Merancang Keluarga: 5 Sebab Anda Boleh Mengandung Ketika itu

4 min bacaan

Sebilangan besar wanita bergantung pada kaedah kontrasepsi yang popular seperti pil perancang dan kondom untuk merancang keluarga dan mencegah kehamilan yang tidak diingini.

Walaupun pil dan perancang keluarga lain yang paling biasa digunakan oleh lelaki dan wanita amat dipercayai dalam menangani hal ini, namun ia masih ada kemungkinan meskipun kecil anda boleh mengandung.

Berikut adalah lima sebab yang boleh menyebabkan kehamilan semasa anda tengah merancang keluarga:

Penggunaan kaedah kontraseptif yang tidak tepat

Keberkesanan sebilangan besar kaedah kontrasepsi dan perancang keluarga adalah hampir seratus peratus yang selalu tidak menjadi faktor pertikaian.

Namun, kegagalan pengguna memainkan peranan besar mengapa kehamilan yang tidak diingini boleh berlaku di kalangan orang yang tengah mengamalkan perancangan keluarga.

Statistik menunjukkan bahawa kegagalan berpunca dari pengguna dalam penggunaan sebarang perancang keluarga adalah jauh lebih banyak dari kegagalan alat ataupun kaedah tersebut.

punca-kegagalan-merancang-keluarga

Salah satu contohnya ialah pengambilan pil yang tidak mengikut jadual. Tidak diketahui ramai, pil perancang mesti diambil pada waktu yang sama setiap hari terutamanya para pengguna yang sedang merancang keluarga.

Alasan seperti terlupa atau terlambat untuk mengambil pil yang dijadualkan dan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan selalu menjadi punca utama kehamilan bukan dirancang boleh berlaku.

Tambahan pula, gangguan dalam kitaran ekoran dari pil perancang yang terlepas makan pada kitaran haid boleh menyukarkan situasi dan susah untuk diperbetulkan.

Ini boleh merosakkan usaha merancang keluarga anda dan menyebabkan kehamilan yang tidak dirancang sekiranya hubungan seks dilakukan tanpa sandaran atau kaedah kontrasepsi alternatif.

Di samping itu, kondom juga ada risiko penyalahgunaan.

Sebagai contoh, kegagalan seseorang itu tidak mengeluarkan udara dari kondom sebelum memakainya boleh menyebabkan kekoyakan akibat geseran yang dihasilkan semasa persetubuhan.

Jangan terlupa bahawa saiz kondom yang kurang sesuai turut boleh menyebabkannya terkoyak atau meluncur lalu tumpahnya air mani semasa persetubuhan.

Diafragma, penutup serviks, dan IUD, sebaliknya, perlu diperiksa sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memastikan pemasangan dan kedudukan adalah kukuh dan betul masing-masing.

Salahpasang atau liputan yang tidak tepat akan memberikan sel sperma sedikit jalan melalui celah untuk mencapai telur dan memulakan proses pembuahan.

Penggunaan kaedah kontrasepsi yang tidak konsisten

Pil-perancang-semasa-merancang-keluarga

Ketidakkonsistenan dalam penggunaan kaedah kontrasepsi juga menyumbang kepada jumlah kehamilan tidak dirancang yang berlaku semasa merancang keluarga.

Pil perancang yang hilang atau hubungan seks tanpa perlindungan yang dilakukan tanpa kondom “hanya sekali ini sahaja,” sudah cukup untuk menyebabkan kehamilan.

Tidak diketahui ramai, sel sperma dapat hidup di dalam sistem pembiakan wanita selama berhari-hari.

Jadi, hanya satu kejadian hubungan seks tanpa perlindungan sahaja boleh mengakibatkan persenyawaan walaupun hubungan seks seterusnya pada hari kemudian mengguna sebarang kaedah kontraseptif.

Pengaruh ubat antibiotik lain

Antibiotik

Mengambil ubat antibiotik didapati boleh mempengaruhi dan mengganggu keberkesanan pil pencegah kehamilan.

Ubat antibiotik dapat menurunkan kadar kepekatan plasma steroid dalam pil yang dapat mengubah kesannya secara drastik.

Sekiranya pil diambil bersama dengan ubat antibiotik, disarankan agar wanita dan pasangannya menggunakan kaedah merancang keluarga tambahan untuk meningkatkan keberkesanan pil.

Kontraseptif tambahan ini boleh datang dalam bentuk gel sperma, krim, dan kondom.

Kondom rosak dan kaedah penghalang lain

merancang-keluarga

Kerosakan adalah penyebab utama kegagalan kaedah merancang keluarga penghalang.

Kondom yang rosak dan kaedah penghalang lain memberi jalan bagi sperma untuk melarikan diri dan mencapai telur.

Kondom biasanya rosak akibat peningkatan geseran dan tekanan semasa persetubuhan.

Menggunakan kondom bersaiz tepat dan pelincir selamat lateks yang betul dapat membantu mengurangkan kekoyakan kondom.

Tidak seperti kondom, kaedah penghalang lain boleh mendapat manfaat daripada pemeriksaan bulanan untuk menilai dan mengekalkan kedudukan yang betul.

Percaya ada masa yang selamat untuk hubungan seks tanpa perlindungan

masa-yang-selamat-untuk-hubungan-seks-tanpa-perlindungan

Tidak pernah ada masa yang selamat untuk seks tanpa perlindungan.

Kajian menunjukkan bahawa sementara kebanyakan wanita hamil pada pertengahan kitaran atau hari subur, ada juga yang hamil pada hari-hari yang biasanya dianggap tidak subur.

Dengan demikian, disarankan agar perlindungan harus selalu digunakan setiap kali seseorang melakukan hubungan seks untuk merancang keluarga dengan sempurna dan mencegah kehamilan yang tidak diingini.