Petua Pantas Menghilangkan Jerawat

2 min bacaan

Petua Pantas 1:

Penggunaan alat pencukur elektrik. Ia mungkin tidak boleh mencukur sehingga licin kulit anda, namun ia membantu untuk mencegah dari pertumbuhan jerawat dan menjadikan kulit lebih sihat.

Petua Pantas 2:

Sekiranya alat pencukur elektrik bukan pilihan anda, pisau bermata tunggal adalah lebih baik. Bilah pisau yang bermata dua atau tiga akan menarik keluar folikel rambut dari bawah epidermis.

Ini bermakna kulit anda akan melalui proses penyembuhan sendiri dengan menutup lubang-lubang ini dan menyukarkan folikel rambut untuk tumbuh keluar dan menyebabkan keradangan di Kawasan tersebut.

Petua Pantas 3:

Jika anda gemar bersolek, pastikan anda mencuci wajah anda dengan bersih dan teliti. Terutamanya selepas anda bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh kerana bahan kimia daripada produk kosmetik anda berkemungkinan akan diserap lebih banyak ke dalam liang pori kulit anda.

Petua Pantas 4:

Jika anda menggunakan produk kosmetik, pastikan anda memilih produk kosmetik yang bebas minyak atau “non-comedogenic” bagi mengelakkan liang pori tersumbat yang boleh menyebabkan masalah jerawat.

Kulit muka yang berkilauan yang mungkin mengandungi mineral yang dikenali sebagai “mika” boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan membuatkan liang pori tersumbat. Selain itu, bahan tambahan yang terdapat dalam pemerah pipi seperti tar arang batu, karmin dan krim berat juga boleh mengakibatkan tindak balas yang serupa.

Petua Pantas 5:

Pemilihan lip gloss juga perlu dititikberatkan. Anda boleh perhatikan, semakin banyak kilauan pada lip gloss atau lip matte tersebut, bermaksud kandungan komedogeniknya juga tinggi yang menyebabkan banyak liang-liang pori yang akan tersumbat.

Selain itu,krim mata yang tinggi kandungan pelembabnya melebihan krim dan losyen biasa juga berpotensi besar untuk mengakibatkan liang-liang pori di kawasan tersebut akan tersumbat.

Petua Pantas 6:

Selain produk kosmetik untuk wajah, minyak rambut atau gel rambut juga berbahaya jika digunakan tanpa pemilihan yang tepat. Produk minyak rambut yang mengandungi minyak, alcohol dan pelekat haruslah dielakkan daripada terkena kulit kepala supaya tidak termasuk ke dalam liang-liang pori di sekitar garis rambut terutama ketika bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda berpeluh.

Selain itu, pemilihan minyak wangi juga penting, anda digalakkan memilih wangian versi “hypo-allergenic” atau “bebas wangian” bagi mengelakkan tindak balas alahan atau gatal-gatal pada kulit (disyorkan mencuba wangian dibahagian belakang telinga selama 3 hari).