Masalah Jerawat

3 min bacaan

Anda sedang menghadapi masalah jerawat? Jerawat adalah letusan luka yang boleh terjadi pada mana-mana bahagian permukaan kulit kita. Ada yang mempunyai jerawat pada wajah, dada, punggung, leher, bibir, bahu ataupun ketiak.

Luka jerawat boleh juga muncul sebagai komedo, bintik-bintik putih, nodul atau juga sista. Kebanyakan di antara kita selalunya mendapat luka jerawat ini sewaktu usia remaja lagi. Ada pula yang terkena pada lewat 40-an buat kali pertama.

Masalah jerawat ini tidaklah berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa. Tetapi, masalah jerawat ini boleh menyebabkan kehidupan harian kita terganggu dan kurang keyakinan diri.

Lagi-lagi luka jerawat yang meninggalkan parut kekal. Selalunya, pada permulaan akil baligh akan membawa banyak perubahan hormon pada tubuh badan kita dan ia akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Punca Jerawat

Hormon Androgen

Kelenjar minyak atau dikenali sebagai sebum yang akan mengeluarkan minyak berlebihan selepas akil baligh berbanding sebelumnya.

Hormon Androgen adalah penyebab utama rembesan sebum ini melimpah. Click To Tweet

Hormon Androgen adalah hormon yang terdapat pada lelaki dan wanita. Tetapi, lebih banyak pada tubuh badan lelaki berbanding wanita.

Folikel rambut terdapat pada kelenjar sebum iaitu tempat terhasilnya jerawat. Apabila berlaku akil baligh, sel lapisan kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak yang boleh menyebabkan liang pori pada kulit akan tersumbat. Apabila minyak yang terkumpul di dalam liang pori tidak dapat keluar, ia akan menyebabkan folikel membengkak dan terjadinya luka jerawat tersebut.

Bakteria P.acne

P.acne pula adalah bakteria yang terdapat pada kulit. Bakteria ini akan bertambah disebabkan oleh folikel yang tersumbat. Pada keadaan ini berkemungkinan permukaan kulit anda akan berasa tidak selesa atau berlaku radang kulit. Sekiranya folikel tersebut pecah, kulit di sekitar folikel juga akan memberi tindak balas. Sama ada anda akan mengalami nodul, komedo atau luka jerawat pada bahagian lain kulit anda.

Tahap Kebersihan

Terdapat banyak mitos mengenai masalah jerawat yang telah lama wujud di dalam masyarakat kita. Salah satunya ialah masalah jerawat yang sering dikaitkan dengan tahap kebersihan seseorang. Ia sama sekali tidak benar. Masalah jerawat anda boleh menjadi lebih teruk apabila anda menggosok permukaan kulit dengan agak kasar dan kuat terutama ketika mencuci muka.

Disarankan agar mencuci muka dua (2) kali sehari serta urutan lembut pada bahagian wajah dengan menggunakan sabun yang sesuai. Jika ia tidak memberi apa-apa kesan, sila dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau berjumpa dengan pakar dermatologi anda.

Tekanan

Selain itu, mitos lain yang sekian lama telah menjadi kepercayaan masyarakat kita ialah hubungan antara masalah jerawat dengan tekanan seseorang. Tekanan sama sekali tidak menyebabkan jerawat. Tekanan yang berlaku kepada anda setiap hari tidak langsung menyumbang kepada masalah ini.

Diet Harian

Pemakanan harian akan mempengaruhi masalah jerawat? Ini juga adalah mitos yang menjadi kepercayaan masyarakat kita. Pengambilan makanan yang sihat sudah tentu bagus untuk diet harian anda, tetapi tidak bermakna ia dapat menghilangkan masalah jerawat anda.

Barang Kosmetik

Kita selalu mendengar keluhan-keluhan sedih dan komen-komen negatif mengenai produk kosmetik yang kita pakai. Terutamanya kepada remaja di luar sana, masalah ini bukanlah kerana kekurangan pada produk kosmetik semata.

Akhir Kata

Ia adalah tentang harga diri kita serta perlu diingatkan kepada semua bahawa jika anda tidak menitikberatkan masalah ini dari sekarang, berkemungkinan jerawat tersebut akan menjadi parut kekal.