Kegemukan punca sukar hamil?

3 min bacaan

Bagaimana obesiti mempengaruhi kesuburan

kegemukan punca sukar hamil? Persoalan ini tidak suka ditanya bagi golongan yang gemuk tetapi ianya merupakan isu yang harus diutamakan sekiranya anda merancang untuk mendapat zuriat.

Dalam beberapa dekad ini, obesiti telah menjadi satu masalah di Malaysia. Anda dianggap sebagai gemuk sekiranya berat timbangan anda melebihi 16 kg daripada berat badan yang disarankan dengan usia, ketinggian dan pembinaan badan umum.

Indeks metabolik basal (BMI) telah menggunakan kaedah standard untuk mengetahui orang itu gemuk, mempunyai berat badan berlebihan, kurang berat badan dan normal.

Walaupun ia tidak dianggap sebagai peratusan yang tepat, secara amnya ia dianggap benar. Secara teknikal, anda seorang yang gemuk jika anda mempunyai BMI mulai dari 30 hingga 40.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah orang yang gemuk telah melambung tinggi di Malaysia. Sekarang, terdapat fakta yang mengatakan bahawa mereka yang gemuk akan terdedah kepada beberapa jenis risiko penyakit.

Antara penyakit utama adalah penyakit kardiovaskular dan komplikasi tekanan darah tinggi. Disebabkan itu, hubungan antara kegemukan dan kesuburan telah mendapat perhatian media.

Obesiti dan Kesuburan Wanita

Obesiti dan Kesuburan Wanita

Kesuburan wanita dan lelaki dipengaruhi oleh obesiti. Obesiti wanita adalah lebih berbahaya dan lebih akut kerana kehamilan membawa kepada perubahan hormon utama dalam tubuh wanita. Beberapa kajian yang dilakukan oleh para sarjana perubatan telah mengesahkan bahawa obesiti merupakan penyebab utama kepada kemandulan wanita.

Berat badan yang berlebihan pada tubuh wanita mencetuskan ketidakseimbangan hormon lalu menyebabkan berlakunya komplikasi yang berkaitan dengan haid dan ovulasi. Sel-sel lemak di badan seperti lemak viseral di kawasan perut menyebabkan pengeluaran asid berbahaya dan hormon di dalam badan.

Disebabkan lemak berlebihan di badan, wanita mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh “dominasi estrogen”. Estrogen juga membentuk komponen seperti pil perancang. Sekiranya terdapat lebihan estrogen di dalam badan, maka telur akan disekat daripada sampai ke dinding ovari (seperti pil perancang) dan lalu menjadikannya sukar untuk melekat.

Sekiranya fungsi ovari terganggu, ia akan mempengaruhi kitaran ovulasi lalu menyebabkan kemandulan. Obesiti mempengaruhi kitaran haid jika risiko keguguran, tekanan darah tinggi dan diabetes meningkat semasa kehamilan.

Fluktuasi tekanan darah adalah fenomena biasa semasa fasa kehamilan bagi wanita gemuk dan tekanan darah tinggi menjadi masalah yang membimbangkan apabila perut semakin membesar. Obesiti bukan sahaja membahayakan ibu tetapi juga anak. Beberapa insiden kecacatan kelahiran termasuk kecacatan tiub saraf (NTD) mempunyai kaitan dengan lemak berlebihan pada badan ibu.

Penyebab yang paling biasa terjadi pada kemandulan wanita adalah sindrom polikistik ovarium (PCOS) yang menyebabkan masalah kronik pada haid yang tidak teratur. PCOS menjadikan kista di ovari yang menyebabkannya mengeluarkan sejumlah besar hormon estrogenik lalu mengganggu ovulasi lantas menyebabkan kemandulan.

Dalam banyak kes, jika berat kehamilan adalah berlebihan atau kegemukan, kadar kejayaan kehamilan penuh adalah rendah. Ini bermaksud, peluang untuk hamil menjadi lebih rendah bagi wanita gemuk berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan normal.

Obesiti dan Kesuburan Lelaki

Obesiti dan Kesuburan Lelaki

Tidak semestinya wanita, tetapi lelaki juga menghadapi kemandulan akibat daripada kegemukan. Beberapa kajian perubatan menyatakan bahawa kegemukan pada lelaki menyebabkan kualiti sperma menjadi rendah dan ia juga meningkatkan risiko penyakit jantung.

Hal ini menyebabkan keletihan mental dan fizikal lalu menyebabkannya kurang berminat terhadap aktiviti seksual. Ia bukanlah bermaksud lelaki gemuk tidak berminat untuk melakukan hubungan seks seperti lelaki yang mempunyai berat badan normal, tetapi masalah itu muncul ketika melakukan persetubuhan.

Baca selanjutnya: Tanda lelaki tidak subur.

Pakar juga percaya bahawa obesiti turut berhubungkait dengan disfungsi ereksi (ED) bukan sahaja secara fisiologi tetapi juga fizikal. Obesiti dapat meningkatkan risiko ED kerana penurunan tahap testosteron dalam badan manusia.

Tiada individu yang memilih untuk menderita kegemukan dan masalah kemandulan. Jadi, pendekatan holistik terhadap pengurusan berat badan sangat penting. Namun, tidak semestinya tekad yang kuat sahaja diperlukan dari individu bahkan bimbingan yang betul dan bantuan pakar turut diperlukan untuk mengurangkan berat badan.

Baca selanjutnya:

Cara meningkatkan kesuburan lelaki

Rawatan kesuburan lelaki.

Menjalani kehidupan yang sihat dan mengelakkan diri daripada pemakanan yang tidak sihat adalah sangat penting. Mempunyai kategori berat badan yang normal dapat mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya dan ia merupakan kunci kepada kesihatan dalam kehidupan.