Kenapa Kes Berjaya Hamil Dengan Asid Folik Sering Dihubungkaitkan?

3 min bacaan

Kenapa kes berjaya hamil dengan Asid Folik saling dihubungkait antara satu sama lain?

Asid folik atau disebut folat adalah sebahagian daripada vitamin B kompleks iaitu vitamin B9. Vitamin B9 banyak terdapat di dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam.

Berjaya hamil dengan asid folik

Oleh kerana asid folik sangat diperlukan dalam perkembangan utama bayi, maka pihak kerajaan turut memperkayakan jus oren dan produk bijirin dengan asid folik bagi memastikan tubuh wanita mengandung menerima vitamin yang mencukupi.

Kajian terkini menunjukkan bahawa wanita yang mengambil 400 mcg sehari asid folik sebelum mengandung berupaya mengurangkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kecacatan serius di mana ia melibatkan sehingga 70% ketidaksempurnaan pembentukan otak dan saraf tunjang.

Kecacatan ini dikenali sebagai kecacatan tiub neural kerana melibatkan perkembangan sistem saraf.

Kecacatan tiub neural yang paling biasa adalah spina bifida iaitu saraf tunjang dan tulang belakang yang tidak lengkap serta anencephaly iaitu pembentukan otak tidak lengkap atau ketiadaan otak. Semua kecacatan ini akan berlaku pada 28 hari pertama kehamilan dan kebiasaannya berlaku ketika seseorang wanita itu belum mengetahui bahawa dirinya hamil.

Jadi, inilah sebabnya mengapa wanita amat perlu menerima asid folik secukupnya sebelum dan ketika mengandung. Oleh itu, sama ada mereka merancang atau tidak kehamilan tersebut, adalah penting untuk mereka mengetahui jumlah asid folik yang patut diperoleh kerana kehamilan yang dirancang hanyalah 50%.

Asid folik adalah vitamin B kompleks larut air dan merupakan bentuk vitamin yang paling stabil. Folat juga ditemui di dalam makanan dan dalam tubuh manusia yang aktif secara metabolik.

Namun, asid folik jarang didapati di dalam makanan tetapi lebih banyak di dalam suplemen vitamin dan makanan yang diperkaya dengan nutrisi.

Folat juga dapat membantu mengimbangi kesihatan darah kerana jika tidak mencukupi, ia akan menyebabkan beberapa jenis anemia. Anemia berlaku akibat kekurangan sel darah merah ataupun sel tersebut kurang berupaya untuk membawa oksigen dari paru-paru.

Ia akan menjadikan badan dan sel otak kurang berfungsi dengan tepat lalu menyebabkan seseorang individu berasa letih, sakit kepala, sakit mulut dan lidah atau kulit kelihatan pucat.

Antara makanan yang berfolat tinggi adalah

kekacang kaya dengan asid folik

  • kacang dan lentil,
  • kacang pis,
  • jus oren,
  • madu,
  • alpukat,
  • raspberi,
  • kangkung,
  • bayam,
  • kubis bunga,
  • kentang,
  • bawang hijau,
  • kekacang,
  • biji bunga matahari,
  • mentega kacang,
  • hati dan giblet.

Selain itu, sumber makanan lain yang diperkaya dengan vitamin ini juga termasuklah sarapan bijirin, roti, tepung, pasta, bijirin jagung dan nasi putih. Memakan makanan yang tinggi dengan asid folik juga merupakan usaha untuk mengandung pada masa akan datang.

Folat yang diperoleh daripada makanan tidak akan menimbulkan masalah jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Namun, ia akan memberi kesan jika mengambilnya dalam bentuk suplemen vitamin. Pengambilan lebih daripada 1000 mcg sehari boleh menyebabkan kerosakan saraf terhadap orang yang tidak mempunyai vitamin B12 yang mencukupi.

Wanita hamil boleh menguji kecacatan tiub neural janin menggunakan ujian Alpha-Fetoprotein (AFP). Ia merupakan ujian darah yang dilakukan pada minggu ke-16 dan 18 kehamilan bagi melihat hasil yang dikeluarkan oleh janin. Tahapnya akan meningkat antara minggu ke-30 dan 32 dan jumlah AFP yang tidak normal mungkin bermaksud bahawa janin mempunyai kecacatan tiub neural.

Namun, tahap AFP yang tinggi juga tidak bermakna bahawa janin tersebut mengalami kecacatan tiub neural kerana terdapat juga kes wanita yang mengandung anak kembar turut mengalami tahap AFP yang tinggi disebabkan kemungkinan terdapat masalah pada plasenta. Selain itu, penghidap diabetes atau penyakit hati juga mungkin akan mendapat tahap AFP yang tinggi.

Kecacatan kelahiran lain yang mungkin terdapat disebabkan kekurangan asid folik adalah penyakit buah pinggang yang teruk, penyakit hati, penyumbatan usus, Sindrom Down, penyumbatan pundi kencing atau osteogenesis imperfecta (penyakit yang diwarisi akibat kerapuhan tulang yang melampau).

Seorang wanita yang mendapat keputusan ujian Alpha-Fetoprotein yang tinggi boleh memilih untuk mendapatkan ujian kedua iaitu ultrasound atau amniocentesis untuk mengesahkan sekali lagi hasilnya.

Oleh kerana masalah berkaitan kekurangan kadar asid folik dalam tubuh sebelum mengandung agak kritikal, maka adalah penting bagi wanita untuk memerhatikan tabiat pemakanan mereka seterusnya merancang untuk mendapatkan anak dengan cepat.