4 Persediaan Mengandung Kali Pertama Wajib Diamalkan

3 min bacaan

Kehamilan bukanlah perkara yang boleh dilalui tanpa perancangan yang rapi. Apatah lagi buat pasangan yang hendak membuat persediaan mengandung kali pertama mereka. Ia adalah satu proses yang sangat penting dan kadangkala sukar kerana keputusan yang hendak dicapai ialah kelahiran bayi anda yang comel dan sihat.

Wanita hamil akan mengalami pelbagai jenis perubahan, sama ada emosi dan fizikal sepanjang fasa kehamilan. Setiap wanita akan mempunyai naluri yang memberitahunya tentang sebarang perubahan yang berlaku pada tubuhnya, seperti apabila kehamilan mula berlaku. Pelbagai tips dan langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh setiap wanita hamil bagi memastikan dirinya dan bayi sentiasa sihat dan selamat. Setiap ibu hamil perlu sedar tentang aktiviti atau makanan yang boleh membahayakan kesihatan diri dan bayi.

Berikut ialah 4 persediaan mengandung kali pertama wajib diamalkan sebelum anda membuat keputusan untuk hamil.

Mental yang kuat

Sebelum anda membuat keputusan untuk hamil, tanyalah diri anda ‘ Adakah saya bersedia?’ ‘Bolehkah saya lalui kehamilan saya dengan baik?’ Anda juga boleh bertanya tentang pengalaman serta isu-isu berkaitan kehamilan pada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang telah mempunyai anak.

Mental yang kuat persediaan mengandung kali pertama

Kemudian anda bolehlah buat keputusan untuk mendapatkan anak sekarang atau tunggu setelah anda betul-betul bersedia. Bersikap jujur pada diri sendiri dan pertimbangkan semua aspek. Sekiranya jawapan anda ialah ‘ya’, bagus untuk anda. Ini menunjukkan anda yakin dengan kemampuan diri anda. Sekarang, kita ke langkah seterusnya.

Tahap kesihatan diri

Perkara utama yang perlu dipertimbangkan untuk hamil ialah tahap kesihatan bakal ibu. Seseorang wanita yang mengamalkan gaya hidup yang sihat mungkin tidak akan menghadapi masalah yang besar semasa hamil, namun mungkin mengalami gejala kehamilan yang lain pula. Berikut ialah senarai semak maklumat kesihatan untuk anda ketahui:

Tahap kesihatan diri persediaan mengandung kali pertama

  • Vaksinasi – campak, selsema, cacar air, batuk kokol dan penyakit pneumokokus
  • Kesihatan gigi dan gusi
  • Penjagaan alat sulit
  • Tiada pengambilan alkohol, rokok atau bahan-bahan toksik
  • Sejarah kesihatan keluarga yang lengkap
  • Kurangkan kafein
  • Pemeriksaan jantung, darah, paru-paru, air kencing dan hormon
  • Pemilihan hospital dan doktor yang akan menguruskan kehamilan dan kelahiran
  • Keputusan tentang pil kawalan kelahiran

Penjagaan pemakanan

Diet pemakanan yang berkhasiat dan seimbang perlu diambil oleh wanita hamil untuk tumbesaran bayi. Kajian menunjukkan bahawa seseorang wanita hamil memerlukan 300 kalori banyak daripada jumlah pemakanan yang diambil sebelum kehamilan. Anda perlu berhati-hati memilih makanan yang sihat.

Pengambilan suplemen seperti asid folik dan vitamin pranatal sangat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Zat besi dan kalsium juga diperlukan oleh wanita hamil untuk mencegah anemia. Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berdaun hijau, suplemen kalsium atau makanan kaya kalsium contohnya kekacang perlu dimasukkan dalam diet pemakanan semasa hamil.

Penjagaan pemakanan Persediaan mengandung kali pertama

 

Selain itu, pastikan semua buah-buahan dan sayur-sayuran dicuci sebelum dimakan. Jangan makan makanan segera atau makanan ringan untuk keselamatan bayi anda. Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih dari 12 jam juga perlu dielakkan. Pastikan anda hanya mengambil makanan yang segar sahaja.

Senaman ringan semasa hamil

Senaman yang berat atau aktiviti yang lasak juga perlu dielakkan kerana ia akan mungkin menyebabkan keguguran. Antara contohnya ialah berenang, melompat, berlari, angkat berat, berbasikal, ski, menunggang kuda dll. Senaman ringan yang boleh dilakukan ialah seperti berjalan kaki, berenang dan kegels. Senaman ini boleh dilakukan selama setengah jam hingga satu jam sehari.

Yoga dan Meditasi memberikan manfaat kepada wanita hamil untuk menenangkan tubuh dan fikiran, namun terdapat beberapa gerakan yoga seperti Pranayama (bernafas dengan cepat dan dalam), Navasana (tekanan dari perut) dan Bikram Yoga (menaikkan suhu badan) yang perlu dielakkan kerana ia boleh membahayakan ibu dan bayinya. Senaman ringan dan amalan yoga ini perlu untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang berlebihan semasa hamil .

Senaman ringan persediaan mengandung kali pertama

Setiap ibu hamil perlu sedar tentang aktiviti atau makanan yang boleh membahayakan kesihatan diri dan bayi. Anda juga perlu mendapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan keletihan atau kemurungan. Amalan diet yang sihat, senaman ringan serta pemeriksaan berkala membantu anda menjalani kehamilan yang selamat dan normal.

Selain penjagaan diri ini, lawatan rutin ke hospital adalah penting untuk memantau perkembangan bayi serta keadaan anda. Pelbagai tips dan langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh setiap wanita hamil bagi memastikan dirinya dan bayi sentiasa sihat dan selamat.