Gejala Kehamilan Dengan Clomid

2 min bacaan

Gejala kehamilan dengan Clomid

Bagi wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil, doktor mungkin akan menyarankan pengambilan Clomid untuk membantu mencerahkan peluang kehamilan mereka.

Clomid dikenalpasti sebagai ubatan yang selamat diambil untuk ibu dan bakal anak-anak.

Bagaimana Clomid berfungsi?

Clomid berfungsi untuk mengubah tahap dan pengeluaran hormon yang mempengaruhi ovulasi wanita yang mungkin pernah mempunyai masalah ini.

Ia mempunyai tujuan yang sama seperti ubat-ubatan lain yang dipreskripsikan iaitu untuk menipu otak untuk mempercayai tahap estrogen yang rendah dalam tubuh.

Proses ini akan mendorong telur untuk matang dan dibebaskan untuk persenyawaan. Selain itu, sekiranya anda menggunakan kit ujian ovulasi air kencing, perubahan tahap hormon yang berlaku boleh memberikan kesan yang positif.

Mungkin anda akan fikir Clomid akan mempengaruhi ujian kehamilan yang anda akan lakukan. Clomid diberikan selama beberapa hari sebelum ovulasi berlaku, iaitu 14 hari sebelum tempoh ovulasi berlaku.

Proses implantasi akan berlaku pada minggu ke-3 atau tepat pada hari haid anda berlaku. Waktu inilah anda boleh lakukan ujian kehamilan. Pada waktu inilah juga, lonjakan hormon yang disebabkan oleh Clomid akan bermula, dan anda mungkin akan berasa mudah mual dan muntah-muntah.

Gejala-gejala kehamilan dengan Clomid

Bagi wanita yang hamil dengan bantuan Clomid, gejala-gejala yang mereka alami adalah sama seperti wanita hamil yang lain.

Pengambilan Clomid adalah sekitar lima (5) hari pertama kitaran anda, iaitu kira-kira 20 hari sebelum anda mengalami gejala kehamilan yang pertama.

Antara gejala kehamilan yang anda akan rasai adalah

Tanda-tanda ini juga akan dialami oleh wanita hamil yang lain.

Gejala-gejala kehamilan ini berpunca daripada peningkatan jumlah hormon dalam tubuh. Namun jangan risau kerana gejala-gejala ini akan beransur hilang menjelang minggu ke-12 apabila tubuh anda sudah mula terbiasa dengan ketidakseimbangan hormon. Pada tempoh ini juga, tubuh anda akan mula kuat dan bertenaga seperti biasa.

Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh gejala-gejala kehamilan ini. Antaranya ialah

  • Memakai bra yang sesuai dan longgar ketika tidur seperti bra sukan untuk melegakan kelembutan payudara anda.
  • Minum air yang banyak juga sangat penting semasa hamil untuk memastikan tubuh anda kekal terhidrat dan membantu mengurangkan kembung perut.
  • Selain itu, ambil makanan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap sepanjang hari untuk mengelakkan rasa lapar.
  • Elakkan juga makanan berlemak, pedas dan yang berbau kuat kerana ia akan dapat mengurangkan rasa mual atau morning sickness.

Seperti wanita hamil yang lain, dapatkan nasihat doktor jika gejala-gejala yang anda hadapi menjadi teruk atau membuatkan anda sangat tidak selesa.