Trimester ketiga apa yang berlaku

Trimester Ketiga Kehamilan: Apa Yang Harus Dijangkakan?

2 min bacaan

Apabila fasa kehamilan anda semakin lanjut dan mencapai trimester ketiga, doktor akan memberi lebih perhatian kepada anda dan pemeriksaan yang lebih terperinci akan dilakukan. Tekanan dan berat badan anda akan diutamakan selain pemeriksaan degupan jantung dan pergerakan bayi. Pemeriksaan mingguan akan bermula di bulan terakhir kehamilan anda untuk pemeriksaan perkembangan janin dan kesihatan anda secara lebih rapi.

Pemeriksaan untuk kumpulan B

Streptokokus kumpulan B atau GBS adalah bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Pemeriksaan kumpulan B akan dilakukan pada trimester ketiga untuk memastikan bakteria ini tiada. Sekiranya GBS dikesan selepas swab dari faraj atau rektum anda, anda akan diberikan IV yang mengandungi antibiotik semasa bersalin untuk melindungi bayi anda.

Pemeriksaan pelvis

Trimester ketiga

Pemeriksaan pelvis pada trimester ketiga akan dilakukan oleh doktor untuk memeriksa posisi bayi sebelum kelahiran. Doktor akan mengenalpasti kebarangkalian posisi bayi anda sebelum kelahiran, sama ada kepala dahulu atau punggung dahulu yang juga dikenali sebagai ‘breech’.

Doktor akan memujuk bayi anda untuk mengubah posisi dengan menekan perut anda. Jika bayi masih tidak beralih ke posisi yang betul, anda mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean atau C-section.

Apabila tempoh kelahiran anda semakin hampir, serviks anda akan mula melembut dan melebar untuk memudahkan proses bersalin.

Perubahan bentuk fizikal anda pada trimester ketiga

perubahan fizikal ibu hamil trimester ketiga kaki bengkak

  • Sakit belakang dan pinggul, ini kerana berat bayi anda semakin bertambah. Duduk di kerusi dengan sokongan belakang yang baik, atau anda boleh gunakan pad pemanasan. Anda boleh juga mencari tukang urut untuk mengurut anda, tetapi perlu ingat ia mestilah urutan yang lembut dan tidak membahayakan kandungan.
  • Kaki dan tangan membengkak, namun ia adalah perkara normal. Pengaliran air dan saluran darah yang melebar juga akan membuatkan wajah dan kelopak mata anda bengkak pada waktu pagi.
  • Sesak nafas adalah normal kerana rahim anda menjadi lebih besar di bawah diafragma anda.
  • Pedih ulu hati
  • Urat labah-labah, urat varikos dan buasir mungkin berlaku pada anda. Cuba angkat kaki anda, dan rehatkan sebegitu serta minum air yang banyak.

urat labah labah varicose vein trimester ketiga

Semakin hampir tarikh kelahiran anda, semakin bayi anda membesar, semakin bertambah juga ketidakselesaan anda. Anda tidak perlu stress memikirkan rasa sakit di seluruh badan anda, hanya tenangkan diri dengan berkata ‘dah tak lama dah’. Lakukan perkara yang anda minat, manjakanlah diri anda sebanyak mungkin.