Fakta Dan Auta Tentang Jerawat

2 min bacaan

Jerawat adalah perkara yang sudah tidak asing lagi didengar, malah sudah sebati dalam kehidupan harian kita. Hampir setiap orang di muka bumi ini pernah mengalaminya dan sebilangan besar daripadanya sedang berusaha sehabis boleh untuk menghilangkannya.

Kekeliruan mengenai jerawat juga banyak. Semoga artikel ini dapat membantu anda menyelesaikan kekeliruan tersebut.

Fakta : Jerawat berpunca dari minyak yang dirembeskan oleh kelenjar kulit.

Betul! Minyak yang di hasilkan oleh kelenjar sebum adalah komponen utama yang diperlukan untuk membentuk jerawat. Ia terdapat pada semua jenis kulit manusia.

Fakta: Jerawat disebabkan oleh liang pori yang tersumbat

Ya, sel-sel kulit mati dan rembesan minyak berlebihan bergabung untuk menyekat liang-liang pori pada kulit. Kemudian, pori-pori yang tersumbat ini mula menghasilkan bakteria Propionibacterium acnes.

Selepas itu, tubuh anda akan mengalami tindak balas terhadap bakteria ini. Gabungan ini bergabung dan akan menyebabkan tindak balas keradangan oleh badan anda yang dikenali sebagai jerawat.

Auta : Jerawat disebabkan oleh persekitaran yang kotor

Memang benar bahawa jerawat disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat. Tetapi anda perlu tahu, kebersihan yang lebih baik tidak dapat mencegah jerawat.

Tak kira seberapa bersih pun anda, ia tidak membantu untuk membuka atau mencegah penyumbatan liang, kerana penyumbatannya jauh di bawah permukaan kulit.

Auta : Jerawat Disebabkan Oleh Diet Harian Anda

Walaupun masalah jerawat ini berpunca daripada minyak berlebihan daripada kelenjar sebum, pengecualian makanan berminyak dalam diet anda tidak akan membantu. Pengeluaran minyak ini tiada kaitan dengan diet harian anda, ia dikawal oleh hormon dalam badan kita.

Fakta: Jerawat berkaitan rapat dengan hormon

Penyebab jerawat sebahagian besarnya dikawal oleh hormon. Jadi, jerawat sering dipicu oleh perubahan hormon, seperti akil baligh. Perubahan dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan rembesan minyak berlebihan dan faktor lain yang menjadi penyebab jerawat.

Fakta : Jerawat disebabkan oleh ubat-ubatan

Ada bukti yang menunjukkan bahawa jerawat boleh disebabkan atau dicetuskan oleh ubat-ubatan atau bahan kimia tertentu. Ini termasuklah steroid Anabolik, sebarang ubat yang mengandungi halogen, dan pendedahan sebilangan besar sebatian klorin.