Ujian Ultrasound Baby

Ultrasound Baby: Berkat Atau Bahaya?

3 min bacaan

Ujian ultrasound baby merupakan pengubat rindu setiap wanita hamil yang teruja menunggu sembilan bulan untuk segera berlalu. Kelahiran bayi yang dinanti-nanti pastinya saat paling menggembirakan oleh setiap wanita hamil. Setiap pergerakan dan perkembangan bayi di dalam perut dirakam melalui ujian ultrasound baby yang boleh dikeluarkan melalui gambar atau video.

ultrasound baby

Ultrasound baby tidak hanya bertujuan untuk memantau perkembangan janin, ia juga bertujuan untuk memeriksa kelahiran berganda (kembar), untuk mendiagnosis masalah atau komplikasi semasa kehamilan dan memeriksa kecacatan kelahiran.

Khas untuk wanita yang akan atau telah menjalani ujian ultrasound pertama dan mempunyai seribu satu persoalan, di sini kami sediakan seribu satu (mungkin tidak semua sekali) jawapannya.

Prosedur Ultrasound Baby

Prosedur Ultrasound Baby

Prosedur pertama ujian ultrasound ialah jururawat atau pembantu perubatan akan meletakkan gel konduksi di atas alat yang dikenali transduser dan menggosok alat tersebut di seluruh perut anda. Gelombang bunyi dari transduser akan menghasilkan gambar pada monitor yang membolehkan anda dan jururawat melihat keadaan bayi tersebut.

Selain penggunaan transduser, ada juga alat atau probe yang dimasukkan ke dalam vagina yang menghasilkan hasil yang sama di monitor. Keberkesanan alat ini bergantung kepada individu yang mengendalikannya, jika dilakukan oleh jururawat terlatih dan berpengalaman maka anda tidak akan rasa sakit atau tidak selesa.

Tidak ada rasa yang pelik dari gelombang bunyi yang berlaku, namun anda akan berasa tidak selesa jika ujian tersebut dilakukan ketika pundi kencing anda penuh. Anda tidak digalakkan untuk menerima ujian ultrasound dari individu lain selain doktor atau jururawat terlatih sahaja.

Garis Masa Dan Tujuan Ultrasound Baby

Garis Masa Dan Tujuan Ultrasound Baby

Ujian ultrasound baby boleh dilakukan pada waktu-waktu berbeza semasa kehamilan anda. Namun kebiasaannya, ultrasound pertama dilakukan pada trimester pertama antara 8 – 10 minggu fasa kehamilan. Hasil ujian akan digunakan untuk mengira jumlah minggu kehamilan dengan tepat.

Ultrasound pada trimester kedua juga boleh dilakukan untuk memeriksa pertumbuhan dan ukuran bayi, serta untuk memeriksa masalah perkembangan bayi yang besar.

Sewaktu trimester ketiga, ultrasound mungkin akan dilakukan untuk menentukan sama ada kandungan air ketuban cukup atau tidak (air pelindung yang mengelilingi bayi). Selain itu, ujian ini juga untuk memeriksa pertumbuhan bayi.

Ultrasound biasanya akan berlangsung selama lebih kurang 20 minit, di mana konsultasi dan maklumat berkaitan hasil ujian akan dikongsi oleh jururawat atau pegawai perubatan.

Dengan ultrasound, anda tidak perlu menunggu sembilan bulan untuk melihat wajah bayi kesayangan anda di dalam perut.

Video Ultrasound Baby 3D

Video Ultrasound Baby 3D

Setiap wanita hamil pastinya berasa sangat teruja untuk tahu jantina bayi mereka. Lebih-lebih lagi bagi yang hamil anak pertama. Kajian menunjukkan sehingga tahun 2000, sekitar 67 peratus wanita hamil dari sejumlah 2.7 juta wanita memiliki sonogram pranatal.

Di sebalik rasa gembira apabila mendengar berita baik dari doktor, “Tahniah! Anak … “ ramai yang terlupa fungsi sebenar ultrasound. Ultrasound penting bagi setiap ibu kerana ia digunakan oleh doktor untuk memeriksa perkembangan bayi. Gambar 2D janin juga diberikan oleh doktor sebagai simpanan para ibu.

Ibu-ibu sekarang boleh menonton wajah janin mereka di video janin 3D yang disimpan dalam DVD. Video 3D (juga dipanggil 4D scan) ini dijual bermula RM100 untuk video lebih kurang 20 minit hingga RM180 untuk video yang lengkap dengan muzik serta gambar pelbagai saiz yang boleh dipilih. Iklan mempromosikan perkhidmatan ini sering muncul di beberapa majalah keibubapaan.

Adakah ultrasound selamat untuk bayi? Bolehkah individu lain selain pegawai perubatan yang terlatih melakukan ultrasound tanpa pengawasan? Soalan yang sering ditanya ibu-ibu yang bimbang tentang keselamatan bayi mereka.

Terdapat kajian yang mengesahkan bahawa tiada bukti ultrasound baby akan menjejaskan keselamatan bayi atau ibu. Walau bagaimanapun, FDA mengutarakan perasaan risau mereka jika mesin ultrasound tidak dikendalikan dengan baik.

Ini kerana ultrasound ialah sejenis bentuk tenaga di mana ia bergetar 100 kali frekuensi normal. Contoh kesan ultrasound yang mudah, tisu akan menjadi panas. Janin akan bergerak apabila tahap kebisingan ultrasound mencapai desibel 100.

Kajian juga mengatakan tisu otak haiwan yang terdedah kepada ultrasound akan menjadi panas seterusnya mempengaruhi perkembangan janin.

Jadi, buatlah kajian atau rujuk mana-mana portal keibubapaan yang dipercayai dan kajilah dahulu isu ultrasound untuk bayi anda.