Kesan Jerawat Berpanjangan

2 min bacaan

Zaman remaja adalah zaman yang sukar dan mencabar bagi setiap orang. Walaupun zaman meningkat dewasa masih jauh di hadapan, seorang remaja tidak boleh memandang remeh dan tidak ambil kisah soal ini. Sikap tidak ambil peduli soal ini akan memberi ruang kepada masalah yang lebih besar kelak. Masalah jerawat ini akan timbul jika mereka tidak ambil berat tentang penjagaan kulit yang betul.

Sesetengah remaja tidak yakin dengan penampilan mereka di luar. Tetapi, perkara sebenar yang membuat mereka tidak yakin adalah disebabkan oleh cela di wajah. Ditambah pula dengan kritikan dan pendapat yang diberikan oleh orang sekeliling, ia amat sukar untuk ditangani oleh seorang remaja yang mempunyai hati yang rapuh.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, ia akan membuatkan remaja tersebut menyimpan rasa benci dan dendam yang mendalam kerana dipandang rendah orang orang sekeliling.

Kehidupan remaja boleh diibaratkan seperti dunia yang kecil. Ini bermaksud kehidupan mereka hanyalah denga napa yang ada di sekeliling mereka sahaja dan tidak begitu luas seperti pandangan sisi orang dewasa. Kehidupan dari sisi seorang remaja sangat mementingkan kata-kata pujian dan kritikan sama ada dari keluarga mahu pun rakan sekolah mereka.

Kritikan berlebihan daripada rakan-rakan kadang kala sangat menyakitkan hati dan mula timbul rasa benci,dendam, tidak puas hati serta kemurungan yang akan menyebabkan mereka mengasingkan diri daripada menjalankan aktiviti sosial seperti biasa.

Mereka yang dikategorikan sebagai remaja selalunya akan bersungguh-sungguh dari aspek penampilan dan kritikan orang luar kerana mereka dahagakan perhatian. Berbanding dengan orang dewasa yang sudah matang dan tidak terlalu mengharapkan pujian dan pandangan orang lain dalam kehidupan mereka.

Remaja yang mengalami masalah jerawat ini sering merasa malu kerana selalu dikritik oleh pandangan orang sekeliling mereka dan sebenarnya mereka harus dibantu agar dapat menjalani usia remaja mereka dengan gembira. Jerawat dapat diatasi dengan kegigihan seseorang itu untuk mencuba sesuatu produk sehingga berjumpa dengan produk yang sesuai dengan kulit mereka.

Walau bagaimanapun, kesan daripada kritikan orang sekeliling akan meninggalkan kesan yang dalam dan kadang kala boleh berlanjutan sehingga meningkat dewasa. Individu seperti ini bukan sahaja membenci diri sendiri disebabkan oleh masalah jerawat yang mereka hadapi, mereka juga ditakuti boleh menjadi seorang psiko apabila dewasa.

Perasaan malu dan tidak selesa untuk berhadapan dengan orang ramai bukan boleh hilang apabila tiba waktunya. Kadang kala ia akan menambah masalah lain pula. Mereka akan selalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

Keadaan dan pemikiran seperti ini boleh merosakkan kehidupan sosial mereka dan menghalang mereka daripada terus maju ke depan supaya menjadi lebih professional pada masa akan datang.