Adakah Jerawat Berjangkit?

1 min bacaan

Jerawat adalah salah satu gangguan yang paling biasa yang mengganggu kita dan sudah dianggap normal. Ramai di antara kita mendapat jerawat walaupun sudah meningkat dewasa.

Ia telah merosakkan gaya penampilan kita dan mempengaruhi keyakinan diri kita. Parut teruk yang ditinggalkan membuatkan kita takut untuk bergaul dengan orang lain.

Adakah Jerawat Berjangkit

Bolehkah jerawat berjangkit? Perlukah kita menjauhi si penderita jerawat?

Jerawat akan berjangkit atau tidak? Penyakit berjangkit ada agen yang diturunkan dari satu orang ke orang lain seperti pada kurap, di mana seseorang boleh menyebarkan kulat dan berjangkit kepada orang lain. Berbeza dengan jerawat.

Penyebab jerawat tidak ada yang boleh ditularkan dari satu orang ke orang lain.

Kita tidak akan dijangkiti dan tidak akan menjangkiti orang lain.

Punca Jerawat

Jerawat berpunca daripada hormon yang ada dalam tubuh badan kita yang boleh menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang berlebihan. Apabila minyak berlebihan terkumpul di bawah folikel rambut, ia boleh menyebabkan liang-liang pori tersumbat dan muncul lah permulaan masalah jerawat.

Bakteria P.acnes yang menyebabkan radang jerawat terdapat pada kulit kita semua. Tidak satu pun dari punca-punca di atas yang boleh menyebabkan penularan berlaku. Jadi, jerawat tidak berjangkit.

Cara Penjagaan Kulit Untuk Mengelakkan Jerawat

Elakkan diri anda dari sebarang tekanan. Setiap kali anda mengambil pil hormon atau hamil, berjumpalah dengan doktor anda untuk menanyakan mengenai kemungkinan jerawat dan cara pencegahannya. Pastikan kulit wajah anda tetap sihat dengan menggunakan produk yang mengandungi AHA. Cuci muka anda dua kali sehari dan jaga kebersihan dari kotoran dan minyak.

Artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bukan sebagai penasihat perubatan atau professional. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pakar perubatan dermatologi anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti petua ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil yang baik atau buruk yang mungkin timbul dari maklumat yang diperolehi dari artikel ini.