Bagaimana Vitamin B Dapat Membantu Jerawat?

2 min bacaan

Vitamin B merangkumi banyak jenis vitamin yang semuanya di dalam satu nama. Makanan tambahan Vitamin B selalunya terdapat dalam bentuk Kompleks B kerana setiap Vitamin B mempunyai manfaat tersendiri dalam tubuh.

Sebenarnya, bagi mereka yang menggunakan suplemen untuk memerangi jerawat, mereka disyorkan menggunakan vitamin B Complex kerana bukan sahaja ia dapat mengatasi masalah jerawat tetapi juga disebabkan oleh semua kesan positif lain yang ada di dalamnya akan mengekalkan tubuh yang sihat.

Vitamin B boleh dikatakan sebagai “super-vitamin” kerana banyak penggunaannya.

Oleh kerana setiap Vitamin B banyak menyumbang dalam pelbagai cara untuk memerangi jerawat, artikel ini akan membincangkan tentang fungsi berbeza setiap Vitamin B yang terlibat dalam membantu menjaga kulit yang bersih dan sihat.

Banyak manfaat yang kita boleh dapat daripada Vitamin B dan mempunyai banyak kegunaan di dalam tubuh selain memerangi jerawat dan menjaga kulit supaya tetap sihat dan bersih.

Jenis-jenis vitamin B:

Thiamine (Vitamin B1)

Thiamine adalah antioksidan dan ia boleh membantu membersihkan badan dan kulit dari toksin dan radikal bebas. Oleh itu, ia dapat membantu menjaga kulit supaya kekal bersih dan bebas dari jerawat. Ia juga meningkatkan peredaran darah dan membantu system pencernaan.

Riboflavin (Vitamin B2)

Riboflavin sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit, rambut, dan kuku. Ia juga membantu menguatkan dan memperbaiki kulit serta membantu mencegah jerawat daripada terbentuk. Selain itu, Riboflavin juga bekerjasama dengan Vitamin A untuk melancarkan saluran pencernaan agar kekal sihat.

Niacinamide (Vitamin B3)

Niacinamide sangat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik. Ia juga membantu melancarkan sistem peredaran darah di dalam tubuh badan kita serta membantu mencegah jerawat daripada terbentuk dan merebak. Ia juga membantu metabolisme menghuraikan karbohidrat, lemak, dan protein.

Asid Pantotenik (Vitamin B5)

Asid Pantotenik sangat membantu untuk mengurangkan tekanan. Tekanan adalah antara faktor utama pertumbuhan jerawat. Asid pantotenik dapat membantu mengawalnya. Ia juga diperlukan untuk mengekalkan kelenjar adrenal supaya berfungsi dengan betul.

Pyridoxine (Vitamin B6)

Pyridoxine sangat penting dalam sistem imunisasi dan penghasilan antibodi dalam badan kita. Ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah jerawat.

Cobalamin (Vitamin B12)

Cobalamin dan juga vitamin lain berfungsi untuk meningkatkan kesan dan membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bersih. Dengan sendirinya ia akan membantu meningkatkan tenaga serta membantu mengekalkan sel-sel saraf yang sihat di dalam tubuh badan.

Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan kulit berjerawat. Syukurlah, vitamin-vitamin ini biasanya ada terkandung dalam Vitamin B Complex yang boleh dibeli dengan mudah di pasaran. Seseorang itu haruslah mendapat cukup Vitamin B kerana ia sangat penting dalam penjagaan kulit yang sihat dan mengatasi masalah jerawat.