5 Cara Meningkatkan Kesuburan Wanita Wajib Diamalkan

2 min bacaan

Apakah cara meningkatkan kesuburan wanita? Kelahiran bayi merupakan masa paling bermakna dalam kehidupan sesebuah pasangan. Keseluruhan fasa daripada cuba hamil sehinggalah kelahiran bayi, saat tersebut benar-benar menggembirakan. Tetapi, jika anda mengalami kesukaran untuk hamil, hal ini pasti membuatkan anda risau tak kira tanda-tanda boleh dikesan atau tidak mahupun ujian kesuburan telah dijalani.

Walaupun terdapat banyak rawatan untuk kemandulan wanita, pilihan yang paling wajar adalah memilih cara semula jadi. Cara semula jadi untuk meningkatkan kesuburan wanita selalunya lebih disukai berbanding dengan rawatan perubatan moden kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan dan lebih murah.

Baca selanjutnya: Cara cepat hamil memaksimumkan peluang kehamilan.

Diet Sihat

Diet Sihat

Diet yang seimbang dapat membantu mengatur hormon dan menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk sistem pembiakan. Ia dapat membantu dalam menjaga berat badan. Ingat, berat badan sangat mempengaruhi kesuburan.

Oleh itu, amat sukar bagi seseorang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau kekurangan berat badan untuk mengandung kerana tahap lemak badan boleh mempengaruhi pengeluaran hormon seks.

Jadi, memakan makanan sihat akan memberikan rasa yang sihat dan bermanfaat kepada kesihatan pembiakan.

Vitamin, Mineral dan Herba

Vitamin, Mineral dan Herba

Pengambilan mineral dan vitamin adalah sangat penting. Zat besi, vitamin A, vitamin B6, vitamin C, asid folik dan antioksidan memainkan peranan penting dalam kesihatan wanita. Penggunaan herba juga diketahui sangat berkesan.

Chasteberry merupakan ramuan herba yang dapat membantu meningkatkan kesuburan pada wanita dan merangsang kelenjar pituitari. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan hormon seks seperti estrogen, progesteron, dan testosteron.

Bersenam

Bersenam

Anda dinasihati supaya meningkatkan aktiviti fizikal kerana ia dapat membantu dalam mengekalkan tubuh yang sihat dan kuat. Bersenam setiap hari juga turut membantu dalam meningkatkan kesuburan di mana keseimbangan estrogen iaitu hormon seks steroid wanita yang mempengaruhi kesuburan dapat dikekalkan.

Melakukan meditasi dan yoga juga turut membantu untuk mengurangkan tekanan, tetap tenang dan santai. Ingat! Berjumpalah dengan doktor untuk menentukan program latihan yang betul. Walau bagaimanapun, awas! Senaman berlebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti ketidakdatangan haid.

Kedudukan Seksual

Kedudukan Seksual cara meningkatkan kesuburan wanita

 

Mencuba kedudukan seksual yang berbeza dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Salah satu kedudukan seksual terbaik adalah kedudukan missionary dan anda dinasihatkan supaya meletakkan bantal di bawah pinggul selepas melakukan persetubuhan.

Kedudukan ini dapat membantu mengurangkan jumlah kebocoran sperma setelah melakukan persetubuhan dan memberi masa untuk sperma untuk berada di serviks. Anda juga dinasihati untuk mencuba kedudukan yang dapat membantu penembusan yang lebih dalam untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Mengurangkan Tekanan

Mengurangkan Tekanan

Ingatlah, tekanan akan mempengaruhi kesihatan dan juga peluang konsepsi anda. Prolaktin pula merupakan satu hormon pembiakan yang diketahui dihasilkan oleh wanita dengan tahap tinggi apabila tekanan kehidupan juga tinggi. Dengan itu, proses ovulasi akan terganggu lalu mempengaruhi kesuburan wanita.

Jadi, pilihlah aktiviti yang dapat membantu mengurangkan tekanan.

Selain daripada mengamalkan cara-cara yang disebutkan, ingatlah bahawa tabiat buruk seperti merokok dan meminum alkohol harus dielakkan. Hal ini sangat mempengaruhi peluang anda untuk mengandung.

Sudah pasti, cara untuk meningkatkan kesuburan bukan lagi satu pertanyaan yang perlu difikirkan. Solusinya, turutilah langkah-langkah di atas sebagai persediaan sebelum mengandung dan perhatikan hasilnya.

Baca selanjutnya: 100 cara untuk hamil.