Kenapa Persediaan Sebelum Mengandung Penting?

3 min bacaan

Dengan persediaan sebelum mengandung, terutamanya bagi pasangan yang bersiap sedia untuk menjadi ibu bapa buat kali pertama, ia dapat memberikan peluang dan persiapan kepada bayi mereka untuk lahir dengan lebih sihat. Lebih-lebih lagi jika ini adalah persediaan mengandung kali pertama pasangan tersebut.

Persediaan untuk mengandung

Sebilangan besar daripada kita menganggap proses kelahiran semula jadi adalah automatik, tetapi idea untuk menjadi ibu bapa adalah fenomena yang agak baru mengikut beberapa kajian semasa. Ramai pasangan menemui pengakhiran yang bahagia dengan kehamilan tidak dirancang tetapi doktor dan pakar obstetrik kini mendesak pasangan untuk merancang lebih awal antara 6 hingga 12 bulan sebelum hamil.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pasangan untuk mengoptimumkan kesihatan dan mengenal pasti risiko yang mungkin ada. Cadangan ini boleh dilakukan sama ada secara individu atau termasuklah pakar obstetrik.

Hampir setiap aspek kehidupan dan tubuh kita boleh terjejas oleh keadaan hidup di mana kita berada sekarang. Pendedahan terhadap racun, makanan yang diproses, alkohol dan tembakau memberi kesan negatif terhadap kesihatan pembiakan sel di dalam keseluruhan badan. Kita benar-benar adalah apa yang kita makan dan gaya hidup yang kita jalani pada bulan-bulan sebelum persenyawaaan berlaku dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kesihatan bayi.

Kini, para penyelidik mendapati bahawa persediaan sebelum mengandung dapat membantu mencegah keguguran, kelahiran mati, kelahiran pramatang dan beberapa kelainan kongenital. Bahkan, ia juga dapat meningkatkan kesuburan pada lelaki atau wanita yang mengalami masalah untuk hamil. Wanita juga akan memperoleh kehamilan lebih sihat dan pulih dengan lebih cepat setelah proses kelahiran.

Kesihatan dan kesejahteraan wanita secara keseluruhannya dapat menjamin kesihatan perkembangan bayi dalam kandungan. Kini, kajian juga mendapati bahawa jika salah seorang ibu bapa kekurangan sejumlah nutrien penting, bayi berkemungkinan menderita dengan pelbagai kecacatan.

Walaupun pada masa lalu perkara ini dipercayai berlaku kerana genetik, tetapi para penyelidik terkini mendapati bahawa ia dapat dimanipulasikan oleh persekitaran berdasarkan kajian yang dilakukan di dalam makmal dan pengujian atas haiwan yang mengalami kekurangan nutrien.

Mental yang kuat persediaan mengandung kali pertama

Ini bermaksud, kita dapat memberi kesan yang besar kepada kesihatan anak-anak dengan membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup kita sendiri sebelum hamil. Semua orang boleh melakukan perancangan prakonsepsi dan perubahan gaya hidup terutamanya bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk hamil atau yang telah mengalami satu atau lebih keguguran.

Pasangan dengan sejarah kelahiran mati, kelahiran awal, berat bayi yang lahir rendah atau mereka yang sedang mencari rawatan kemandulan lelaki atau wanita untuk kemandulan juga akan mendapat manfaat daripada perancangan prakonsepsi.

Walaupun kita tidak selalu memikirkannya, penjagaan kesuburan seharusnya bermula pada zaman remaja di mana ketika itu, kita paling subur. Walau bagaimanapun, pasangan yang berminat untuk meningkatkan kemampuan mereka mengandungkan bayi yang sihat harus bermula seawal 6 hingga 12 bulan sebelum hamil.

Sebagai contoh, sperma memerlukan masa sekitar 4 bulan dan telur wanita pula mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk matang. Jadi, perubahan gaya hidup (seperti diet dan pendedahan kimia) harus dilakukan pada jangka masa yang agak lama untuk memberikan kesan yang paling berkesan.

Beberapa perubahan gaya hidup yang penting untuk dipertimbangkan oleh kedua-dua lelaki dan wanita adalah menjauhi alkohol, tembakau, ubat-ubatan buatan dan kafein daripada diet. Semua ini beracun untuk pengembangan sel.

Tahap kesihatan diri persediaan mengandung kali pertama

Baca selanjutnya: Punca lelaki tidak subur.

Bersenam dan umur adalah faktor lain yang dapat menyumbang kepada kesihatan sel dan ia perlu dilakukan secara seimbang iaitu tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Wanita gemuk mempunyai tahap kesuburan yang lebih rendah. Oleh itu, berat badan harus ideal kerana ketika hamil, ia bukanlah masa yang sesuai untuk menjalani diet.

Lakukan juga pemeriksaan gigi kerana penyakit gusi dan gigi turut boleh menjejaskan kehamilan. Dengan memantau kesihatan diri seperti diabetis, asma dan tekanan darah tinggi, ia juga akan membantu meningkatkan kesihatan dan kesihatan bayi anda secara keseluruhan. Tinjaulah sebarang ubat atau makanan tambahan yang diambil bagi memastikan sama ada ubat tersebut mempengaruhi konsepsi atau perkembangan bayi anda.

Bersedia untuk hamil akan membantu pasangan untuk terlibat dengan pilihan gaya hidup sihat. Perubahan ini akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan serta meningkatkan kemungkinan untuk mengandung lebih cepat dan melahirkan bayi yang sihat.