Punca lelaki tidak subur

8 Punca Lelaki Tidak Subur Terbongkar

4 min bacaan

Selalunya orang mempersalahkan golongan wanita dalam kegagalan untuk mendapat anak. Namun, punca lelaki tidak subur tidak pernah menjadi isu dan diambil kira dalam usaha bersama tersebut.

Apabila pasangan menghadapi masalah kesuburan, adalah sangat tidak tepat untuk menganggap bahawa ia berpunca daripada wanita. Ini kerana, kira-kira separuh daripada kes kemandulan yang dilaporkan menunjukkan bahawa masalah kemandulan lelaki turut merupakan penyebab kepada masalah pembiakan.

Punca lelaki tidak subur

Jadi, sekiranya anda dan pasangan mengalami masalah untuk mendapat zuriat, anda juga perlu mengetahui sebab kemandulan lelaki agar masalah ini dapat ditangani dengan segera.

Baca selanjutnya: tanda lelaki tidak subur.

Berikut adalah punca lelaki tidak subur:

Oligospermia (Kiraan sperma rendah)

Oligospermia atau kiraan sperma rendah antara sebab yang paling biasa untuk kemandulan pada lelaki.

Kebiasaannya, lelaki menghasilkan berjuta-juta sperma setiap kali melakukan hubungan seksual. Namun, sperma ini sangat lemah dan hanya sangat sedikit sahaja yang benar-benar bertahan dalam perjalanannya dalam mencapai telur untuk disenyawakan. Inilah sebabnya mengapa lelaki perlu menghasilkan berjuta-juta sperma itu!

Ini kerana, mana-mana sperma yang berjaya mencapai telur untuk menyuburkannya adalah seperti memenangi loteri. Ada berjuta-juta tiket yang dijual, tetapi tidak mungkin ada yang menjadi pemenang. Oleh itu, mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah daripada kebiasaan akan menjadikan proses pembuahan lebih sukar untuk berlaku.

Oleh kerana ia adalah sebab paling biasa bagi kemandulan pada lelaki, doktor akan mengambil sampel air mani lelaki untuk menguji jumlah sperma sebelum melakukan ujian lain.

Motivasi sperma yang rendah

Bagi manusia, perjalanan untuk melalui sistem wanita untuk mencapai telur yang dijatuhkan oleh tiub fallopio sangat pendek. Tetapi untuk sperma mikroskopik kecil, perjalanannya sangat panjang! Mana-mana sperma yang tidak dapat mendorong diri mereka untuk melalui perjalanan itu akan mati sebelum mereka sampai ke destinasi. Ini kerana, sperma sangatlah rapuh. Motivasi sperma yang rendah mungkin bukan alasan yang paling biasa untuk kemandulan pada lelaki. Tetapi, secara umumnya doktor akan memeriksa kemampuan “perenang kecil” tersebut untuk memastikan mereka dapat melalui proses perjalanan panjang mereka. Sekiranya tidak, kaedah konsepsi alternatif mungkin perlu dilakukan.

Sperma yang cacat

Sekiranya sperma tidak terbentuk dengan betul, mereka tidak akan dapat mendorong diri mereka untuk melakukan perjalanan yang sukar itu. Sperma yang cacat adalah alasan umum untuk kemandulan pada lelaki dan mungkin juga merupakan salah satu sebab untuk pergerakan sperma yang rendah.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa sperma yang cacat tidak bermaksud anak yang dikandung akan menjadi cacat ataupun menjadi penyebab kepada kecacatan kelahiran. Jadi, anda mungkin perlu menggunakan konsepsi alternatif berbanding dengan bergantung kepada cara semula jadi.

Saluran sperma tersekat

Saluran sperma tersekat turut menjadi sebab lain kepada kemandulan lelaki. Ia berlaku apabila terdapat penyumbatan pada saluran keluar sperma. Lelaki harus menyampaikan spermanya ke dalam serviks wanita untuk proses persenyawaaan. Jika saluran spermanya tersumbat, maka spermanya terhalang untuk sampai ke tempat yang sepatutnya.

Penyumbatan ini mungkin disebabkan oleh vasektomi, anomali fizikal, jangkitan atau kecederaan. Ramai orang menganggap bahawa setiap kali seseorang lelaki mengalami ejakulasi semasa melakukan aktiviti seksual, ia mengandungi sperma. Ini tidak benar! Dalam air mani lelaki, hanya terdapat 1-2% sahaja sperma. Dalam kes ini, sama sekali tidak ada sperma dalam ejakulasi tersebut.

Disfungsi Ereksi (ED)

Masalah ini timbul apabila seseorang lelaki tidak mampu untuk melakukan ereksi. Tanpa ereksi, hampir mustahil untuk mengeluarkan sperma dari badan lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit kronik yang merangkumi masalah jantung dan darah tinggi. Terlalu banyak alkohol dalam badan juga boleh menyebabkan disfungsi ereksi. Secara jelasnya, perkara ini menyumbang kepada ED .

Jangkitan

Hal ini mungkin baru terjadi ataupun telah wujud sejak kecil. Jangkitan boleh menyebabkan kemandulan dan jumlah sperma yang rendah.

Azoospermia (Kegagalan Menghasilkan Sperma)

Keadaan ini juga dikenali sebagai azoospermia (tiada sperma sewaktu ejakulasi). Suhu adalah penyebab utama mengapa keadaan ini berlaku. Oleh kerana sperma secara semula jadinya adalah sensitif, maka dengan sedikit haba pun ia boleh mati serta boleh mengakibatkan pengeluarannya terhenti.

Ini kerana, segala perkara yang meningkatkan suhu badan normal dalam jangka masa panjang juga boleh mempengaruhi keadaan sel sperma. Hal ini boleh disebabkan oleh demam yang berpanjangan, pendedahan kepada terlalu banyak haba akibat kemoterapi, varicocele atau kehadiran urat varikos dalam testis dan testis yang tidak diturunkan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga punca lain yang menyebabkan kemandulan iaitu sperma tidak normal atau pergerakan sperma berkurangan.

Gangguan genetik dan kelainan hormon

Seterusnya, gangguan genetik dan kelainan hormon tertentu juga boleh mengganggu pengeluaran sel sperma yang normal dan sihat. Hal ini termasuklah hipotiroidisme, hiperprolaktinemia, hipogonadisme, gangguan kelenjar adrenal (organ yang bertanggungjawab untuk merembeskan testosteron dan sejumlah hormon lain) dan kelainan kelenjar pituitari (yang mengawal pembebasan testosteron).

Kes yang lebih serius pula mungkin disebabkan oleh kekurangan vesikel mani, vas deferens yang hilang atau tersekat, penyumbatan pada saluran ejakulasi dan kecederaan serius pada testis.

Walaupun kita telah membincangkan sebab-sebab biologi penurunan pengeluaran sel sperma dan kekurangannya, kita masih perlu mengambil kira keadaan lain yang boleh menyebabkan kelainan pada testis. Ia termasuklah sejarah penyakit, penggunaan ubat yang berlebihan dan pendedahan kepada racun di kawasan persekitaran.

Baca selanjutnya:

Cara meningkatkan kesuburan lelaki.

Rawatan kesuburan lelaki.