Diet kesuburan: Sejauh manakah ianya berjaya?

5 min bacaan

Semasa menangani masalah kemandulan dan kesukaran mendapat anak, kebanyakan pasangan tentu ingin mencuba apa saja yang mereka boleh buat untuk mendapatkannya.

Dengan pemikiran itu, ada yang tertanya-tanya adakah terdapat benda seperti diet kesuburan dan jika ada, adakah ia benar-benar berkesan? Adakah tabiat pemakanan yang sesuai dan betul dapat membantu untuk mengandung?

Mari kita kaji beberapa maklumat itu di sini.

Kita adalah apa yang kita makan

Kita adalah apa yang kita makan

Pada hari ini, kata pepatah lama “kita adalah apa yang kita makan” masih betul dalam beberapa senario penjagaan kesihatan terutamanya ketika pasangan sedang berusaha untuk hamil.

Hampir menjadi perkara biasa di media massa bahawa pilihan diet, senaman dan gaya hidup akan mempengaruhi segala-galanya termasuklah dari sudut kesihatan hati hinggalah masalah berkaitan kesihatan atau perkembangan barah.

Kenyataannya, semua perkara itu adalah benar. Apabila kita memakan vitamin, mineral dan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh, sel dapat membiak dengan betul dan tubuh mempunyai kesihatan yang lebih optimum.

Tidak ada perbezaan bagi kesuburan seseorang lelaki atau wanita. Adalah menarik jika kita perhatikan bagaimana petani, penternak dan doktor veterinar jauh lebih arif mengenai bagaimana nutrisi dapat mempengaruhi kesuburan pada lembu dan ayam jika dibandingkan dengan doktor dan penyelidik dalam mendapatkan jawapan bagaimana ia mempengaruhi sistem pembiakan manusia.

Reaksi doktor terhadap diet kesuburan:

Reaksi doktor terhadap diet kesuburan

Dalam kajian terbaharu yang diperoleh dalam OBGYN News, sekumpulan penyelidik dari Harvard mendapati bahawa 79% pasangan yang subur mengambil makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Annals of the New York Academy of Medicine pula, doktor mendapati bahawa setelah lelaki mendapat dos harian 1,000 miligram vitamin C selama seminggu, jumlah sperma meningkat sekitar 140%. Jadi, jelaslah bahawa diet dan vitamin yang cukup dapat membantu menangani masalah kemandulan.

Baru-baru ini, sebuah kajian yang diterbitkan dalam Archives of Andrology turut menunjukkan bahawa antioksidan seperti vitamin E dan selenium dapat meningkatkan kemampuan sperma untuk berenang iaitu kemahiran yang diperlukan untuk sampai kepada telur wanita.

Menurut maklumat daripada Kajian Kesihatan Jururawat pula, para penyelidik telah menemui beberapa fakta menarik mengenai kesan diet kepada kesihatan dan penyakit kronik. Kajian ini merupakan projek penyelidikan jangka panjang yang melibatkan 18,000 orang wanita.

Sebagai contoh, wanita yang memakan karbohidrat seperti roti putih dan soda dalam kuantiti yang mudah dicerna mendapati diri mereka bergelut dengan kemandulan ovulasi.

Tetapi pilihan karbohidrat demi kesihatan bukanlah faktor yang wujud tanpa kebenaran. Kajian itu juga menunjukkan bahawa wanita yang mendapat hampir 60% kalori mereka dari karbohidrat juga memakan sedikit lemak dan protein haiwan, tidak minum alkohol dan kopi serta lebih banyak memakan protein tumbuhan dan serat.

Wanita-wanita ini juga didapati tidak merokok atau lebih aktif secara fizikal dan mempunyai kurang berat badan. Oleh yang demikian, memilih karbohidrat yang betul sebagai sebahagian daripada diet kesuburan adalah lebih penting daripada menghentikan pengambilannya sama sekali.

Elakkan Makanan Tertentu

Elakkan makanan tertentu dalam diet kesuburan

Pakar kesuburan mendapati bahawa lelaki dan wanita yang mengekalkan berat badan normal lebih cenderung untuk mudah dan cepat hamil berbanding dengan mereka yang kurang berat badan atau mempunyai berat badan berlebihan.

• Lemak

Jumlah sel lemak dalam badan boleh mempengaruhi peraturan dan keseimbangan hormon di mana pengeluaran sperma, ovulasi dan proses persenyawaan berlaku.

Menurut American Pregnancy Association yang merupakan organisasi bukan untung yang mempromosikan kesihatan pembiakan manusia, doktor percaya bahawa seseorang wanita harus mengambil masa 3 bulan hingga 1 tahun agar perubahan diet dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap kesihatan dirinya seterusnya membantu dalam kehamilan.

