Penawar Ajaib Untuk Masalah Jerawat

2 min bacaan

Jerawat memerlukan masa yang lama untuk proses penyembuhan. Belum sempat jerawat lama hendak sembuh, muncul pula jerawat yang baru. Ia membuatkan kita bertambah kecewa dan hampir berputus asa.

Penggunaan formulasi harian yang nampaknya tidak berfungsi membuat kita mencari penawar yang mungkin boleh mendatangkan hasil yang lebih cepat.

Cahaya matahari, penggunaan ubat gigi, minyak pati dan lain-lain diambil sebagai rawatan paling cepat. Sebelum anda mendapatkan rawatan sedemikian, sila baca lebih lanjut.

Mengapa ramai orang yang mencari penawar ajaib?

Penyebab utama di antara kita mencari penawar ajaib untuk jerawat adalah kerana kita tidak boleh bertoleransi dengan jerawat. Ia membuatkan kita kelihatan bertambah teruk apabila keadaan jerawat menjadi semakin parah. Keyakinan diri kita juga turut terjejas kerananya.

Perubatan moden masa kini telah membuktikan bahawa ada terapi untuk merawat masalah jerawat tetapi ianya memakan masa berminggu-minggu untuk membuktikan keberhasilan produk tersebut. Ia membuatkan kita merasa tidak sabar dan akan merasa kecewa jika ia gagal.

Sekiranya anda perlu menghadiri majlis penting dan terkena jerawat pada saat itu, sila berjumpa dengan doktor anda mengenai suntikan steroid.

Suntikan steroid pada jerawat dapat mengeringkannya dalam beberapa hari. Click To Tweet

Sila berbincang dengan doktor anda mengenai pilihan tersebut.

Perubatan Moden Bermasalah?

Tidak ada yang salah dengan perubatan moden untuk jerawat kecuali masa. Yang kita mahukan adalah jerawat dapat disembuhkan seawal mungkin.

Semua ubat memerlukan masa. Benzoil peroksida, asid salisilik, retinoid, dan lain-lain, semuanya memerlukan masa untuk merawat jerawat. Click To Tweet

Ramai di antara kita tidak sabar dan begitulah cara kita terjebak untuk menggunakan kaedah lain. Kaedah-kaedah ini tidak terjamin kerana ianya tiada penemuan saintifik yang mereka dapat buktikan.

Tetapi, dalam proses penyembuhan ini kita kehilangan masa yang berharga dan merosakkan penampilan kita lebih lama. Bersabarlah, sedangkan kes jerawat yang teruk pun boleh pulih selepas mendapatkan rawatan. Sila berjumpa dengan doktor kulit anda untuk rawatan lanjut.

Artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan sebagai penasihat perubatan atau professional. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pakar perubatan dermatologi anda.

Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti petua ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil yang baik atau buruk yang mungkin timbul dari maklumat yang diperolehi dari artikel ini.