10 Mitos Jerawat Paling Popular

3 min bacaan

Apa yang kita tahu mengenai jerawat adalah berdasarkan hasil penyelidikan daripada saintis. Banyak mitos yang telah dilupakan dan ada juga yang kekal dalam ingatan. Di dalam artikel ini, kita akan merungkai salah faham mengenai masalah jerawat ini dalam masyarakat kita.

Mitos # 1 : Jerawat akan mempengaruhi penampilan seseorang

Jerawat juga boleh menyebabkan tekanan perasaan. Jerawat yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu kurang berkeyakinan dan merasa tertekan. Akibat daripada masalah ini juga menyebabkan penampilan seseorang menjadi kurang menarik.

Mitos # 2 : Jerawat berpunca daripada sikap pengotor seseorang

Kebiasaannya masalah kulit berkait rapat dengan tahap kebersihan seseorang, tetapi bukan dalam masalah jerawat. Gabungan minyak dan sel mati yang menghasilkan jerawat terletak di bawah permukaan kulit. Ia tidak dapat dibersihkan daripada luaran sahaja. Untuk memiliki kulit yang sihat, anda hendaklah mencuci muka dengan menggunakan sabun yang sesuai.

Anda hendaklah mencuci muka secara lembut kerana gosokan yang kuat pada kulit akan memburukkan lagi keadaan jerawat anda. Anda boleh mencuci muka sekali atau dua kali dalam sehari mengikut keperluan.

Mitos # 3: Jerawat disebabkan oleh alahan pada makanan tertentu

Coklat adalah makanan popular yang dikatakan penyebab kepada masalah ini. Kajian saintifik menunjukkan bahawa ia sama sekali tidak benar. Begitu juga dengan kerepek kentang dan gula. Namun, terdapat beberapa makanan yang akan mengaktifkan lagi jerawat tersebut seperti susu dan makanan yang tinggi sodium, contohnya makanan laut.

Mitos # 4: Jerawat akan sembuh dengan sendirinya

Terdapat banyak rawatan yang disediakan untuk menyelesaikan masalah jerawat. Contohnya ubat jerawat yang dijual di farmasi. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar dermatologi.

Mitos # 5: Penggunaan ubat jerawat secara berlebihan akan mempercepatkan proses penyembuhan

Adakah penggunaan ubat dalam kuantiti yang banyak dapat mempercepatkan proses penyembuhan jerawat yang teruk? Ia sama sekali tidak benar. Penggunaan ubat secara berlebihan adalah lebih membahayakan dan menjadikan keadaan kulit bertambah teruk.

Mitos # 6: Rawatan Jerawat Menggunakan Sinaran Matahari

Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari akan kehilangan minyak yang terdapat di bawah lapisan kulit kita. Jadi, jerawat lagi senang tumbuh di permukaan kulit. Tapi, ia bagus unuk jangka masa yang panjang kerana boleh membantutkan proses pertumbuhan jerawat. Walau bagaimanapun, kajian saintifik menyatakan pendedahan kulit terhadap sinaran matahari boleh merosakkan kulit dan berisiko untuk mendapat barah kulit.

Mitos # 7: Bahan Solekan Punca Utama Masalah Jerawat

Anda perlu tahu, beberapa bahan daripada produk solekan anda boleh menyebabkan liang pori terseumbat. Produk kosmetik yang di labelkan sebagai “Non komedogenik” atau “ Non acnegenic” adalah selamat untuk digunakan. Anda perlu mengenal pasti produk yang anda gunakan sesuai dengan masalah kulit anda.

Mitos # 8: Jerawat Pada Usia Remaja Sahaja

Jerawat tidak mengenal usia. Ia bukan sahaja boleh berlaku kepada golongan reamaja, malah golongan dewasa juga berisiko tinggi untuk terkena jerawat. Ada yang mengalami masalah ini sejak awal remaja lagi, ada juga yang mengalaminya bermula lewat usia 40-an dan ada juga yang akan berhadapan dengan masalah ini seumur hidup mereka.

Mitos # 9: Jerawat Berpunca Daripada Seks

Anda mungkin pernah mendengar bahawa kekerapan melakukan hubungan seksual boleh menyebabkan masalah jerawat. Hubungan seksual boleh menyebabkan perubahan hormon di dalam badan kita. Namun, setakat ini kesahihannya berkaitan masalah jerawat masih tidak diketahui. Emosi juga boleh mempengaruhi tahap hormon seseorang.

Mitos # 10: Muncul Jerawat Baru Dapat Menghilangkan Jerawat Yang Lama

Secara logiknya, bakteria daripada jerawat yang banyak akan menyebabkan masalah ini bertambah teruk. Ia juga boleh menyebabkan parut kekal.