5 Cara Berhenti Makan Pil Perancang Untuk Hamil

5 Cara Berhenti Makan Pil Perancang Untuk Hamil

4 min bacaan

Penggunaan kaedah perancang keluarga untuk hubungan seks yang selamat dan melindungi diri daripada keibubapaan yang tidak dirancang selalu menjadi satu keputusan yang bijak.

Tetapi apabila tiba masanya anda dan pasangan anda memutuskan untuk memulakan keluarga, berhenti makan pil perancang untuk hamil sering kali menjadi proses yang sukar dan rumit.

Kenyataan ini adalah benar terutamanya bagi wanita yang menggunakan kaedah kontrasepsi hormon seperti suntikan atau oral dalam jangka masa panjang.

Berikut adalah garis panduan 5 tindakan jika anda ingin berhenti pengambilan pil perancang untuk meningkatkan kebarangkalian anda boleh mengandung:

Sempurnakan dos kitaran semasa

berhenti makan pil perancang untuk hamil

Disarankan supaya pil perancang bagi kitaran semasa disempurnakan duluan sebelum ia diberhentikan pada masa pertengahan kitaran demi mengembalikan kesuburan untuk tujuan kehamilan.

Dengan berbuat demikian, ia membantu badan kita kembali ke kitaran biasa dengan lebih mudah.

Sekiranya dos yang disediakan tidak disempurnakan sebelum haid seterusnya datang, badan kita mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai kitaran normalnya.

Juga, kekejangan dan pendarahan (spotting) mungkin akan dialami secepat dua hari selepas pil terakhir yang dimakan sekiranya anda berhenti makan pil perancang diberhentikan pada tengah-tengah kitaran,

Hormon dalam pil perancang akan meninggalkan badan kita dalam masa dua hari. Kitaran normal akan bermula setelah hormon itu hilang.

Sebilangan besar gejala yang dihadapi apabila pil perancang diberhentikan hanya sementara. Badan anda harus mendapat semula irama normalnya dan haid akan kembali normal selepas beberapa kitaran berlalu.

Berhenti makan pil perancang sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan

berhenti-makan-pil-perancang-3-bulan

Sebagai satu langkah persediaan, ia bertujuan untuk memupuk tubuh badan wanita supaya meneruskan kitaran hormon semula jadi tanpa bantuan pil.

Ia juga memberi hormon dari pil masa yang cukup untuk disingkirkan dari sistem pembiakan seseorang pengguna ubat itu.

Berhenti makan pil perancang dua atau tiga bulan mahupun kitaran sebelum anda ingin hamil juga memberi peluang agar kita dapat meramalkan masa proses ovulasi dengan tepat.

Di samping itu, masa 3 bulan ini merupakan tetingkap masa kita untuk memastikan bahawa badan kita dilengkapi dengan semua nutrien sokongan yang amat diperlukan supaya badan kita mampu beranak.

Gunakan kaedah penghalang lain sementara itu

kaedah-penghalang-lain-kondom

Walaupun ini kelihatan tidak masuk akal setelah pil diberhentikan, adalah disarankan untuk terus mengguna kaedah penghalang alternatif untuk mencegah kehamilan lebih awal daripada yang dirancangkan.

Kaedah penghalang seperti kondom dapat mengelakkan kehamilan semasa badan masih berusaha untuk membiasakan diri tanpa pil perancang.

Juga, penggunaan kaedah penghalang atau kaedah perancang keluarga lain akan mengelakkan rasa bimbang, bingung dan cemas mengharapkan kehamilan secepat mungkin yang tidak membantu.

Haid tidak teratur atau ketidakdatangan haid sebaik sahaja anda berhenti makan pil perancang adalah kejadian biasa dan ia tidak bermakna seseorang itu hamil.

Hentikan tabiat mempengaruhi kemampuan untuk hamil

tabiat-buruk-mempengaruhi-kemampuan-untuk-hamil

Kebiasaan seperti merokok, minum, dan mengambil terlalu banyak kafein boleh mempengaruhi kemampuan seseorang wanita untuk mengandung selepas berhenti makan pil perancang.

Juga, tabiat buruk ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi sekiranya kehamilan dialami tidak dapat dikesan sejurus keberhentian pengambilan pil.

Haid tidak teratur dan ketidakdatangan haid adalah perkara biasa dan anda boleh mengandung sementara disalahanggap bahawa badan sedang menyesuaikan diri tanpa kehadiran hormon pil.

Dengan itu, hentikan tabiat buruk ini buat sementara atau selama-lamanya, jika boleh, setelah pil diberhentikan supaya rezeki mendapat bayi dan kesihatan masing-masing terjamin.

Ambil suplemen asid folik dan ubat kesuburan

Asid-Folik-membantu-hamil

Asid folik bertujuan untuk mencegah kecacatan semasa perkembangan awal bayi.

Oleh kerana ia adalah sukar untuk memastikan sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak setelah berhenti dari makan pil, dinasihatkan supaya suplemen asid folik diambil dengan serta-merta sebagai makanan tambahan sekiranya kehamilan tidak dapat dikesan.

Kemampuan untuk hamil seseorang wanita itu dijangka kembali dan dia boleh hamil dua hingga enam bulan setelah berhenti makan pil perancang.

Akan tetapi ia adalah biasa jika rezeki itu memerlukan masa lebih lama daripada itu.

Rujuk kepada pakar sakit puan atau doktor untuk mendapat ubat kesuburan untuk meningkatkan peluang anda mengandung.