10 Soalan Lazim Tentang Jerawat Paling Popular

3 min bacaan

Adakah jerawat boleh berjangkit?

Jawapan: Walaupun jerawat jenis tertentu mengandungi bakteria, ia terletak di folikel rambut di bawah permukaan kulit anda dan tidak dapat disebarkan melalui sentuhan. Jadi, jika tidak menyentuh atau mencium seseorang yang berjerawat, ia tidak akan menyebabkan anda terkena jerawat.

Sekiranya kedua ibu bapa saya mempunyai sejarah masalah jerawat, adakah ini bermaksud saya juga akan mengalami perkara yang sama?

Jawapan: Kajian telah menunjukkan bahawa keturunan adalah salah satu faktor utama dalam menentukan siapa yang akan mengalaminya. Oleh itu, jika ibu bapa yang mempunyai masalah jerawat, ini bermakna anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat masalah yang sama.

Harus diingat bahawa seperti penyakit lain, tidak semestinya anda mempunyai sejarah keluarga, anda akan mendapat masalah yang sama. Anda hanyalah individu yang berisiko tinggi berbanding seseorang yang tidak mempunyai masalah ini dalam sejarah keluarga mereka.

Adakah pemakanan tertentu menyebabkan jerawat?

Jawapan: Selama bertahun-tahun kajian dibuat, ia menunjukkan bahawa coklat, makanan berminyak, gula, air minuman seperti jus oren hingga susu boleh menyebabkan jerawat yang ada semakin teruk. Bagaimanapun, tidak ada bukti kukuh dari kajian saintifik untuk menyokong kenyataan tersebut.

Terdapat begitu banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan jerawat sehingga sangat sukar untuk mengasingkan salah satu penyebabnya. Oleh itu, sama ada mahu mengelakkan makanan atau minuman tertentu adalah pilihan individu. Sekiranya kulit anda memberi tindak balas negatif terhadap makanan tertentu, maka berhentilah dari mengambilnya.

Adakah kotoran pada kulit saya menyebabkan pertumbuhan jerawat?

Jawapan: Penjagaan kulit yang bersih akan membantu kulit menjadi lebih sihat. Walau bagaimanapun, kulit yang kotor tidak akan menyebabkan jerawat, tetapi orang yang mempunyai kulit berjerawat harus berhati-hati dalam menjalani rutin penjagaan kulit yang baik.

Cucian muka berlebihan boleh merengsakan kulit anda dan menjadikannya lebih mudah terkena jangkitan. Mencuci dengan pembersih lembut akan membantu mengurangkan pembentukan sel kulit dan memastikan kulit anda kelihatan lebih baik. Oleh itu, cari keseimbangan dan cuba untuk tidak mencuci muka secara berlebihan.

Adakah tekanan emosi menyebabkan pertumbuhan jerawat?

Jawapan: Tekanan emosi telah terbukti akan menjadikan jerawat lebih teruk tetapi ia tidak menyebabkannya secara langsung.

Oleh itu, jika anda mengalami jerawat, anda harus sedar bagaimana ia bertindak balas dalam keadaan tertekan yang boleh menyebabkan jerawat anda semakin mengembang dan bagaimana cara untuk mengawal tekanan tersebut.

Ini bukan sahaja dapat membantu mengawal pertumbuhan jerawat anda tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan mental anda.

Bolehkah jerawat tumbuh sebaik sahaja anda berada di luar usia remaja?

Jawapan: Jawapan mudah adalah ya. Sebenarnya banyak orang yang tidak pernah mengalami jerawat ketika remaja, tetapi mendapat masalah jerawat pada usia 30, 40, dan 50an.

Benarkah solekan atau pelindung sinaran cahaya matahari menjadikan jerawat lebih teruk?

Jawapan: Produk tertentu yang terlalu berminyak dan tebal boleh menyebabkan penyumbatan pada folikel kulit yang mengakibatkan jerawat. Tidak semua produk mempengaruhi semua jenis kulit dengan cara yang sama.

Jadi,sekiranya anda terdedah kepada jerawat, sila kenal pasti produk apa yang anda pakai pada kulit. Gunakanlah produk bebas minyak dan juga cubalah terlebih dahulu sedikit pada kulit di bahagian rahang anda selama beberapa hari sebelum menggunakannya secara keseluruhan.

Adakah aktiviti bersukan akan mempengaruhi jerawat saya?

Jawapan: Walaupun masih belum jelas mengapa ia berlaku, melakukan senaman yang kuat yang menyebabkan badan anda menjadi panas dan berpeluh boleh menjadi salah satu penyebab yang menyumbang kea rah masalah ini.

Nampaknya ia akan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk bagi orang-orang tertentu. Satu teori ada mengatakan bahawa senaman akan meningkatkan pengeluaran sebum, minyak yang berlebihan dapat menyebabkan jerawat.

Bolehkah kulit muka berjerawat?

Jawapan: Tidak ada cara mudah untuk menjawab soalan ini. Istilah facial digunakan untuk menerangkan segala-galanya dari produk yang ada di pasaran, kedai ubat atau pun yang dibuat sendiri seperti yang dilakukan di spa mahal dengan harga ratusan ringgit. Maksudnya disini adalah apa-apa yang boleh merengsakan kulit anda boleh menjadikan jerawat anda lebih teruk.

Mengapa jerawat saya berhenti bertindak balas terhadap rawatan yang sedang saya lakukan sekarang?

Jawapan: Ubat jerawat seperti semua ubat boleh menjadi kurang berkesan dari masa ke semasa kerana tubuh badan anda membina daya tahan terhadapnya. Mungkin anda perlu menggunakan rejimen rawatan jerawat secara bergilir untuk hasil yang optimum.