• Alkohol

Segelas wain atau bir yang diambil sekali-sekala tidak akan mempengaruhi kemampuan untuk hamil, akan tetapi jika diambil secara berlebihan, ia boleh mempengaruhi perkembangan janin serta mengubah keseimbangan hormon yang mengawal ovulasi dan fasa haid.

• Kafein

Kafein adalah unsur diet kesuburan lain yang boleh mempengaruhi kesuburan. Ramai pakar percaya bahawa 2 hingga 8 gelas kopi sehari tidak akan menggangu kehamilan tetapi boleh memberi kesan kepada wanita yang menjalani persenyawaan in vitro kerana ia boleh menyekat saluran darah, melambatkan aliran ke rahim dan berpotensi menyukarkan telur untuk disenyawakan.

Sekiranya meminum kafein memberikan kesan negatif kepada wanita yang menjalani rawatan kemandulan, ini bermakna bahawa ianya akan mempengaruhi kita semua dengan kesan yang sama. Ini kerana, doktor lebih berpengetahuan terhadap bagaimana rawatan tersebut boleh mempengaruhi tubuh wanita.

• Diet yo-yo

Jalani diet yo-yo juga dapat mempengaruhi kemampuan anda untuk mengandung. Makan terlalu banyak makanan ringan atau mempunyai berat badan berlebihan akan menyebabkan masalah kesuburan sama seperti mempunyai kurang berat badan atau tidak cukup makan.

Proses diet yo-yo ini menyebabkan berat badan naik dan turun dalam jangka masa pendek di mana ia akan mempengaruhi keseimbangan hormon dengan cara yang negatif.

• Pil kesuburan

Kita mungkin berfikir bahawa pil kesuburan di kaunter farmasi atau suplemen herba akan menjadikan semua masalah kita hilang. Namun, pada hakikatnya ia tidak mempunyai sokongan penyelidikan dan kelulusan dari segi keselamatan untuk memenuhi keinginan pasangan.

Sebaliknya, memakan makanan seimbang termasuklah biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang lemak haiwan dapat membantu seseorang wanita dan lelaki bagi mendapatkan vitamin mineral dan antioksidan yang diperlukan untuk menghasilkan sperma dan telur yang sihat.

Aktiviti fizikal adalah sebahagian daripada diet kesuburan

Aktiviti fizikal adalah sebahagian daripada diet kesuburan

Senaman dapat meningkatkan kemampuan otot bagi membantu setiap aspek sistem badan. Orang gemuk sering mengalami masalah pembiakan. Berat badan yang berlebihan dapat memberikan tekanan kepada organ pembiakan lalu menghalangnya daripada berfungsi dengan optimum.

Ini kerana, semasa menangani kemandulan, diet sahaja mungkin tidak mencukupi. Jadi, aktiviti fizikal secara berkala mesti dilakukan sebagai sebahagian daripada cara meningkatkan kesuburan untuk menangani masalah ini.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berlebihan dalam melakukan senaman. Ini kerana, terdapat laporan yang mengatakan bahawa ramai atlet wanita muda yang melakukan aktiviti fizikal berlebihan mengalami masalah haid tidak teratur dan bermasalah dengan pembiakan.

Kehilangan nutrien penting dalam tubuh kerana terlalu banyak bekerja secara fizikal akan mempengaruhi sistem badan dan hal ini berlaku kepada lelaki dan wanita. Oleh itu, jika anda melakukan senaman dan mengikuti diet anda, pastikan ia adalah seimbang dan sihat.

Bersenam secara bersederhana sangat bermanfaat bukan hanya sekadar untuk merancang kehamilan sahaja. Bersenam dapat meningkatkan peredaran darah dan ia penting untuk semua aspek kesihatan. Darah membawa nutrien ke setiap bahagian badan dan menyaring sel-sel mati.

Makan dengan betul serta melakukan senaman akan membuatkan seseorang berasa lebih sihat dan positif di mana ia akan mengurangkan tekanan seterusnya bermanfaat jika mencuba untuk hamil. Ketika memikirkan diet kesuburan, ini mungkin sesuatu yang membantu menyatukan anda sebagai pasangan seterusnya membawa kepada kehidupan seks yang lebih baik dan aktif iaitu aspek penting lain dalam persetubuhan!

Oleh itu, jangan sekali-kali menolak pemikiran bahawa keadaan anda dapat dibantu atau terhalang oleh tabiat pemakanan dan bersenam. Faktanya, doktor bersetuju bahawa untuk menangani kemandulan, diet adalah penting sama seperti senaman dan aktiviti fizikal.