Ketahui Bagaimana Jerawat Terbentuk

2 min bacaan

Pada umumnya, pembentukan jerawat terjadi berhampiran dengan pembukaan kelenjar sebum yang mempunyai folikel rambut di dalamnya. Pada keadaan yang normal, sel-sel yang membentuk dinding kelenjar harus mengalami proses pengelupasan pada liang pori.

Dalam keadaan tertentu sel-sel ini sudah tidak berfungsi serta tidak berlaku pengelupasan secara normal dan menyekat pembukaan liang. Jerawat akan terbentuk berhampiran dengan pembukaan kelenjar sebum yang mempunyai folikel rambut di dalamnya.

Sementara itu, kelenjar terus menghasilkan sebum dan pada yang sama jika terdapat gangguan hormon, kelenjar akan menghasilkan sebum pada kadar yang lebih tinggi. Sebum ini terus mengisi kantung bahagian bawah kelenjar dan bakteria yang dikenali sebagai

Proprionobacterium acnes (P. acnes) mengembang seperti belon di permukaan kulit yang penuh dengan sebum dan tanpa udara. Semasa bakteria berkembang, kelenjar akan terus dijangkiti.

Pada tahap ini, jika bakteria semakin berkembang, ia akan menyebabkan keradangan. Kelenjar akan menghasilkan lebih banyak sebum dan mengakibatkan pori tersumbat. Kelenjar ini akan dijangkiti oleh bakteria, nanah dan kulit mati. Inilah yang kita panggil sebagai papula atau sista. Jerawat tumbuh melalui pelbagai peringkat dan ini adalah peringkat terakhir selepas kelenjar pecah.

Oleh itu, jerawat bukan penyakit yang hanya berada di satu peringkat sahaja. Tetapi banyak fasa yang perlu di laluinya dan bergabung untuk meningkatkan intensiti pembentukan jerawat secara progresif. Remaja akan mendapat lebih banyak jerawat kerana keseimbangan hormon badan mereka berubah dalam tempoh tertentu. Hormon androgen yang menyebabkan pengeluaran sebum meningkat dengan lebih cepat.

Doktor cuba untuk merawat semasa proses pembentukan jerawat dan pertumbuhannya. Dan juga mencuba untuk mencegah pembentukan sista yang boleh memudaratkan kulit selama-lamanya. Gangguan hormon yang sama berlaku untuk masalah jerawat pada beberapa wanita semasa kitaran haid mereka.

Artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan sebagai penasihat perubatan atau professional. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pakar perubatan dermatologi anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti petua ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil yang baik atau buruk yang mungkin timbul dari maklumat yang diperolehi dari artikel ini.