Milia Dan Whiteheads Bukan Jerawat

2 min bacaan

Setiap orang mahukan kulit yang cantik dan sihat. Jerawat adalah salah satu penghalang terbesar dalam menjayakan usaha kita. Terdapat beberapa masalah kulit lain yang kelihatan seperti jerawat tetapi ia bukan jerawat. Apakah ia? Ia dikenali sebagai Milia. Milia adalah salah satu daripada masalah tersebut.

Milia boleh terjadi kepada sesiapa pun dan tidak kira usia. Ia kelihatan seperti mutiara putih yang timbul di permukaan kulit. Sesetengah orang keliru diantara milia dan juga whiteheads. Ia kelihatan lebih kurang sama tetapi tidak serupa.

Oleh sebab itu, kaedah rawatannya juga berbeza. Rawatan jerawat tidak boleh digunakan untuk masalah milia kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak masalah kulit pula.

Whiteheads? Apakah Ia?

Whiteheads boleh terjadi apabila sel kulit mati,sel darah putih, bakteria P.acnes dan juga sebum menyekat pembukaan kelenjar sebum. Apabila kelenjar sebum ini tertutup sepenuhnya ia menghasilkan pula komedon atau dikenali sebagai jerawat.

Masalah jerawat ini sukar dirawat dan boleh menyebabkan jangkitan di bahagian lain yang boleh meninggalkan parut dan merosakkan kulit wajah.

Milia pula ialah sel kulit mati yang terkumpul yang tidak dapat dikeluarkan dari kulit, maka terbentuklah milia. Milia berbeza dengan whiteheads dan jerawat, ia tidak membawa sebarang jangkitan atau bakteria mahupun nanah.

Milia juga tidak mempunyai sebum didalam pembentukannya. Apabila milia Berjaya dikeluarkan, kita dapat lihat ia hanya lah jisim putih iaitu sel kulit mati.

Rawatan Milia

Satu-satunya cara untuk merawat masalah milia adalah dengan mengeluarkannya daripada permukaan kulit dan ia agak sukar. Jika ia terletak di bahagian kelopak mata, sebaiknya jangan dikeluarkan sendiri.

Kaedah terbaik untuk merawat milia adalah dengan melakukan mikrodermabrasi secara berkala. AHA dan juga vitamin A bagus untuk rawatan berkala. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai rawatan milia.

Artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan sebagai penasihat perubatan atau professional. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pakar perubatan dermatologi anda.

Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti petua ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil yang baik atau buruk yang mungkin timbul dari maklumat yang diperolehi dari artikel ini.