembentukan kista akibat endometriosis yang menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio.
  • Ovari polikistik dan sindrom ovari polikistik juga menjadi penyebab kepada gangguan ovulasi di mana ia dianggap sebagai salah satu faktor kemandulan.
  • Jangkitan kelamin Ń•eperti klamidia juga salah satu faktor yang menyebabkan kemandulan sekunder kepada wanita.
  • Kehamilan ektopik pada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio seterusnya menjadikan kehamilan seterusnya agak sukar.
  • Fibroid juga menyebabkan masalah pada saat implantasi telur di rahim.
  • Kekurangan lendir serviks yang membantu melicinkan pergerakan sperma menyebabkan masalah pembuahan telur.

Baca selanjutnya: Punca susah mengandung wanita

Kemandulan Lelaki

  • Peningkatan usia juga mendorong kepada kemandulan lelaki iaitu selepas usia 35 tahun, kadar kesuburan lelaki akan menurun.
  • Kiraan sperma yang rendah turut menjadi salah satu sebab utama kemandulan.
  • Dalam sesetengah keadaan, ada kes sperma mati awal lalu menjadikannya tidak dapat berenang ke ovum.
  • Gangguan hormon dan penyakit yang disebabkan oleh tindak balas autoimun serta tubuh mengembangkan antibodi terhadap sperma lalu membunuhnya.
  • Masalah ereksi dan ejakulasi turut menjadi masalah kemandulan,
  • Penyakit, diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang berubah-ubah boleh menurunkan kualiti sperma.

Baca selanjutnya:

Cara meningkatkan kesuburan lelaki.

Rawatan kesuburan lelaki.

 

Rawatan untuk Kemandulan Sekunder

Sekiranya anda ingin cuba untuk hamil tidak lama lagi, segeralah berjumpa dengan doktor bagi membantu masalah kesuburan sekunder anda. Doktor akan mengesyorkan ujian darah dan ujian pembiakan lelaki atau wanita untuk mengesahkannya serta mengetahui penyebab sebenar kemandulan.

Rawatan untuk kemandulan bergantung sepenuhnya kepada sebab-sebab yang menyebabkan kemandulan. Jadi, ikutilah rawatan yang dilakukan oleh doktor bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Laparoskopi

Anda biasanya disyorkan untuk melakukan laparoskopi bagi membuang formasi kista fibroid di dalam tiub fallopio. Wanita yang menghadapi masalah ovulasi tidak teratur akan diberi ubat yang betul bagi membantu mengatasi masalah tersebut.

Kaedah inseminasi intrauterine

iaitu kaedah menyuntik sperma ke dalam ovum pada waktu ovulasi. Jadi, peluang untuk hamil lebih tinggi walaupun lelaki mempunyai masalah dengan mobiliti sperma, ereksi dan ejakulasi.

Rawatan IVF (Fertilization In-Vitro)

Rawatan IVF sangat membantu untuk mengatasi masalah kemandulan sekunder. Telur dan sperma disenyawakan di dalam makmal dan setelah ia mula berkembang, barulah ia akan diletakkan di dalam rahim wanita.

Sekiranya rawatan tidak berkesan dan pasangan gagal mendapat anak, ahli keluarga dan rakan perlu menyokong mereka. Salah satu cara terbaik untuk mengisi kesunyian tiada anak adalah dengan mengambil anak angkat. Dengan itu, anda akan memberi rumah kepada mereka dan mereka juga akan mendapat kebahagiaan.