5 Soalan Mengenai Kesuburan Rahim Wanita Yang Malu Ditanya

5 Soalan Mengenai Kesuburan Rahim Wanita Yang Malu Ditanya

3 min bacaan

Proses melahirkan bayi secara semula jadi adalah normal bagi beberapa pasangan yang fasih tentang kesuburan rahim wanita dan ia berlaku dengan mudah, tetapi terdapat juga mereka yang harus berjuang untuk mendapatkan zuriat. Disebabkan semakin ramai pasangan membuat perancangan keluarga sehingga wanita itu stabil dalam kerjayanya terlebih dahulu, maka terdapat peningkatan masalah kemandulan dalam kalangan wanita yang ingin mempunyai anak.

kesuburan rahim wanita

Terdapat beberapa isu-isu yang mungkin mempengaruhi kesuburan mereka tetapi seringkali, mereka malu untuk bertanya.

Berikut adalah beberapa persoalan mengenai kesuburan tetapi agak malu untuk ditanyakan ketika mereka berusaha untuk mencapai konsepsi ataupun perkara ini agak baru bagi mereka.

Soalan #1

Tahukah anda bahawa lendir serviks yang dirembeskan selama sebulan sebenarnya boleh menghilangkan warna atau “meluntur” warna seluar dalam anda?

Ini kerana, lendir ini berasid dan fungsinya adalah untuk melindungi serviks dan rahim daripada bakteria. Oleh itu, ia akan mengotorkan atau ‘melunturkan’ seluar dalam.

Soalan #2

Adakah anda mengetahui bahawa seseorang tidak perlu mengalami orgasme untuk mencapai kehamilan?

Secara teori, para pakar percaya bahawa ia dapat membantu untuk mendorong sperma melalui saluran pembiakan. Namun, pada hakikatnya ia tidak diperlukan.

Adalah lebih penting untuk melakukan persetubuhan pada waktu yang sesuai dalam tempoh subur terbaik daripada memaksa orgasme setiap kali anda melakukan hubungan seks. Ini kerana, tindakan ini lebih memudaratkan kerana ia memberikan tekanan kepada anda sehingga anda tidak mahu melakukan hubungan seks sama sekali.

Soalan #3

Tahukah anda bahawa sperma boleh sampai ke tiub fallopian dalam masa 15-20 minit selepas ejakulasi?

Jadi, bangun daripada tidur sebaik sahaja melakukan hubungan seks bukanlah idea yang bagus. Anda juga tidak perlu tidur dengan kaki di udara selama 30 minit.

Ini kerana, faraj biasanya melereng ke belakang secara semula jadi seterusnya membantu sperma dalam perjalanan mereka. Oleh itu, luangkanlah masa 15 minit di tempat tidur sebelum masuk ke bilik mandi.

Soalan #4

Tahukah anda bahawa kuantiti dan kualiti sperma dipengaruhi oleh persekitaran, diet dan berapa kali seseorang lelaki mengalami ejakulasi?

Dengan kata lain, kualiti sperma memerlukan masa sehingga 3 bulan untuk berubah berdasarkan perubahan diet iaitu dengan menyingkirkan toksik, alkohol, dadah dan rokok untuk meningkatkan kesihatan sperma 3 bulan sebelum cuba hamil.

Hanya 3 hari sahaja untuk membuat perubahan jumlah atau kuantitinya. Ejakulasi selama 2 hari berturut-turut biasanya tidak memberikan kesan, tetapi jika 3 hari, ia dapat mengurangkan jumlah sperma. Inilah sebab lain kenapa pakar mengesyorkan seks dilakukan setiap hari dalam tempoh subur dan tidak ada melancap antara tempoh tersebut.

Wanita mempunyai pelbagai bentuk dan saiz badan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa secara sosiologinya, lelaki lebih tertarik kepada wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar dan pinggang yang lebih langsing di mana secara amnya, dia mempunyai tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang membandingkan kadar kehamilan. Oleh itu, adalah penting untuk fokus kepada diet yang sihat, pilihan gaya hidup sihat dan mengenali masa subur anda.

Soalan #5

Tahukah anda bahawa haid menandakan sejarah ovulasi normal?

Menstruasi dikaitkan dengan perubahan hormon dalam badan apabila telur tidak disenyawakan. Dalam kitaran biasa, ovulasi dan haid berlaku. Dalam keadaan yang jarang berlaku, haid mungkin tidak berlaku. Tetapi, walaupun anda mengalami ovulasi, tidak semestinya telur tersebut berkualiti dan anda boleh hamil.

Pakar pembiakan mengesyorkan agar pasangan yang berumur bawah 30 tahun menunggu sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum mendapatkan nasihat doktor mengenai tahap kesuburan mereka.

Ini kerana, proses yang sangat kompleks diperlukan untuk mencapai kehamilan. Sementara itu, wanita boleh menggunakan beberapa alat ovulasi over-counter untuk menentukan bilakah tempoh paling subur pada bulan itu seterusnya mengesahkan bahawa mereka memang mengalami ovulasi.