Cahaya Matahari Boleh Memperbaiki Kulit Berjerawat

1 min bacaan

Dalam era globalisasi ini, terdapat banyak jenis rawatan yang kita boleh cuba untuk pelbagai jenis masalah. Jerawat adalah masalah biasa yang kita selalu dengar, ramai yang telah menemui cara mereka sendiri untuk merawat jerawat.

Sebilangan daripada mereka tidak menyembuhkan jerawat, malah merosakkan lagi keadaan kulit mereka. Ramai di antara kita percaya bahawa jerawat boleh dirawat dengan menggunakan sinaran cahaya matahari, tetapi adakah ia benar?

Marilah kita ketahui kebenarannya.

Punca-punca jerawat

Untuk mengetahui apa yang menyebabkan jerawat, kita akan bincangkan apakah benar sinaran daripada cahaya matahari menjadi salah satu penyebabnya? Penyebab jerawat sangat mudah.

Ia berpunca daripada perubahan hormon dan kadang-kadang disebabkan oleh tekanan atau bahan kimia, yang menjadi faktor badan menghasilkan lebih banyak sebum.

Kelenjar terus menghasilkan sebum, tetapi bukaan kelenjar ditutup dengan kulit mati. Ini menjadikan kelenjar mengembang seperti belon.

Bakteria P.acnes pula menjangkiti kelenjar dan mengakibatkan keradangan. Maka, terbentuklah jerawat. Sekiranya jangkitan tidak teruk anda akan memanggilnya blackheads atau whiteheads.

Cara Merawat

Setiap rawatan jerawat cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan pembentukan jerawat.

Cahaya matahari sebenarnya bukan untuk merawat masalah jerawat. Ia hanya membakar kulit atau menyamarkannya.

Dengan wajah yang kecoklatan, jerawat kelihatan kurang jelas dan kami yakin ia akan hilang. Tetapi itu tidak benar. Sebaliknya cahaya matahari merosakkan kulit dan boleh menyebabkan kedutan awal, penuaan dan juga barah kulit.

Sila berjumpa dengan doktor anda mengenai rawatan jerawat dan berhenti mempercayai bahawa sinaran cahaya matahari dapat menyembuhkannya.

Artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan sebagai penasihat perubatan atau professional. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pakar perubatan dermatologi anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti petua ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil yang baik atau buruk yang mungkin timbul dari maklumat yang diperolehi dari artikel ini.