Jadi Penderma Telur IVF Dapat RM7,000?

Jadi Penderma Telur IVF Dapat RM7,000?

3 min bacaan

Pada tahun 2012, harga pasaran jadi penderma telur IVF telah mencecah RM7,000. Justeru itu, apakah harga pasaran tahun 2021? Sebuah Kehidupan baru bermula apabila seseorang wanita itu hamil. Pada waktu ketika telur disenyawakan dan jantung janin mula berdegup, dia telah membawa kehidupan baru ke dunia. Melahirkan anak dikatakan seperti kelahiran semula wanita tersebut. Ini merupakan perasaan yang sangat kuat dan diberkati.

Penderma Telur IVF

 

Tetapi, kadangkala impian suci ini memerlukan pertolongan daripada orang lain untuk mencapainya. Jika usahanya untuk melahirkan anak menjadi sangat sukar, maka wanita tersebut memerlukan pendermaan telur daripada wanita lain.

Walau bagaimanapun, penderma telur harus memenuhi syarat untuk layak menderma telur kepada bakal penerima.

Jom, mari kita lihat mengapa pendermaan telur ini penting kepada sesetengah wanita yang tidak dapat hamil.

Mengapa Sumbangan Telur Ini Penting?

Pendermaan telur diperlukan oleh orang-orang yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Ramai wanita mempunyai kehidupan yang sangat normal tetapi secara seksualnya, mereka mempunyai masalah. Antara masalahnya adalah kemandulan, ukuran ovari kecil dan kekurangan telur yang membuatkan mereka tidak dapat hamil.

Oleh itu, salah satu penyelesaian yang boleh diharapkan adalah dengan meminta bantuan pendermaan telur. Terdapat banyak pusat perubatan yang menyediakan kemudahan untuk menderma telur.

Kebiasaannya, penderma telur adalah wanita yang mempunyai pengeluaran telur yang sihat. Seseorang wanita berupaya menghasilkan 100 buah telur dalam jangka hayatnya. Telur akan disenyawakan sekiranya ia berjumpa dengan sperma lelaki lalu menjadi bayi. Oleh itu, sebagai penderma telur, wanita itu perlu menderma telurnya dengan prosedur pendermaan itu dilakukan melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Telur yang telah pun disenyawakan itu akan dimasukkan ke dalam rahim wanita yang memerlukan telur agar bayi terbentuk di dalam badannya. Proses pendermaan telur dilakukan mengikut garis panduan American Society, Reproductive Medicine (ASRM), Pentadbiran Dadah dan Makanan AS (FDA) serta turut dilaksanakan di bawah pemerhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Malaysia.

Syarat-syarat untuk menjadi Penderma Telur

Berikut adalah syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum seseorang wanita itu boleh menjadi penderma telur.

• Penderma harus berumur dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun. Namun, wanita yang berusia sekitar 34 tahun boleh dipertimbangkan sekiranya kualiti telurnya adalah baik.
• Berat badan wanita itu harus setara dengan ketinggiannya. Dengan kata lain, anda haruslah tidak mempunyai kekurangan berat badan atau mempunyai berat badan yang berlebihan.
• Wanita itu adalah lulusan sekolah menengah.
• Wanita tersebut tidak boleh ketagihan dadah, alkohol dan merokok. Ujian air kencing akan diambil untuk memastikan bahawa dia tidak ketagihan dadah.
• Latar belakang dan sejarah kesihatan keluarga juga akan dipertimbangkan untuk mengelakkan sebarang penyakit keturunan keluarga mereka dipindahkan kepada keluarga penerima. Kanser dan diabetes adalah antara penyakit yang menjadi perhatian.
• Penderma telur harus komited dalam proses pendermaan telur di mana beliau harus memakan ubat-ubatan yang diberi dan menjaga kesihatan diri sendiri sepanjang masa terutamanya ketika proses ini berjalan.
• Dia mesti mempunyai kitaran haid biasa dan tidak mempunyai komplikasi serta kemandulan dalam catatan sejarah keluarga.
• Tidak ada wanita yang diizinkan untuk menderma telur lebih banyak daripada 6 kali dalam hidup. Jadi, sejarah pendermaan telurnya akan diperiksa terlebih dahulu.
• Ramai orang memilih penderma yang serupa dengan penerima dari segi kehidupan atau penampilan. Oleh itu, pilihlah kriteria penderma. Walaupun ia bukanlah wajib, terdapat juga orang yang tetap berpegang teguh terhadap isu ini.

Risiko Kesan Sampingan

Pendermaan telur membawa risiko dan kesan sampingan disebabkan pemberian ubat untuk menghasilkan telur yang banyak dalam proses ovulasi. Ia boleh menyebabkan pembengkakan ovari serta mengakibatkan mual, sakit kepala, kembung, dan lain-lain lagi. Ia juga akan mengakibatkan kenaikan berat badan sementara dan ketidakseimbangan hormon.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, ia turut menyebabkan kerosakan ovari dan terdapatnya komplikasi. Tidak ada peraturan khas dan diet yang ketat harus diikuti setelah pendermaan telur. Berehat adalah satu-satunya nasihat daripada doktor selepas tamatnya prosedur pendermaan telur.

Jika anda ingin menjadi seorang penderma telur, periksalah terlebih dahulu sama ada anda memenuhi syarat-syarat untuk menjadi penderma. Telur yang anda dermakan akan membantu sesebuah keluarga dan membawa keriangan kepada pasangan yang bermasalah.

Ia bukan sekadar dapat membantu orang lain, malah pertolongan mulia ini akan membolehkan anda mendapat rezeki. Jadi, tolonglah pasangan yang tidak dapat hamil dan berilah peluang kepada mereka untuk tersenyum.