8 Risiko Sumbangan Telur Yang Makmal Cuba Sembunyikan

8 Risiko Sumbangan Telur Yang Makmal Cuba Sembunyikan

4 min bacaan

Proses pendermaan telur dilakukan pertama kalinya pada tahun 1983. Selepas itu, ia terkenal di seluruh dunia sungguhpun terdapatnya risiko sumbangan telur yang mungkin tidak diketahui buat masa itu. Dalam prosedur ini, telur yang disenyawakan dan berkembang menjadi zigot akan dipindahkan ke rahim wanita lain yang memerlukan. Dengan kata lain, telur itu disenyawakan di luar rahim, kemudian dimasukkan ke dalam wanita untuk proses mengandung dan melahirkan anak.

risiko sumbangan telur

Prosedur ini memberi manfaat kepada pasangan tanpa anak untuk mendapatkan zuriat. Ia juga menyelesaikan masalah pasangan gay atau ibu bapa tunggal yang hanya boleh mengambil anak angkat sebelum ini. Pada masa yang sama, ibu bapa yang takutkan gangguan genetik yang akan berlaku pada generasi berikutnya juga turut mula menggunakan prosedur ini.

Walaupun semakin ramai orang menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan zuriat, namun terdapat juga beberapa risiko. Tidak diragukan lagi bahawa prosedur ini dilakukan di bawah pengawasan perubatan, akan tetapi risikonya dari segi psikologi dan fizikal juga turut mencabar. Dalam penulisan ini, kita akan melihat bahaya pendermaan telur kepada penderma dan penerima.

Risiko Derma Telur untuk Penderma

Sekiranya seseorang wanita itu merancang untuk menjadi penderma telur, dia harus mengetahui bahaya yang bakal dihadapi dalam proses pendermaan telur. Dia dikatakan berkemampuan untuk mendermakan telurnya apabila terbukti dia sudah bersedia untuk berbuat demikian secara fizikal dan emosi melalui keputusan ujian. Dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap. Ubat kesuburan juga lebih kerap diberikan untuk merangsang ovari berbanding dengan suntikan. Apabila telur telah matang, maka telur tersebut akan dibawa keluar untuk proses persenyawaan іn-vitro. Risiko yang bakal dihadapi termasuklah:

Rangsangan Hiper Ovari

Kira-kira 10 hingga 12 peratus wanita yang memilih untuk menjadi penderma telur mengalami sindrom rangsangan hiper ovari atau disingkat OHSS kerana ubat kesuburan. Dalam keadaan ini, cairan berlebihan yang dihasilkan oleh ovari masuk ke dalam rongga perut lalu menimbulkan masalah kesihatan. Gejala-gejala itu boleh terdiri daripada ringan sehinggalah sangat teruk.

Bahaya kepada organ reproduktif

Dalam beberapa kes, bahaya juga boleh berlaku kepada organ pembiakan kerana ubat-ubatan dan prosedur yang digunakan untuk pendermaan telur. Perkara ini penting untuk diperhatikan kerana pengambilan telur dilakukan melalui prosedur pembedahan kecil. Semasa prosedur itu, wanita mungkin akan mengalami kerosakan pada pundi kencing, usus dan organ pembiakan. Terdapat juga kes-kes yang melibatkan jangkitan bakteria lalu akhirnya menyebabkan kemandulan.

Kemandulan

Kebanyakan penderma telur adalah wanita muda yang belum mempunyai anak. Hal ini turut akan menyebabkan kemandulan dan masalah yang berkaitan. Disebabkan itu, ada dalam kalangan mereka menjadi sukar untuk hamil dan mengalami keguguran ketika mereka berusaha untuk hamil. Tambahan lagi, terdapat laporan yang mengatakan bahawa kesuburan wanita akan menurun akibat menjalankan proses pendermaan telur. Namun, perkara ini belum lagi dapat dibuktikan.

Kesan Psikologi

Menurut kajian, 20% penderma telur akan mengalami kesan psikologi. Kesan-kesan ini terdiri daripada positif dan negatif. Sesetengah wanita berasa bangga dengan apa yang dia lakukan. Manakala, ada juga yang mengalami kesan negatif kerana bimbangkan nasib keturunan genetiknya yang bakal dibesarkan oleh orang lain nanti.

Kesan lain

Sesetengah wanita mengalami rasa kembung, kekejangan, perubahan emosi, mudah naik angin, penurunan berat badan, kenaikan berat badan, dan lain-lain lagi.

Risiko Terima Telur Buat Penerima

Sangat kurang penerima yang menerima telur mengalami risiko. Namun, walaupun prosedur penerimaan telur boleh dikatakan selamat, masih terdapat juga risiko tertentu yang perlu dipertimbangkan.

Risiko Emosi

Sesetengah orang yang menerima telur akan menderita emosinya. Dari satu sudut, mereka berasa gembira kerana mempunyai anak, tetapi dari sudut yang lain pula, mereka mungkin mengalami pelbagai emosi negatif. Kesedihan dan kemarahan adalah antara emosi yang akan dialami. Oleh kerana kesuburan dan kehamilan berkait rapat dengan definisi tujuan hidup seorang wanita, maka adalah sangat penting untuk menjaga perasaan ini. Dalam proses ini, seringkali si ibu akan berasa terpencil. Ada yang memilih untuk bercakap tentang perkara ini namun ada yang memilih untuk berdiam diri. Sekiranya anda memutuskan untuk berdiam diri, maka anda akan berasa tertekan. Dalam hal ini, pasangan dan doktorlah yang harus bertindak jika kekurangan sokongan daripada pihak lain.

Genetik

Genetik adalah perkara penting yang patut dipertimbangkan. Hal ini penting agar tiada perkaitan genetik antara ibu dan anak. Dengan kata lain, anak anda tidak boleh berkongsi ciri fizikal ibu bapa. Ini kerana, sekiranya sperma pasangan yang digunakan, maka anak itu akan mempunyai ikatan genetik dengan pasangan.

Risiko kesihatan

Risiko kesihatan pertama adalah kelahiran berganda. Kemungkinan kelahiran berganda adalah setinggi 40%. Sekiranya anda mengingini ramai anak, anda harus mempertimbangkan risiko yang bakal terlibat dalam beberapa fasa kehamilan. Ini kerana, dalam masa yang sama, peluang keguguran dan kelahiran bayi pramatang juga turut meningkat.

Anak-anak yang dilahirkan akan mempunyai berat yang rendah dan akan mengalami masalah pengembangan organ. Sama dengan bayi, ibu juga akan mengambil risiko. Tekanan darah tinggi, diabetes semasa kehamilan, pendarahan, dan lain-lain lagi adalah antara masalah kesihatan yang bakal dialami. Penularan HIV daripada telur penderma juga mungkin akan berlaku walaupun belum ada kes yang dilaporkan.

Oleh itu, sumbangan telur adalah prosedur berisiko bagi penderma dan penerima. Anda dinasihati supaya berfikir dengan sebaiknya terhadap kedua-dua risiko ini sebelum memutuskan untuk menderma atau menerima sumbangan telur. Berundinglah dengan profesional penjagaan kesihatan anda untuk membuktikan bahawa prosedur ini baik atau tidak untuk keadaan fizikal dan emosi anda.