Kes Jerawat Yang Paling Teruk (Bentuk jerawat yang tidak tentu)

3 min bacaan

Masalah jerawat yang teruk boleh menyebabkan parut kekal dan mengganggu emosi seseorang. Kebanyakan orang akan merasa tertekan walaupun kerana satu jerawat sahaja yang tumbuh di wajah mereka. Kerana satu jerawat sahaja boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Masalah jerawat termasuklah papula, abses, sista, bintik hitam dan putih, radang kulit yang menyakitkan. Jerawat bukan sahaja menjadi masalah pada bahagian muka, malah boleh berlaku pada seluruh bahagian badan.

Zaman remaja adalah zaman yang cukup sukar bagi mereka yang sudah mengalami masalah jerawat seawal usia ini. Bayangkan pula mereka yang mengalami masalah ini sehingga ke pertengahan usia mereka. Ia cukup sukar dengan tekanan kehidupan pada masa ini, tambahan lagi dengan pencemaran alam sekitar yang tidak dapat dibendung lagi.

Sesetengah orang hanya perlu menanggung rasa sakit yang biasa ini buat sementara sahaja, tetapi ada juga yang perlu menanggung kesakitan yang sangat teruk dalam jangka masa yang lama.

Berikut adalah masalah jerawat yang paling teruk. Antaranya ialah:

Acne Conglobata (AC)

Acne Conglobata (AC) adalah salah satu jenis jerawat yang sangat serius. Ia mempunyai bentuk luka jerawat yang luar biasa dan akan meninggalkan parut yang dalam dan mungkin mengakibatkan kecacatan kekal.

Ciri-ciri jerawat jenis ini ialah bentuk liang porinya mengembang bersama dengan papula, abses, luka keloid dan juga atopik. Individu yang mengalami masalah ini juga sering mengalami kista yang hadir bersama nanah.

Nodul juga berkemungkinan boleh muncul, terutamanya di bahagian dada dan belakang badan. Siapakah yang berisiko tinggi mendapat jerawat conglobata? Setakat ini,

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun lebih cenderung untuk mendapat penyakit Acne Conglobata (AC). Click To Tweet

Walaupun punca sebenar masalah ini belum diketahui, tetapi ada yang mengatakan ia disebabkan oleh mutasi kromosom kariotip XXY. Individu yang mengalami masalah ini selalunya akan mengalami kemurungan, pandangan buruk masyarakat terhadap individu ini juga akan menjatuhkan semangat dan keyakinan mereka untuk bergaul dengan orang ramai.

Acne Fulminans (AF) :

Acne fulminans atau dikenali juga sebagai jerawat Maligna berbeza dengan jerawat Conglobata (AC).

Tanda-tanda anda mungkin mengalami jerawat fulminans ialah timbulnya jerawat dengan mendadak dan mungkin disertai dengan demam dan gejala poliartritis. Rawatan yang paling berkesan ialah dengan menggunakan debridement dan steroid.

Apakah sebenarnya punca terjadinya jerawat fulminans ini?

Acne fulminans disebabkan oleh tahap imunisasi badan kita yang lemah dan juga peningkatan hormon testosteron dan juga steroid anabolic yang tertentu. Click To Tweet

Peningkatan hormon ini akan menyebabkan penghasilan sebum dan bakteria juga meningkat, malah ia akan menyebabkan kewujudan jerawat yang dikenali sebagai Propionibacterium acnes (P. acnes). Sesetengah pakar kulit juga mempercayai bahawa isotretinoin juga penggalak berlakunya jerawat fulminans.

Bagaimana hendak membezakan antara jerawat conglobata dan fulminans?

Kedua-duanya kelihatan lebih kurang sama pada luaran. Jika anda mengalami masalah jerawat fulminans, anda juga akan mengalami rasa sakit di bahagian tulang atau muka,migrain dan juga demam.

Jerawat conglobata masih boleh diubati dengan rawatan menggunakan ubat anti jerawat oral dan tropical. Tetapi fulminans bertindak balas dengan baik terhadap rawatan steroid.

Folikulitis Gram-Negatif

Folikulitis adalah tempat kantung di bawah folikel rambut. Folikulitis gram-negatif pula di sebabkan jangkitan bakteria yang terjadi dalam jangka masa yang panjang berpunca daripada rawatan antibiotik dalam jangka masa yang lama. Perkataan “gram” digunakan oleh para saintis untuk menggambarkan noda biru yang digunakan di makmal.

Ia biasanya digunakan untuk mencarai organisma mikroskopik. Bakteria yang menyebabkan folikulitis ini sebenarnya tidak berwarna biru, sehinggalah muncul istilah “gram-negatif”.

Bentuk bakteria yang dipercayai menyebabkan folikulitis gram-negatif termasuk E. coli, serratia marcesoens, pseudomonas aeruginosa, dan bakteria dari spesies proteus dan klebsiella.

Adakah folikulitis gram negative berbeza dengan jerawat vulgaris yang biasa?

Kebanyakan kes folikulitis gram-negatif juga menghasilkan papula dan komedo tetapi lebih sedikit berbanding jerawat vulgaris. Folikulitis gram-negatif lebih mudah dirawat berbanding kes jerawat teruk yang lain. Daripada kebanyakan kes yang pernah berlaku, masalah ini dapat dirawat dengan menggunakan rawatan antibiotik dan juga isotretinoin.