Prosedur Ujian Diabetes Ketika Hamil

Prosedur Ujian Diabetes Ketika Hamil

2 min bacaan

Diabetes kehamilan ialah mimpi ngeri setiap wanita hamil. Ibu-ibu perlu membuat ujian diabetes ketika hamil apabila mencecah minggu 24 – 28 kehamilan. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh mendatangkan bahaya kepada kedua ibu dan bayi.

Jika kandungan gula anda tinggi semasa melakukan rutin ujian air kencing, anda mungkin perlu menjalani ujian diabetes lebih awal. Namun, wanita yang telah dikenalpasti menghidap diabetes sebelum hamil tidak perlu menjalani ujian ini.

Ujian diabetes ketika hamil

Apakah prosedur ujian diabetes ketika hamil?

Pastikan telefon bimbit anda mempunyai bateri yang penuh sebelum jalani ujian diabetes. Ini kerana anda akan menghabiskan masa yang agak lama, selama satu jam atau lebih. Inilah masanya untuk anda habiskan siri Korea kegemaran anda. Anda akan diberi air larutan gula yang mengandungi 50 gram glukosa yang rasanya seperti soda manis.

Terdapat pelbagai perasa seperti cola, oren atau kapur. Anda perlu habiskan air itu dalam masa lima minit. Ada yang minum semasa ia sejuk dan ada juga meletakkannya di dalam peti ais untuk disejukkan, kononnya membantu and meminumnya. Kemudian anda perlu tunggu selama satu jam untuk ujian seterusnya. Inilah masanya untuk menonton drama kesukaan anda di telefon.

Mengambil sampel darah

Habis satu episod drama, iaitu selepas satu jam, sedikit darah anda akan diambil oleh doktor atau pegawai perubatan di makmal untuk diuji. Ia bertujuan untuk melihat tempoh badan anda memproses gula, dan biasanya mengambil masa beberapa hari untuk mendapat keputusannya.

Mual selepas minum air larutan gula

Sebilangan wanita akan berasa mual selepas meminum larutan gula tadi. Anda dinasihatkan untuk alas perut dahulu sebelum ujian. Kebanyakan wanita berjaya jalani ujian ini dengan baik. Tetapi jika anda muntah setelah meminum air larutan gula tadi, anda akan dijadualkan untuk minum air gula tadi semula.

Keputusan

Jika keputusan bacaan ujian anda tidak normal, ia tidak bermaksud anda menghidap diabetes. Sebagai makluman, terdapat wanita yang mempunyai bacaan yang tidak normal sebenarnya tidak menghidap diabetes kehamilan.

Namun sekiranya anda mempunyai bacaan 13-140 miligram glukosa per desiliter plasma darah atau lebih tinggi, anda perlu mengambil ujian seterusnya iaitu ujian toleransi glukosa atau GTT. Ia adalah ujian puasa, kemudian anda perlu minum larutam glukosa lain dan bacaan akan diambil setiap satu hingga tiga jam.

Setelah anda jalani kesemua ujian ini namun masih mendapat keputusan bacaan yang tidak normal, doktor akan mengesyorkan langkah seterusnya untuk anda.

Diabetes kehamilan tidak akan membahayakan anda dan bayi sekiranya anda dipantau secara berkala serta menurut arahan doktor yang memantau anda.