VBAC atau tidak

VBAC Atau Tidak?

2 min bacaan

VBAC juga dikenali sebagai Vaginal birth after caesarean. Ibu-ibu yang memilih kelahiran secara normal biasanya akan dapat bersama dengan bayi sejurus selepas kelahiran. Ini berbeza dengan wanita yang terpaksa melalui pembedahan atas sebab kesihatan atau kecemasan.

Terdapat kes di mana ibu-ibu yang mampu bersalin normal tetapi memilih untuk menjalani pembedahan Caesarean. Percaya atau tidak, sebilangan dari mereka ingin melalui proses bersalin normal untuk kelahiran seterusnya (VBAC – kelahiran normal selepas Caesarean).

VBAC atau tidak

Jika anda salah seorang ibu di atas, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Tahukah anda bahawa ibu yang hanya menjalani pembedahan Caesarean sekali sahaja akan mempunyai peluang melalui VBAC dengan baik, berbanding ibu-ibu yang pernah menjalani pembedahan C-section lebih dari sekali?

Anda juga digalakkan untuk memilih jururawat yang akan membantu anda sepanjang kehamilan anda. Ibu-ibu boleh berterus terang dengan jururawat anda sekiranya ingin mencuba VBAC. Ibu-ibu bolehlah selidik dan bertanya pada jururawat anda tentang peratus kejayaan VBAC.

Pastikan anda jujur dan beritahu semua maklumat yang penting kepada jururawat anda kerana dialah orang tengah anda dengan doktor.

Risiko ibu-ibu C-section memilih VBAC

Ibu-ibu yang pernah jalani pembedahan Caeserean berisiko untuk pilih VBAC. Mereka mungkin akan berdepan dengan masalah seperti jangkitan, pendarahan, kerosakan organ dalaman, sakit yang lebih lama dan masalah pundi kencing.

Komplikasi yang paling serius yang mungkin dihadapi ibu C-section jika memilih VBAC ialah lapisan rahim koyak selepas kelahiran. Risikonya mungkin hanya 1%, tetapi ia tetap risiko yang boleh menyebabkan kematian.

Kajian menunjukkan potongan menegak semasa C-section lebih mudah koyak berbanding potongan mendatar. Ini kerana potongan mendatar bermula dari bahagian bawah rahim menjadikannya mampu menahan tekanan VBAC.

Menurut kajian, proses kelahiran normal yang berlaku secara semulajadi tanpa dorongan ubat, akan berjalan lebih lancar serta koyakan rahim minima.

Pemilihan bidan

Jika anda tekad untuk memilih VBAC, pastikan anda mengambil khidmat bidan yang berpengalaman dan catatkan ini dalam senarai semak rancangan kelahiran anda. Ini akan memudahkan anda sekiranya ada isu atau masalah yang perlu diselesaikan. Bidan biasanya mempunyai pengalaman bekerja dengan pakar sakit puan, jadi mereka mempunyai pengalaman yang sesuai dengan keadaan ibu yang akan menyambut kelahiran.

Seperkara lagi, jika ibu-ibu memilih VBAC, bersalin di rumah sangat tidak digalakkan. Ini kerana anda memerlukan doktor atau pakar sakit puan yang terlatih untuk memantau proses kelahiran.

Baca lebih lanjut mengenai pilih bidan atau doktor di sini.

Anda mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membuat keputusan, sama ada memilih VBAC atau tidak. Bincanglah dengan wanita lain yang telah lalui VBAC (dengan selamat) untuk ketahui semua perkara.

Ibu-ibu perlu ingat bahawa perkara yang paling penting ialah melahirkan bayi anda dengan selamat.