Produk Asas Untuk Masalah Jerawat

2 min bacaan

Jerawat adalah penyakit kulit yang biasa dihadapi oleh semua orang. Masalah jerawat ini disebabkan oleh penyumbatan saluran folikel kulit pada kelenjar sebum di bawah permukaan kulit kita.

Apabila folikel ini tersumbat, ia akan memerangkap sebum dan menyebabkan keradangan pada kulit. Bakteria (P.acnes) akan menjangkiti kulit yang meradang dan mencetus pertumbuhan jerawat. Terdapat banyak produk yang berada di pasaran untuk merawat masalah jerawat.

Pembersih muka

Pembersih muka adalah produk penjagaan wajah yang direka khas untuk membuang sel mati, membuka liang pori, membuang minyak berlebihan, habuk, kotoran dan bahan pencemar berbahaya yang lain.

Pada amnya pembersih muka jerawat digunakan dua atau tiga kali sehari dan digunakan bersama dengan penyegar kulit dan pelembap. Pembersih muka jerawat berfungsi lebih baik daripada sabun biasa kerana sabun biasa mempunyai nilai pH yang sangat tinggi yang dapat mengubah keseimbangan pH kulit.

Kaedah menggunakan pembersih muka jerawat adalah dengan menggunakan air suam untuk membersihkan wajah kemudian sapukan pembersih muka di seluruh wajah dan leher. Seterusnya dicuci dengan air suam dan kemudian dilap hingga kering menggunakan tuala khas untu muka.

Losyen jerawat

Losyen jerawat adalah emulsi minyak dan air yang direka khas untuk digunakan pada kulit yang tidak rosak. Losyen jerawat mengandungi ubat jerawat seperti, antibakteria, pengelupasan kulit, retinoid atau antibiotik.

Losyen jerawat juga mengandungi bahan anti-radang dan pelindungan khas untuk kulit. Losyen jerawat mempunyai kelebihan tersendiri berbanding krim atau salap kerana boleh diaplikasikan secara tipis di banyak kawasan dan itu boleh menjimatkan.

Krim jerawat adalah emulsi separa pepejal. Krim ini boleh digunakan sebagai penghalang untuk perlindungan kulit, alat penyampaian agen anti jerawat dan juga untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Bahan-bahan krim jerawat biasanya merangkumi agen anti jerawat, pelembap, pengelupasan kulit dan banyak lagi.

Sabun Khas

Sabun khas untuk masalah jerawat adalah sabun yang digunakan untuk membuka liang-liang pori dan menghilangkan minyak berlebihan pada kulit.

Semua produk di atas jika digunakan bersama dengan makanan tambahan jerawat seperti acuzine akan memberikan hasil yang baik. Acuzine terdiri daripada anti-oksidan, vitamin E & C, kolagen hidrolisis, ALA, DMAE, Aloe vera, Bioperine dan lain-lain.

Kehadiran bahan-bahan ini dapat membantu dalam pemulihan awal kulit dan memberikan vitamin dan enzim penting untuk membina semula kulit. Acuzine boleh didapati dalam bentuk kapsul.