Cara Cepat Hamil Di Usia 40-an Yang Membantu

4 min bacaan

Fakta menunjukkan puncak subur wanita adalah ketika mereka berumur dalam lingkungan 18 hingga 28 tahun. Namun, adanya cara cepat hamil di usia 40-an yang boleh diambil sebagai rujukan.

Dalam beberapa kes, jangkauan usia ini boleh dipanjangkan sehingga ke pertengahan tiga puluhan. Perkahwinan yang berlaku pada usia yang lebih tua dapat mengganggu prospek kehamilan terutamanya jika anda sudah berusia 40-an ketika mengambil keputusan untuk mendapatkan zuriat.

Penyelidikan perubatan mengatakan bahawa kehamilan pada usia lebih tinggi bukan sahaja lebih sukar, malah menyebabkan kehamilan berisiko tinggi dan boleh menyebabkan beberapa kecacatan kelahiran.

Walaupun ia benar, namun ia tidaklah tepat 100% kerana pada zaman sekarang, terdapat beberapa ramuan dan teknik untuk meningkatkan kesuburan setelah berumur 40-an.

Jadi, terdapat kemungkinan untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi dengan kehamilan dan kelahiran bayi yang sihat. Berikut adalah petua yang boleh membantu.

Hilangkan Tekanan

Hilangkan Tekanan dengan Yoga di usia 40-an

Tekanan mempengaruhi fungsi semula jadi badan termasuklah kemampuan untuk hamil. Antara sebab kemandulan wanita di usia 40-an adalah tekanan. Penyumbang penting kepada stres adalah keadaan emosi.

Anda ingin mempunyai anak tetapi dalam masa yang sama, anda bimbangkan kehamilan. Hal ini mesti ditangani sekiranya anda ingin menjalani kehamilan yang sihat.

Pertama, pelajari bagaimana cara untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan harian iaitu menguruskan rumahtangga sambil bekerja dengan berkesan.

Oleh itu, gunakanlah teknik yoga dan meditasi. Melakukan yoga dengan kedudukan tertentu dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Jadi, masalah emosi mesti diseimbangkan agar ia tidak mempengaruhi peluang anda untuk hamil.

Makan dengan betul

Makan dengan betul

Seperti yang diketahui, pemakanan adalah faktor terpenting untuk meningkatkan kesuburan. Vitamin E adalah nutrien yang sangat penting dalam meningkatkan kesuburan dan mencegah kecacatan kelahiran. Makanan yang dapat membantu untuk mendapatkan kuantiti besar vitamin E termasuklah kekacang, biji-bijian, dan ekstrak minyak asli.

Anda boleh mengambil suplemen vitamin E setelah berunding dengan pakar sakit puan. Makanan yang kaya dengan zink juga dapat membantu organ pembiakan berfungsi dengan lebih baik lalu meningkatkan peluang untuk hamil lebih cepat.

Seterusnya, memakan sayur-sayuran berdaun hijau pula dapat memberikan jumlah yang tepat untuk kalsium, magnesium dan asid folik yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Jauhi dari alkohol dan tembakau

Jauhi dari alkohol dan tembakau

Alkohol dan tembakau menyebabkan banyak masalah kesihatan dan kemandulan merupakan salah satu sebab yang berpunca daripadanya. Ini kerana, ia boleh mempengaruhi fungsi ginjal dan hati lalu mengakibatkan kehamilan berisiko tinggi.

Jadi, hanya dengan menjauhkan diri daripada kedua-dua perkara ini, ia dapat membantu meningkatkan kesuburan secara semula jadi.

Perhatikan Berat badan

Perhatikan Berat badan

Berat badan berlebihan dan kekurangan berat badan juga menyebabkan kebimbangan besar kepada wanita yang berusia 40-an apabila cuba meningkatkan peluang kesuburan kerana ia mempengaruhi pengeluaran hormon dalam badan.

Mengikuti diet yang seimbang dan melakukan senaman dapat membantu untuk menambah dan menghilangkan berat seterusnya menyihatkan tubuh serta bersedia untuk kehamilan.

Ubat Herba

Ubat herbal

Selain daripada mengikuti teknik yang disebutkan di atas, terdapat ramuan herba yang dapat membantu meningkatkan kesuburan setelah berusia 40 tahun. Akan tetapi, sebelum memakannya, anda perlu berunding terlebih dahulu dengan pakar herba yang berkelayakan ataupun pakar sakit puan.

Ini kerana, herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diambil lalu mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan kesan sampingan yang teruk. Tambahan pula, setiap manusia adalah berbeza dan setiap herba yang diambil juga boleh mempengaruhi tubuh badan secara berbeza-beza.

  • Semanggi Merah: Semanggi merah telah disenaraikan sebagai ramuan herba terbaik untuk meningkatkan kesuburan. Ini kerana, ia kaya dengan kandungan vitamin yang penting untuk tujuan kehamilan. Selain itu, ia juga kaya dengan kalsium dan magnesium yang dapat membantu menenangkan fikiran dan merelakskan badan lalu meningkatkan kesuburan. Ia biasanya diambil sebagai teh semanggi merah. Namun, herba ini mempunyai sifat-sifat yang membawa kepada penipisan darah. Jadi, ia tidak sesuai dimakan oleh mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.
  • Akar Unicorn Palsu: Herba ini mempunyai kemampuan untuk mengaktifkan ovari serta mendorong ovulasi. Ia dapat membantu mengekalkan keseimbangan pengeluaran hormon.
  • Daun Raspberi: Daun raspberi juga merupakan herba yang paling popular untuk meningkatkan kesuburan. Ia popular sebagai tonik rahim dan kaya dengan kalsium. Ia perlu digabungkan dengan semanggi merah untuk memberikan hasil yang terbaik.
  • Jelatang: Ia bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan kesuburan malahan meningkatkan fungsi sistem adrenal dan ginjal. Ia kaya dengan klorofil dan mineral penting supaya sistem hormon dapat berfungsi dengan baik.
  • Dong Quai: Dong Quai juga bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan. Ramuan ini harus diambil pada hari-hari sebelum ovulasi dan kedatangan haid tetapi perlu dielakkan sekiranya terlepas untuk mengambilnya seperti yang disarankan. Ramuan ini perlu diambil dengan kombinasi ramuan herba lain dan bukan secara tunggal.
  • Damiana: Ia berfungsi sebagai afrodisiak semula jadi untuk meningkatkan dorongan seks dan menenangkan sistem saraf serta mewujudkan keseimbangan dalam pengeluaran hormon. Lelaki juga dinasihati supaya memakan ramuan herba ini untuk meningkatkan kesuburan.
  • Saw Palmetto Berries: Buah ini dapat mensimulasikan pengeluaran hormon seks seterusnya menghasilkan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan kesuburan. Ia juga lebih sesuai untuk diambil oleh lelaki.

Baca selanjutnya:

  1. Tanda lelaki tidak subur.
  2. Punca lelaki tidak subur.

Tidak ada had umur dalam keinginan untuk menjadi ibu bapa. Bahkan, jika mahu menjadi ibu bapa ketika usia sudah semakin tinggi pun, tiada perkara yang boleh mengehadkan keinginan tersebut. Oleh itu, gunakanlah teknik-teknik pemulihan herba dan alamilah perbezaannya. Jalani ujian kehamilan apabila berita baik menjelang.