Jerawat – Peranan Insulin, Hormon Dalam Diet Harian

2 min bacaan

Banyak ‘penawar jerawat’ di luar sana yang menyarankan untuk mengamalkan diet bersama produk mereka kerana ia dapat membantu memberi kesan yang baik secara tidak langsung. Walaupun diet harian bukanlah menjadi punca utama masalah ini, tetapi sedikit sebanyak ia juga membantu.

Kita semua ada tahap metabolisma yang berbeza. Oleh sebab itu, setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza mengikut pemakanan yang diambil.

Sesetengah orang mengalami masalah metabolic yang menyebabkan impak yang lebih besar kepada jerawat mereka apabila memakan makanan tertentu.

Insulin ialah hormon yang mengatur tahap metabolisma terhadap karbohidrat, protein dan lemak dalam badan. Insulin berfungsi untuk mengawal tahap keseimbangan glukosa dalam badan. Insulin akan menukarkan sebahagian glukosa dalam darah kepada sel sebagai tenaga dan lemak.

Orang yang memerlukan tahap insulin yang tinggi tidak akan bertindak balas terhadap jumlah insulin yang normal di hasilkan oleh badan. Sekiranya tubuh masih tidak memberikan apa-apa tindak balas, pankreas akan mula menghasilkan lebih banyak insulin dan tahap glukosa juga meningkat.

Tahap insulin yang tinggi akan menyebabkan anda mendapat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan juga kencing manis (diabetes jenis 2).

Oleh itu, mereka yang mempunyai tahap insulin yang tinggi perlu berjaga-jaga dalam pengambilan gula di dalam diet harian mereka.

Karbohidrat berkualiti rendah seperti roti putih, gula, dan makanan bergula akan dicerna dan memasuki ke saluran darah dengan sangat cepat.

Biasanya, insulin akan mencetuskan tubuh membuang gula darah berlebihan ke dalam sel. Tetapi dengan kadar insulin yang tinggi, gula akan duduk lebih lama di dalam darah.

Bagi mereka yang ada masalah jerawat, ini adalah info yang sangat penting terutamanya bagi wanita.

Insulin yang berlebihan boleh menyebabkan kadar hormon lelaki di dalam badan mereka meningkat.

Hormon androgen akan meningkatkan pengeluaran minyak dari kelenjar sebum yang akan menyebabkan liang-liang pori tersumbat dan memberi peluang kepada bakteria untuk membiak.

Dalam kajian lain yang dibuat oleh para penyelidik berkaitan kadar karbohidrat halus seperti roti dan bijirin dengan masalah jerawat pada remaja.

Ia menunjukkan keputusan yang serupa di mana kadar gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan tahap insulin dan faktor yang sama dengan insulin (IGF1) yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon lelaki dalam tubuh seseorang.

Hormon ini akan menyebarkan lagi jangkitan jerawat ke bahagian lain.

Selain itu, Keratinosit juga terlibat dalam masalah jerawat. Keratinosit ialah sel-sel yang tersusun rapi untuk membentuk lapisan utama eperdermis. Faktor peningkatan insulin (IGF1) akan menyebabkan sel-sel tertentu meningkat seperti sel keratinosit.