Perbezaan Antara Usia Kehamilan VS Usia Janin

3 min bacaan

Tahukah anda bilakah anda dianggap sedang hamil? Tempoh yang melibatkan perkembangan janin atau embrio di dalam rahim merupakan tanda ketara yang membuktikan anda sedang hamil! Ada juga dianggap hamil selepas terlepas tarikh haid biasa. Sesetengah wanita hamil akan berasa keliru antara usia kehamilan dan usia janin.

Ada yang berpendapat duanya perkara yang sama, namun ada juga yang mengatakan kedua-duanya adalah berbeza sama sekali. Tahukah anda bahawa pemahaman tentang usia kehamilan serta usia janin sangat penting supaya anda dapat bersedia dan fizikal menjelang kelahiran bayi anda.

Usia kehamilan

Tempoh kehamilan (40 minggu) seseorang wanita dan bayinya itu terbahagi kepada tiga fasa. Setiap fasa kehamilan akan menyaksikan perbezaan perubahan dari segi fizikal dan emosi yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

Usia kehamilan anda dikira sebanyak 280 hari, namun kehamilan yang sebenar ialah sebanyak 267 hari. Tempoh kehamilan yang normal ialah sekitar 259 hingga 294 hari. Minggu kehamilan anda akan dikira mulai hari pertama haid terakhir anda.

Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 37 dianggap sebagai kelahiran pramatang, dan bayi yang dilahirkan selepas minggu ke 42 dikenali sebagai kelahiran ‘overdue’.

Tarikh kelahiran boleh ditentukan dengan mengenalpasti tarikh akhir anda datang haid, penilaian oleh doktor berpengalaman serta menjalani ujian ultrasound. Ini akan dapat membantu anda membuat persiapan yang sepatutnya lebih awal dan dengan tenang.

Usia janin

Perancangan yang teliti boleh dilakukan untuk mengenalpasti waktu subur iaitu semasa ovulasi sekiranya merancang kehamilan. Apabila telur dan sperma berjaya disenyawakan, ia selamat untuk mengatakan bahawa anda sedang mengandung. Telur yang berjaya disenyawakan hanya mampu bertahan selama 24 jam. Sekiranya anda melakukan hubungan seks pada hari tersebut, peluang untuk hamil adalah tinggi.

Usia janin tidak dikira dari tarikh terakhir haid anda tetapi ia bermula dari tarikh pembenihan.

Sekiranya anda tidak mengetahui tarikh pembenihan anda, doktor akan membuat perkiraan yang mudah. Ovulasi dan pembenihan biasanya terjadi di pertengahan kitaran haid. Oleh itu usia janin lebih pendek berbanding tempoh kehamilan.

Tahap kehamilan Vs usia janin

Seperti yang dijelaskan di atas,

Usia janin biasanya 2 minggu lebih pendek dari tempoh kehamilan seseorang wanita.

Selepas kelahiran bayi perkara-perkara seperti berat badan, panjang badan bayi, ukuran lilit kepala, kulit dan keadaan rambut bayi yang baru lahir akan membantu menentukan tempoh kehamilan yang sebenar.

Di samping itu maklumat ini juga digunakan bagi menentukan sekiranya bayi yang baru lahir tersebut memerlukan penjagaan khas. Doktor dapat membuat anggaran kehamilan dengan memeriksa refleks, nada otot, postur dan reaksi penting dari bayi.

Sepanjang kehamilan maklumat penting seperti tempoh kehamilan serta usia janin diperlukan untuk mengenalpasti sebarang komplikasi sekaligus menentukan rawatan yang sesuai. Semasa pemeriksaan rutin kehamilan, perkembangan rahim dan janin akan dipantau oleh doktor.

Usia janin serta tempoh kehamilan sangat penting semasa pemeriksaan supaya doktor dapat mengesahkan perkembangan janin mengikut turutan yang sepatutnya. Kelahiran juga dapat ditentukan dengan mengetahui tempoh hamil atau usia janin. Sekiranya pergerakan janin merosot, doktor akan menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca dan memulakan rawatan dengan segera.

Seperti yang dinyatakan, mengetahui tempoh kehamilan dan usia janin sangat membantu ia membantu doktor mengenal pasti masalah yang mungkin timbul serta rawatan. Setiap pemeriksaan rutin di klinik ibu atau hospital perlu dihadiri dan laporkan sebarang perkara tidak normal kepada doktor.