Tempoh kehamilan biasanya berlangsung dari 37 hingga 42 minggu dari hari pertama haid terakhir anda. Bilangan minggu bergantung pada tarikh haid terakhir anda. Kalkulator kehamilan mingguan ini digunakan untuk mengetahui berapa minggu anda mengandung. Selain itu anda juga dapat menentu tarikh bersalin dan jumlah minggu sebelum tarikh bersalin anda.

Hari pertama haid terakhir anda
Panjang Kitaran
Sila masukkan semua nilai dengan betul.
Usia Kandungan
Minggu
Hari
Anggaran Tarikh Akhir
Sehingga Tarikh Akhir
Minggu
Hari
Trimester-I Trimester-II Trimester-III

Berapa lamakah anda mengandung?

Kalkulator kehamilan mingguan dapat membantu dalam mengetahui minggu terkini kehamilan anda.

Kenapa penting untuk mengetahui ketepatan minggu kehamilan?

Ia dapat menentukan hampir semua perkara berkaitan kehamilan termasuklah ujian darah, pemeriksaan ultrasound dan jangkaan tarikh kelahiran bayi. Dalam pada itu, ia turut membantu dalam mengenal pasti situasi tertentu dan persediaan yang perlu dilakukan. Ini kerana, keadaan normal pada minggu ke-26 kehamilan mungkin akan menjadi tidak normal pada minggu ke-32 kehamilan. Selain itu, ujian yang sepatutnya dilakukan pada minggu ke-20 tetapi diawalkan pada minggu ke-16 turut tidak dapat memberikan hasil yang tepat.

Bagaimana saya boleh mengira maklumat penting minggu demi minggu sepanjang tempoh kehamilan?

Kalkulator kehamilan mingguan dilengkapi dengan kalendar yang mengandungi maklumat kehamilan anda setiap hari. Ia membolehkan anda mengetahui minggu kehamilan semasa, memperincikan perkembangan bayi dan kondisi badan anda ketika ini. Cara menggunakan kalkulator ini sangat mudah iaitu anda hanya perlu memasukkan tarikh akhir kehamilan atau maklumat lain yang diperlukan bagi membolehkan kalkulator membuat pengiraan kehamilan mingguan dan harian.