Cecair Pra-ejakulasi Jangan Diperlekeh! 50% Peluang Hamil

3 min bacaan

Kehamilan adalah perkara yang dinilai secara berbeza oleh setiap individu. Ada yang menggambarkan kegembiraan tidak terhingga dengan berita kehamilan. Namun ada juga yang mengeluh panjang apabila diberikan berita ‘Tahniah, anda akan menjadi ibu / bapa!’ terutamanya golongan yang tidak faham akan kebahayaan cecair pra-ejakulasi.

Wanita dari golongan pertengahan umur atau yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak pasti mempunyai seribu satu soalan di kepala mereka. Ini termasuk dengan pasangan atau suami yang mungkin tidak ada klu tentang fasa baharu ini.

Wanita dari golongan pertengahan umur atau yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak pra-ejakulasi

Kemurungan mungkin dialami oleh wanita hamil apabila mereka misalnya berasa cemas atau takut melahirkan anak. Keadaan sebegini perlu dilalui bersama suami kerana isteri memerlukan sokongan dan dorongan mengharungi alam baharu dalam hidupnya. Tekanan akibat keletihan juga akan dialami oleh isteri dan suami apabila berhadapan dengan rasa tidak selesa dengan gejala-gejala hamil seperti sakit belakang atau gangguan pencernaan.

Namun sebelum semua keajaiban ini berlaku, suami perlu tahu kaedah yang sesuai untuk kedua-dua keadaan; mendapatkan anak dan mencegah kehamilan. Isteri juga perlu maklum untuk mengingatkan pasangan anda. Berikut adalah beberapa info umum yang boleh anda baca sebagai panduan untuk mendapatkan anak dan sebaliknya.

Pre-cum atau pra-ejakulasi

Keadaan ini adalah cecair yang dikeluarkan oleh tubuh lelaki semasa melakukan hubungan seksual atau semasa lelaki tersebut berasa terangsang secara seksual. Ia juga disebut sebagai cecair awal mani yang dihasilkan oleh kelenjar bulbourethral. Ia berfungsi untuk membersihkan laluan bagi sperma yang telah dilepaskan selama ejakulasi.

Pra-ejakulasi bergerak ke bawah uretra (saluran kemaluan lelaki) dan dikeluarkan di hujung zakar. Cecair pra-ejakulasi ini bersifat alkali dan dapat meneutralkan baki urin yang tertinggal di uretra, supaya sperma dapat melaluinya dengan selamat. Tetapi bolehkah seseorang wanita itu hamil dengan hanya cecair pra-ejakulasi ? Teruskan membaca.

Peluang kehamilan 50-50

Peluang kehamilan 50-50 pra-ejakulasi

Kemungkinan untuk anda hamil hanya dengan kewujudan cecair pra-ejakulasi ini amat sedikit. Namun ada kes yang terpencil yang membuktikan peluang untuk hamil itu ada, namun sat daripada sepuluh kes ya.

Kajian menunjukkan bahawa cecair pramatang, cecair yang dikeluarkan oleh zakar sebelum ejakulasi hanya mengandung sedikit spermatozoa (sel sperma) yang dapat memasuki faraj (saluran pembiakan wanita) ketika terdapatnya lendir serviks. Peluang untuk hamil adalah lebih cerah apabila hubungan seksual tanpa perlindungan, walaupun dengan hanya cecair pra-ejakulasi.

Oleh kerana jangka hayat sperma untuk terus hidup dan tetap bergerak ialah selama 3 – 4 hari di hujung zakar atau uretra, cara terbaik untuk mengelakkan sperma dikeluarkan di awal ejakulasi adalah dengan membuang air kecil setelah mengalami orgasme dan setelah memasuki vagina.

Bagi yang sedang mengamalkan perancangan keluarga, kaedah yang dilakukan ialah penarikan semasa hubungan seksual, lelaki harus menarik penis keluar dari faraj sebelum dia mengalami ejakulasi. Kaedah ini diragui keberkesanannya kerana ada yang berpendapat agak sukar untuk lelaki mengawal nafsu mereka terutamanya jika sedang klimaks.

Bagi yang sedang mengamalkan perancangan keluarga pra-ejakulasi

Dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan kondom atau pil kawalan kelahiran adalah antara kaedah yang disarankan oleh doktor untuk mencegah kehamilan. Jika anda tidak mahu menggunakan sebarang teknik ini, maka kaedah penarikan keluar adalah yang terbaik untuk anda. Elak melakukan seks semasa isteri anda sedang subur juga boleh dipertimbangkan dengan syarat anda perlu yakin dengan rekod dan kiraan anda.

Atau muat turun aplikasi yang merekod tarikh haid isteri anda. Kedua-dua bakal ibu dan bakal ayah tidak perlu berasa tertekan, sama ada yang ingin mendapatkan anak atau masih sedang merancang keluarga. Kini terdapat banyak maklumat di Internet, majalah keibubapaan atau aplikasi yang menawarkan segala ilmu tentang cara mendapatkan anak, bagaimana menjadi ibubapa yang baik serta perkara yang perlu and fahami semasa hamil. Hanya cari dan baca untuk memahami alam ibubapa yang baharu ini.