Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki Tanpa Ribuan Ringgit

Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki Tanpa Ribuan Ringgit

2 min bacaan

Sebelum mencari perubatan moden iaitu perubatan yang mahal, pembedahan invasif dan sebagainya, terdapat beberapa cara meningkatkan kesuburan lelaki yang boleh dicuba untuk meningkatkan tahap kesuburannya.

Dalam kebanyakan kes, kemandulan juga boleh disebabkan oleh masalah pada sistem pembiakan lelaki. Adalah menjadi kesalahfahaman umum apabila mengatakan bahawa masalah kesuburan berpunca daripada wanita semata-mata.

Cara meningkatkan kesuburan lelaki

Ini kerana, hakikatnya, doktor perubatan mendapati bahawa dalam kebanyakan pasangan yang dirawat, 50/50 masalah kesuburan adalah berpunca daripada lelaki dan juga gabungan masalah lelaki dan wanita.

Jadi, semasa membincangkan masalah kesuburan, pasangan perlu mempertimbangkan beberapa rawatan kemandulan lelaki yang boleh mereka cuba dengan mudah di rumah.

Diet Boleh menjadi Rawatan Kemandulan Lelaki Terbaik

Dalam kajian terbaru daripada OBGYN News, sekumpulan penyelidik dari Harvard mendapati bahawa 79% pasangan yang subur mengambil makanan yang tinggi antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Annals of the New York Academy of Medicine pula, doktor mendapati bahawa setelah pengambilan 1,000 miligram dos harian vitamin C dalam masa seminggu, jumlah sperma meningkat sekitar 140%.

Jadi, multivitamin atau suplemen vitamin C mungkin merupakan rawatan kemandulan lelaki pertama yang boleh dicuba.

Baru-baru ini juga, terdapat sebuah kajian yang diterbitkan dalam Archives of Andrology yang menunjukkan bahawa antioksidan vitamin E dan selenium dapat meningkatkan kemampuan sperma untuk berenang. Kemahiran ini sangat diperlukan untuk sperma sampai ke telur.

Senaman juga dapat meningkatkan kekuatan otot bagi membantu setiap aspek sistem badan. Ini kerana, berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan kepada organ pembiakan lalu membuatkannya tidak berfungsi dengan optimum.

Disebabkan itu, orang gemuk sering mengalami masalah pembiakan. Jadi, sebarang rawatan kemandulan lelaki yang dicuba di rumah harus merangkumi aktiviti dan senaman fizikal yang kerap.

Dadah dan Merokok – Penghalang bagi Sebarang Rawatan Kemandulan Lelaki yang Berkesan

Beberapa jenis ubat boleh mengganggu sistem pembiakan wanita dan lelaki. Sekiranya anda mengambil ubat preskripsi, perhatikan juga kesan sampingannya.

Sebaik-baiknya, bertanyalah terlebih dahulu kepada doktor jika anda tidak pasti. Hal ini termasuklah ubat terlarang kerana banyak dadah boleh mengganggu kesuburan.

Sekiranya anda atau pasangan suka merokok, hentikanlah tabiat itu. Ini kerana, terbukti bahawa lelaki yang merokok mempunyai jumlah sperma 17% kurang daripada lelaki yang tidak merokok. Merokok juga mengganggu sperma yang sedia ada.

Selain itu, meminum alkohol secara berlebihan (lebih daripada 3 minuman beralkohol setiap hari) juga boleh menghalang proses rawatan kemandulan bagi lelaki.

Jadi, perhatikan tahap minuman alkohol anda dan kurangkan pengambilannya. Jika anda berhenti daripada meminumnya, itu lebih baik.

Di sini, anda telah mengetahui beberapa cara rawatan kemandulan lelaki secara semula jadi dan sihat serta boleh dicuba di rumah sebelum menjalani pembedahan invasif atau mengeluarkan ribuan wang untuk ujian kemandulan dan ubat-ubatan.