Nak Tahu Adakah Saya Hamil Atau Tidak?

4 min bacaan

Adakah saya hamil? Sekiranya seorang wanita menganggap dia hamil, dia sering menginginkan jawapan yang betul secepat mungkin. Jadi, mendapatkan jawapan yang tepat untuk persoalan tersebut adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi di masa hadapan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih kurang dari 10 tahun yang lepas, wanita perlu mendapatkan nasihat pakar obstetrik atau doktor penjagaan primer untuk menentukan sama ada mereka hamil atau tidak. Ini kerana, ujian kehamilan berasaskan air kencing hanya disediakan di klinik.

Adakah saya hamil

Hari ini, terdapat alat ujian kehamilan di rumah yang boleh dibeli di farmasi dan keputusannya hampir tepat sama dengan ujian yang diberikan oleh doktor di klinik. Menurut pengeluar, sekitar 99% alat tersebut berkesan apabila digunakan seperti yang diarahkan. Empat perkataan terakhir “apabila digunakan seperti yang diperintahkan” adalah 99% asas keberkesanan.

Dengan kata lain, jika anda mahu tindak balas kimia ini berfungsi dengan betul, anda juga mesti mengikut arahan daripada pengeluar dengan sebaik mungkin. Alat ujian kehamilan di rumah ini akan mengukur hormon kimia yang dikeluarkan dalam air kencing ketika seseorang wanita mengandungkan anak. Jadi, untuk mengukur hormon ini dengan tepat iaitu hCG, maka ujian tersebut mesti dilakukan dengan betul.

Kelebihan menggunakan alat ujian kehamilan di rumah adalah ia lebih memberikan privasi dan fleksibiliti yang lebih besar kepada wanita dalam mengetahui hasilnya terutamanya bagi mereka sedang berusaha untuk hamil. Ini kerana, dalam beberapa minit sahaja, keputusan sama ada mengandung atau tidak sangat cepat diketahui iaitu dalam beberapa minit sahaja.

Ujian kehamilan di rumah mengukur tahap gonadotropin korionik manusia (hCG) yang dapat dikesan dalam air kencing kira-kira 10 hari selepas pembuahan. Sekiranya menggunakan alat ujian kehamilan kurang dari 10 hari selepas pembuahan, ia mungkin memberikan tindak balas negatif. Ini bermaksud, alat tersebut akan menunjukkan bahawa wanita itu tidak hamil sedangkan sebenarnya mereka mungkin hamil.

Walau bagaimanapun, walaupun ujian ini dilakukan tepat 10 hari selepas pembuahan, kebanyakan pakar mengesyorkan agar seseorang wanita menambah lagi tempoh menunggu iaitu antara 5 hingga 10 hari sebelum membuat ujian bagi memastikan ketepatan terbaik. Ini kerana, jika wanita melakukan ujian tetapi hasilnya adalah negatif sedangkan mereka masih dalam tempoh menunggu, mereka mungkin perlu menunggu lagi beberapa hari dan melakukan semula ujian itu.

Tidak semua alat ujian kehamilan adalah sama kerana ada yang lebih sensitif daripada yang lain dalam mengesan tahap hCG yang lebih rendah dalam air kencing. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menguji sama ada anda hamil atau tidak dengan menggunakan alat ini.

Pertama sekali, gunakan air kencing yang pertama pada waktu pagi kerana tahap hCG yang dikeluarkan oleh air kencing pada ketika ini berada pada tahap tertinggi. Sekiranya anda tidak sabar sehingga keesokan harinya, pastikan air kencing anda berada di dalam pundi kencing sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ujian dilakukan.

Jangan minum air dalam jumlah yang berlebihan untuk meningkatkan isi padu kerana tindakan ini akan mencairkan jumlah hCG dalam air kencing. Jika hCG cair, maka ia akan mengurangkan kemungkinan hamil dalam ujian kehamilan.

Jangan minum air terlalu banyak sebelum ujian kehamilan

Oleh kerana alat ujian kehamilan di rumah sedikit berbeza, pastikan anda membaca arahan dengan teliti sebelum memulakan ujian dan ikutilah setiap langkah yang diberikan dengan tepat. Periksa label dan pembungkusan alat ujian kehamilan kerana terdapat beberapa jenis ubat kesuburan atau ubat-ubatan lain yang boleh mengganggu hasil ujian.

Sekiranya alat ujian kehamilan adalah positif menunjukkan anda hamil, maka anda harus segera berjumpa pakar obstetrik atau doktor penjagaan primer anda. Doktor akan menggunakan ujian yang lebih sensitif dengan melakukan pemeriksaan pelvis untuk mengesahkan hasil ini. Dengan berjumpa doktor pada awal kehamilan dan mengikuti nasihatnya, wanita dapat meningkatkan kesihatan diri dan bayinya.

Terdapat juga beberapa siri ujian kehamilan yang dilakukan di rumah yang menunjukkan bahawa wanita itu tidak hamil tetapi dia masih tidak didatangi haid. Dalam kes ini, wanita harus menguji lagi dalam beberapa hari atau seminggu. Ini kerana, wanita tersebut mengalami ovulasi pada waktu yang berlainan dalam kitaran haid. Selain itu, boleh jadi juga kerana telur tersebut disenyawakan pada waktu yang berlainan.

Ketepatan ujian juga mungkin akan berbeza bagi setiap wanita. Sekiranya ujian menunjukkan negatif tetapi anda merasakan anda mungkin hamil, berjumpalah dengan doktor untuk mengesahkan kehamilan seterusnya memulakan langkah yang betul untuk mengandung cepat dan mendapatkan anak yang sihat.

Alat ujian kehamilan di rumah boleh dibeli di mana-mana kedai termasuklah di kedai runcit ataupun farmasi. Wanita juga boleh memilih untuk membeli alat ujian kehamilan secara dalam talian ketika cuba hamil. Pembungkusannya mungkin berlainan tetapi fungsinya tetap sama.

Namun begitu, terdapat juga wanita yang memerlukan ujian kehamilan khusus untuk keadaan perubatan mereka. Contohnya, seorang wanita yang telah berusaha untuk hamil selama lebih dari 6 bulan mungkin perlu menggunakan ujian kehamilan di rumah yang jauh lebih sensitif terhadap jumlah hCG yang lebih rendah dalam air kencing.

Semasa hamil, sering kali terjadi peristiwa yang sangat diingati dalam kehidupan pasangan dan ada yang sampai ke tahap menjadi tekanan bagi sesetengah orang. Hanya dengan memilih alat ujian kehamilan di rumah yang tepat, cabaran untuk melakukan ujian ini dengan betul dapat diatasi. Hal ini dapat membantu kebanyakan wanita untuk mengatasi cabaran ini dengan baik.