5 Cara Meningkatkan Kesuburan Bersama Buat Pasangan

4 min bacaan

Cara meningkatkan kesuburan bukan sahaja terhad kepada pihak wanita, malah kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pihak lelaki dan wanita memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan zuriat

Kesuburan adalah penentu kepada setiap pasangan untuk menimang cahaya mata. Pasangan yang subur mempunyai peluang besar untuk memperoleh zuriat dengan mudah dan cepat. Seseorang wanita dikatakan sebagai subur jika dapat mengeluarkan ovum yang sihat dalam kitaran bulanan, manakala kesuburan lelaki pula ditentukan oleh sperma yang sihat dan kuat.

Kajian menunjukkan bahawa 40% masalah kesuburan adalah berfaktor daripada wanita dan peratusan yang sama juga berfaktor daripada lelaki. Manakala, baki 20% lagi adalah disebabkan kombinasi faktor gangguan pada lelaki dan wanita. Dalam hal ini, terdapat sesetengah pasangan yang mudah tertekan dan berputus asa dalam menghadapi masalah kesuburan.

Walaupun begitu, terdapat pelbagai teknik perubatan yang boleh dilakukan oleh pasangan bagi mengatasinya. Tetapi, ia adalah mahal. Oleh itu, memilih cara semula jadi untuk meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita merupakan cara meningkatkan kesuburan yang selamat dan berkesan.

Amalkan “Diet Meningkatkan Kesuburan”

Amalan diet meningkatkan kesuburan

Fakta menunjukkan bahawa kekurangan berat badan atau berat badan yang berlebihan memberikan kesan buruk terhadap pengeluaran hormon seks. Disebabkan itu, setiap pasangan perlu mengekalkan berat badan ideal bagi mengelakkan masalah kesuburan. Untuk mendapatkan badan yang sihat demi kesuburan, salah satu cara meningkatkan kesuburan yang paling berkesan adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang. Ini kerana, nutrien, mineral dan vitamin amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu mengatur hormon dan menyuburkan sistem pembiakan.

Diet meningkatkan kesuburan’ terdiri daripada makanan yang tinggi lemak mono tak otepu (monounsaturated fats) dan kurang kandungan lemak trans, protein sayuran, makanan tenusu tinggi lemak, multivitamin, dan zat besi serta makanan tambahan. Makanan yang mengandungi Indeks Glisemik (GI) juga dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Umum mengetahui bahawa pengambilan vitamin C dan antioksidan yang mencukupi dapat membantu dalam meningkatkan pergerakan sperma sekali gus mencegah kecacatan sperma. Ini kerana, ia akan menghilangkan stres pada telur dan organ pembiakan. Zink mineral yang banyak terdapat dalam diet tersebut juga dapat meningkatkan pengeluaran testosteron dan air mani. Walau bagaimanapun, setiap pasangan juga perlu mengelak dari meminum alkohol, produk yang tinggi kafein dan xenoestrogen.

Masa yang Tepat

masa yang tepat

Cara meningkatkan kesuburan yang berkesan secara semula jadi adalah dengan mengenali waktu paling subur wanita. Salah satu sebab mengapa wanita tidak dapat hamil adalah kerana mereka tidak mengenali waktu subur mereka. Perlu difahami bahawa waktu yang tepat untuk menghitung waktu subur bukanlah pada fasa menstruasi tetapi pada beberapa hari sebelum ovulasi dan juga hari ovulasi.

Pada hari-hari di luar lingkungan masa yang disebut tadi, peluang kehamilan adalah rendah. Oleh itu, wanita dicadangkan untuk menggunakan peramal ovulasi dan kit ujian peramal ovulasi untuk mengetahui waktu ovulasi yang tepat.

Posisi Seks Yang Betul

posisi seks yang betul

Ramai orang tidak percaya bahawa kedudukan seksual turut menjadi salah satu cara meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Seks sambil berdiri, duduk dan kedudukan badan wanita di atas lelaki akan mengakibatkan kebocoran air mani.

Jadi, lelaki perlu memancutkan sperma ke ke dalam rahim sedekat yang mungkin bagi mencapai penembusan yang lebih mendalam. Sebaiknya, wanita perlu berbaring dalam masa 15 minit selepas berhubungan agar peluang untuk hamil lebih tinggi.

Kerap Bersenam

kerap bersenam

Senaman secara berkala selalu menjadi ramuan yang berkesan dalam mengatasi penyakit. Digabungkan dengan diet yang sihat, senaman juga membantu dalam merawat masalah ketidaksuburan. Bersenam dapat membakar lemak badan yang tidak diperlukan dan membantu mengekalkan badan yang sihat.

Dengannya, tahap kesuburan wanita dapat dikawal. Senaman aerobik sederhana rendah seperti berjalan, joging, berenang, dan berbasikal dianggap sebagai penawar masalah ketidaksuburan yang terbaik. Namun begitu, harus diingatkan bahawa senaman berlebihan turut memberikan kesan buruk kepada kesuburan.

Guna Herba

Guna Herbal

Penggunaan herba dalam menangani masalah kesuburan sudah diketahui ribuan tahun dahulu. Herba yang dikenali sebagai chasteberry telah mendatangkan keajaiban kepada pasangan yang gagal hamil. Ramuan herba digunakan bagi merangsang kelenjar pituitari di mana pengeluaran hormon seks seperti estrogen, progesteron, dan testosterone dapat ditingkatkan.

Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk merangsang kitaran haid dan ovulasi, memanjangkan panjang fasa luteal dan mengatur hormon wanita, seterusnya membantu meningkatkan kesuburan. Terdapat satu herba Cina yang digunakan oleh orang Cina untuk merawat masalah kesuburan. Ia dikenali sebagai “dong guai” dan berfungsi untuk membetulkan gangguan tahap estrogen di dalam badan seterusnya membantu proses implantasi.

Selain itu, maca dan tribulus juga adalah herba yang berguna dalam membantu merawat masalah ini. Namun, adalah diingatkan bahawa kesan herba boleh menjadi sangat kuat. Jadi, berbincanglah dengan pengamal naturopati berdaftar sebelum mengambil herba sebagai alternatif kesuburan.

Tips di atas merupakan cara meningkatkan kesuburan semula jadi untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita dan ia boleh diikuti oleh mereka yang berumur 40-an. Selain daripada mengikuti cara di atas, adalah penting juga bagi pasangan untuk berbincang dan bertukar pandangan dengan doktor. Ini kerana, terdapat beberapa teknologi perubatan yang dapat membantu kehamilan walaupun harapan untuk hamil adalah tipis.