Kulit Berjerawat? Elakkan Bahan Komedogenik

1 min bacaan

Kulit berjerawat memerlukan penjagaan kulit yang rapi. Penggunaan produk yang sesuai memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Sekiranya anda menggunakan produk yang mengandungi bahan komedogenik, ia akan menyebabkan penyumbatan pada liang roma dan menyumbang kepada masalah jerawat.

Bagi mengelakkan kulit berjerawat, anda harus memilih produk yang telah disahkan sebagai “Non-komedogenik”. Jadi, apa itu komedogenik? Bagaimana cara penjagaan kulit yang betul untuk mengatasi masalah jerawat?

Jerawat Vs Komedogenik

Kebiasaannya, setiap bahan yang digunakan untuk penjagaan kulit dan badan akan dibuat ujikaji terlebih dahulu. Arnab digunakan sebagai bahan ujikaji untuk mengenalpasti keberhasilan bahan tersebut. Bahan tersebut telah disapukan pada bahagian dalam telinga arnab tersebut dan hasilnya selama tiga (3) minggu telah direkodkan.

Bergantung pada pembentukan komedo. Hasil ujikaji, bahan pada skala 0 hingga 5 tidak akan menyebabkan komedo. Manakala pada skala 1 hingga 5 akan menyebabkan komedo dalam kuantiti yang banyak.

Formulasi Produk Penjagaan Kulit Berjerawat

Untuk makluman anda, produk penjagaan kulit mungkin mengandungi lebih daripada satu jenis ramuan. Selalunya, pengilang akan melabelkan sama ada produk tersebut mengandungi bahan komedogenik atau tidak.

Pembungkusan produk mungkin tidak akan menunjukkan sama ada produk tersebut mempunyai bahan komedogenik ataupun tidak. Bahan mineral yang kelihatan berminyak mempunyai sifat bahan komedogenik.

Pemilihan produk untuk penjagaan kulit berjerawat

Untuk penjagaan kulit berjerawat, anda memerlukan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Anda disarankan menggunakan produk yang tidak mempunyai bahan komedogenik.

Jika anda mendapati keadaan kulit anda bertambah teruk setelah menggunakan sesuatu produk, sila berhenti menggunakan produk tersebut untuk beberapa hari dan lihat hasilnya. Diri anda sendiri yang boleh mengenalpasti sama ada produk tersebut sesuai atau tidak dengan kulit anda untuk mengelakkan kulit berjerawat.