Kalkulator kira waktu subur atas talian digunakan untuk mengetahui tarikh ovulasi atau masa kesuburan anda yang seterusnya untuk hamil.

Hari pertama haid terakhir anda
Panjang Kitaran
Sila masukkan semua nilai dengan betul.
Tarikh Subur Sebelum Ovulasi
Tarikh Ovulasi
Tarikh Subur Selepas Ovulasi
powered by sajakongsi.com


 

Kalkulator pengiraan waktu subur berfungsi dengan cara yang sangat berbeza. Ia menganggap bahawa anda mempunyai masa subur dan tidak subur di mana sudah pasti, setiap wanita mengalaminya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Anda berovulasi kira-kira 14 hari sebelum kedatangan haid. Jadi, anda perlu mengetahui berapa lama kitaran haid anda supaya masa ovulasi dapat ditentukan seterusnya mengetahu masa terbaik untuk dapat hamil.

Untuk menggunakan kalkulator kesuburan, anda perlu mengetahui kitaran haid. Dengan mengandaikan bahawa kitaran haid anda bermula pada hari pertama haid, anda perlu mengira berapa lama kitaran haid .

Anda juga perlu menganggap bahawa kitaran tersebut berakhir pada hari sebelum tempoh haid seterusnya. Panjang purata kitaran adalah 28 hari, tetapi beberapa orang wanita mempunyai kitaran yang lebih panjang atau lebih pendek.

Sekiranya anda mendapati bahawa kitaran haid tidak tepat/teratur, maka anda perlu memerhatikan dua atau tiga kitaran haid terbaru untuk mengetahui panjang kitaran haid purata anda.

Sebaik sahaja anda mengetahui panjang kitaran haid, anda perlulah memasukkan data hari pertama haid terakhir ke dalam kalkulator. Kalkulator akan memberikan maklumat mengenai jangkaan masa paling subur untuk melakukan persetubuhan bagi membolehkan anda dapat hamil.

Baca selanjutnya tentang 100 cara untuk hamil.