Antibiotik Untuk Merawat Masalah Jerawat Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Lain

2 min bacaan

Menurut pakar, berdasarkan penelitian terakhir yang dibuat menunjukkan sekumpulan individu (sukarelawan) yang dirawat dengan menggunakan ubat antibiotik untuk jerawat selama lebih dari enam minggu telah mengakibatkan peningkatan penyakit lain. Selepas eksperimen dijalankan, sekumpulan individu ini berkemungkinan mengalami

jangkitan pada saluran pernafasan dua kali ganda dalam satu tahun berbanding dengan individu yang mempunyai masalah sama tetapi tidak mengambil ubat antibiotik.

Menurut pakar, penggunaan antibiotik yang berlebihan boleh menyebabkan ketahanan tubuh seseorang menjadi lemah dan berisiko mendapat penyakit berjangkit. Namun, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan kepada golongan yang perlu mengambil ubat antibiotik dalam jangka masa yang panjang. Dan ianya sangat penting untuk mereka.

Menurut pakar lagi, orang yang layak untuk mengkaji kesan dan akibat daripada penggunaan ubat antibiotik untuk masalah jerawat adalah pesakit itu sendiri. Pesakit yang mengalami masalah kulit berjerawat yang teruk (radang kulit yang melibatkan kelenjar sebum pada kulit yang disebabkan oleh papula, pustula atau komedon) yang menggunakan kaedah rawatan ubat antibiotik dalam jangka masa yang panjang adalah golongan yang paling layak untuk mengkaji permasalahan ini.

Sekumpulan pakar dari Sekolah Perubatan University of Pennsylvania, Philadelphia telah mengenal pasti bahawa individu yang didiagnosis dengan masalah jerawat antara tahun 1987 sehingga 2002, adalah mereka yang berusia 15 hingga 35 tahun (Pangkalan data perubatan di United Kingdom (UK)).

Para penyelidik sedang mengkaji antara individu yang lebih cenderung untuk berjumpa dengan doktor dan kejadian penyakit biasa, penyakit berjangkit dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) yang terjadi pada individu yang menerima rawatan menggunakan ubat antibiotik untuk jerawat dengan individu yang mengalami masalah jerawat tetapi tidak menerima rawatan ubat-ubatan sama sekali.

Kajian pakar melaporkan bahawa “pada tahun pertama pemerhatian dibuat,

15.4% pesakit yang mengalami masalah jerawat mempunyai sekurang-kurangnya satu kes daripada jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

Dan dalam tahun yang sama, berkemungkinan kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) akan berkembang di kalangan mereka yang menerima rawatan ubat antibiotik adalah 2.15%. Peratusan kelompok mereka lebih besar berbanding dengan mereka yang tidak menerima apa-apa rawatan.