Panduan Lengkap Urutan Semasa Mengandung Perlu Dirujuk

4 min bacaan

Anda bangun pagi dan berasa mual dan loya sepanjang pagi, kelesuan yang berterusan atau berasa sangat tidak selesa di seluruh badan. Ada juga yang berasa mengantuk hampir setiap masa! Wow..semuanya seperti bonus yang sangat besar dan perlu dihadapi oleh kebanyakan wanita hamil.

Ketika inilah anda akan berfikir, “Alangkah bestnya kalau dapat urutan semasa mengandung.” Jawapan pada semua keadaan yang tidak selesa ini ialah urutan khas dari suami anda! Anda pasti akan berasa lega dan nyaman dengan setiap sentuhan suami anda yang menghilangkan semua kelesuan dan keletihan. Namun ada cara tertentu ya untuk berurut.

Mengapa Saya Perlukan Urutan Semasa Mengandung

Sebab Anda Perlukan Urutan Semasa Mengandung

Orang-orang tua berkata, jangan berurut semasa hamil..bahaya. Namun jika ia dilakukan dengan cara yang betul, anda akan berasa sangat selesa dan segala kesakitan badan anda akan reda. Jadi mengapa anda perlukan urutan semasa mengandung?

Berikut adalah mengapa.

  • Melegakan kegelisahan dan kemurungan akibat ketidakseimbangan hormon semasa hamil.
  • Mengurangkan ketidakselesaan badan akibat terlalu kaku, bengkak, rasa sesak, ketegangan dan kekejangan.
  • Meningkatkan peredaran darah dan bekalan oksigen. Ibu dan bayi dapat menjalani tempoh kehamilan dengan selesa dan sihat.
  • Teknik terapi yang betul dapat menghilangkan toksin dalam badan dan mencegah pengekalan cecair dalam badan (yang menyebabkan pembengkakan).
  • Menenangkan dan melegakan saraf, memudahkan anda untuk tidur dan menjadikan tubuh anda kuat untuk bersedia menjadi seorang ibu.
  • Menjadikan anda kembali bertenaga dan gembira.

Panduan Urutan Semasa Mengandung

Adalah penting untuk setiap wanita hamil fahami kaedah urutan yang sesuai semasa kehamilan. Maklumat berkaitan boleh dijadikan panduan supaya suami anda melakukan teknik yang betul yang tidak akan memudaratkan anda atau bayi. Selain urutan dari suami, spa untuk wanita hamil juga boleh anda kunjungi untuk terapi urutan.

Antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa urutan adalah berikut.

Panduan Urutan Semasa Mengandung

Urutan badan

Urutan semasa mengandung sama sekali tidak sama dengan urutan tradisional. Anda tidak boleh berbaring di atas perut seperti wanita biasa. Terdapat beberapa postur khas untuk wanita hamil sebelum berurut. Pada trimester pertama, berbaring seperti biasa sambil mengurut perut secara perlahan. Bantal lembut diletakkan di bawah lutut sebagai sokongan kaki anda.

Apabila kandungan anda mencecah trimester kedua dan ketiga, saiz perut anda membuatkan anda tukar posisi. Anda boleh duduk sambil disokong oleh bantal di atas katil anda. Posisi lain pula berbaring di sisi dan membiarkan perut anda jatuh dari sisi. Terapi urut boleh dilakukan pada kedua-dua posisi ini dengan selesa.

Berbaring dan berurut juga dibenarkan, atau dilakukan dalam keadaan duduk di atas katil. Urutan semasa mengandung dapat dinikmati oleh wanita hamil dengan duduk di atas katil dan menggerakkan badan anda ke hadapan supaya berasa selesa. Anda boleh memeluk bantal untuk mendapatkan sokongan semasa berurut. Urutan yang betul akan dapat melegakan sakit belakang dan keletihan di kalangan wanita hamil.

Urutan kaki, bahu dan kepala

Urutan kaki juga sama penting dengan urutan badan. Anda boleh berbaring dan merehatkan kaki anda di atas bantal. Kemudian regangkan kaki anda sepenuhnya dan urutan kaki yang menenangkan dapat dinikmati. Selain itu, anda boleh duduk dan meregangkan kedua kaki anda untuk mendapatkan sokongan yang selesa. Angkat kaki dan letakkan di atas bantal untuk urutan. Anda juga boleh letakkan kaki di atas pangkuan suami untuk urutan yang melegakan ketidakselesaan yang anda alami. Urutan bahu dan kepala juga boleh dilakukan dalam posisi yang sama.

Urutan kaki, bahu dan kepala

Urutan payudara

Urutan payudara semasa kehamilan pula bertujuan untum meningkatkan peredaran cecair dalam badan dan menjaga kesihatan kulit anda. Urutan ini juga membantu meningkatkan pengeluaran susu selepas bersalin. Otot pelvis yang baik akan dapat membantu anda mengurangkan tekanan semasa bersalin. Letakkan satu siku di bawah kepala, dan urut payudara anda dengan tangan yang lain.

Urutan pelvis

Urutan pelvis pula dilakukan dalam keadaan berbaring dan terapi urut dilakukan di tulang pinggul.

Jenis minyak yang sesuai

Pastikan minyak yang dipilih adalah yang sesuai untuk wanita hamil ya. Pemilihan minyak yang selamat adalah penting kerana ia mempengaruhi perkembangan bayi anda. Minyak yang dibuat daripada

  • geranium,
  • petit grain,
  • rose otto,
  • lavender,
  • mandarin,
  • bergamot,
  • tea tree,
  • cendana,
  • chamomile,
  • biji anggur,
  • badam dan;
  • minyak neroli;

adalah antara yang selamat digunakan. Anda perlu ingat untuk merujuk doktor anda sebelum menjalani urutan semasa mengandung dan memastikan sebarang minyak atau produk kesihatan yang diambil selamat untuk ibu dan bayi.

Jenis minyak yang sesuai untuk urutan semasa mengandung

Kesimpulan

Perkara utama yang perlu ditekankan jika anda ingin meneruskan terapi urutan semasa mengandung untuk melegakan ketidakselesaan badan anda ialah pastikan:

  • Ia tidak memudaratkan bayi anda.
  • Setiap gerakan urutan semasa mengandung perlu dilakukan mengikut arah jam.
  • Urutan juga perlu dilakukan dalam keadaan lemah lembut.

Sebelum memilih sebarang teknik urutan, pastikan doktor anda tahu tentang pilihan anda dan adakah teknik dan minyak yang digunakan betul dan selamat.