Trimester Pertama Mengandung: Apa Yang Harus Dijangkakan?

Trimester Pertama Mengandung: Apa Yang Harus Dijangkakan?

3 min bacaan

Tahukah anda bahawa tiga bulan pertama fasa kehamilan anda juga disebut trimester pertama mengandung? Dalam tempoh tersebut, anda sangat memerlukan rutin penjagaan pranatal yang sihat untuk menjaga kehamilan anda dengan baik. Perkara utama yang anda perlu lakukan ialah merujuk pakar kesihatan yang telah anda pilih untuk mengendalikan kehamilan anda.

Lawatan pertama ke klinik ibu dan kanak-kanak

Trimester Pertama Mengandung Apa Yang Harus Dijangkakan

Anda akan ditanya soalan-soalan berkaitan kehamilan, jadi pastikan bersedia dengan maklumat yang perlu. Antara soalannya,

tarikh datang haid anda yang terakhir atau jumlah kitaran haid anda. Maklumat sebegini adalah penting untuk menentukan tarikh anda dijangka bersalin serta mengetahui sejarah kesihatan anda untuk persediaan masa akan datang.

Antara perkara lain yang akan ditanya ialah jika anda ada menggunakan kontraseptif, tentang kehamilan sebelumnya (jika ada) dan jika anda ada masalah kesihatan lain atau alahan kepada ubatan tertentu.

Pegawai kesihatan atau jururawat bertugas juga akan bertanya ubat deskripsi yang anda ambil (jika ada) secara bulanan. Semua ini adalah maklumat penting yang berkaitan dengan sejarah kesihatan nada, dan jika jururawat berkenaan tidak menanyakan perkara-perkara di atas, sila maklumkan juga pada mereka. Jika ada sebarang masalah kesihatan yang bersifat genetik, maklumkan juga kepada doktor anda.

Selain itu, anda juga akan ditanya bilakah kali terakhir anda datang haid untuk memudahkan doktor atau jururawat bertugas menetapkan minggu ke 40 kehamilan anda, iaitu tarikh anda dijangka bersalin (due date anda).

Anda juga akan menjalani pemeriksaan fizikal untuk mengetahui tahap kesihatan dan bayi anda. Berat anda akan ditimbang, tekanan darah akan diambil dan ketinggian anda diukur semasa pemeriksaan ini.

Pemeriksaan Pelvis dan Ujian Pap

Pemeriksaan pelvis dan ujian pap (pap smear) akan dilakukan untuk mengenalpasti kehadiran jangkitan atau kelainan seperti barah. Tempoh kehamilan anda juga boleh ditentukan oleh perubahan serviks dan ukuran rahim anda.

Ujian Darah

ujian darah trimester pertama mengandung

Anda juga perlu melalui ujian darah untuk menentukan kumpulan darah anda serta mengenalpasti faktor Rh, iaitu sejenis protein yang berada di permukaan sel darah merah anda. Ujian ini juga bertujuan untuk memeriksa jika anda pernah dijangkiti sifilis, campak, beguk, rubella atau hepatitis B.

Ujian Air Kencing

Air kencing anda juga akan diuji untuk mengenalpasti jumlah gula dan protein dalam air kencing anda. Ini kerana terlalu banyak kedua-dua perkara ini akan menjurus kepada masalah diabetes atau buah pinggang.

Penerangan kepentingan gaya hidup

Jururawat atau doktor anda juga akan menerangkan tentang kepentingan vitamin, senaman dan perubahan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok.

Lawatan berkala

lawatan berkala

Semasa lawatan trimester pertama, anda akan dijadualkan untuk lawatan seterusnya, setiap 4 – 6 minggu. Pada setiap lawatan ini, anda akan melalui rutin ditimbang dan tekanan darah diambil. Pada masa inilah, anda perlu berbincang sebarang masalah atau isu yang timbul dengan jururawat atau doktor anda.

Pastikan anda bersifat jujur dan maklumkan semua masalah yang timbul kepada doktor anda. Anda juga akan menjalani ujian ultrasound pertama, dan semestinya memberi perspektif baru kepada anda tentang bayi anda. Pemeriksaan perkembangan dan pertumbuhan janin akan dibuat dan dijelaskan oleh doktor semasa ujian ini.

Perubahan fizikal dan bentuk badan anda

Antara perubahan fizikal yang akan anda hadapi:

Adalah sangat penting untuk setiap wanita hamil untuk membuat temu janji dengan doktor sebaik sahaja anda tahu atau syak bahawa anda hamil. Penjagaan diri dan bayi dalam kandungan anda adalah keutamaan anda sekarang.