Blackheads Dan Whiteheads

1 min bacaan

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Whiteheads Dan Blackheads?

Apabila kita berbincang tentang masalah jerawat, ia sering di kaitkan dengan blackheads dan whiteheads. Mengapa? Mari kita bincangkan.
Jerawat berlaku dan berkembang pada folikel rambut yang mempunyai kelenjar yang melekat padanya.

Kelenjar ini menghasilkan minyak yang dikenali sebagai sebum. Atas sebab-sebab tertentu, sebum berubah dalam kuantiti yang berlebihan yang menyebabkan sisik pada folikel rambut dan menyekat liang pori pada kulit. Disebabkan penyumbatan ini, bermulalah penghasilan jerawat.

Pada tahap pertama, penyumbatan ini di sebut sebagai blackheads dan whiteheads. Ia juga dikenali sebagai komedo. Komedo adalah folikel yang terkandung sebum, sel mati, dan lain-lain. Komedo terbuka dikenali sebagai blackheads kerana warnanya yang kehitaman. Komedo yang tertutup dikenali sebagai whiteheads kerana berbentuk lebam kecil pada permukaan kulit dan warnanya seperti warna kulit.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai blackheads dan whiteheads? Jangan sesekali menyentuh dan memicitnya sendiri menggunakan tangan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dan juga parut kekal. Lebih baik anda berjumpa dengan doktor kulit untuk merawatnya. Jika perlu, doktor akan menggunakan kaedah laser.

Sebagai penjagaan asas, cucilah muka dengan menggunakan air suam dan sabun yang sesuai untuk menghilangkan sebum yang berlebihan dan kulit mati. Buatlah sedikit urutan yang lembut ketika mencuci muka. Untuk makluman anda, masalah jerawat memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk merawatnya.

Ramai yang nak cepat dalam menghilangkan masalah jerawat dan akibatnya menimbulkan keradangan yang teruk pada kulit. Anda boleh menggunakan krim tropical yang disarankan oleh pakar dermatologi anda.

Artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan sebagai penasihat perubatan atau professional. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pakar perubatan dermatologi anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti petua ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil yang baik atau buruk yang mungkin timbul dari maklumat yang diperolehi dari artikel ini.